Bab 13

6.8K 237 6
                                    

Selesai sahaja menghantar Wardah di Terminal Bas Bersepadu Selatan di Sungai Besi, Danish mengajak aku ke sebuah tasik di Bandar Tun Hussein Onn. Mahu dibezakan tasik ini dengan tasik di Upm dulu, terlalu jauh bezanya.

Aku dan Danish duduk dikerusi berhampiran dengan taman permainan kanan-kanak kerana disitu aje tempat yang kosong. Maklumlah, hari minggu ramai pula pengunjung, ada yang sedang bersenam dan ada juga yang berpiknik bersama keluarga.

Mataku tetumpu pada sebujur tubuh anak kecil yang begitu asyik berlari. Wajahnya, sungguh comel. Mahu sahaja aku menarik pipinya.

"Tengok apa tu dari tadi." Ujar Danish. Mulutku muncungkan pada budak kecil itu.

"Habis dah taknak tengok abang ke?" Suaranya sedikit merajuk. Alahai masa nilah kau nak bersweet-sweet ye cik abang. Gumam hati kecil ku.

"Abang tak payah tengokpun tak apa, kan dah ada kat hati sayang." Tangan Danish aku peluk erat.

"Yunk." Aku memandang wajahnya.

"Yunk suka baby tak?" Wajahku ditenung lama oleh Danish lalu aku tersenyum.

"Suka, suka sangat-sangat."

"Jadi bolehlah kita buat anak ramai-ramai." Rasa mahu aje mata ku terbeliak dek kata-katanya.

Senyumanku ini bukan senyuman kegembiraan, tapi senyuman yang jelas kelihat sedikit cuak disebaliknya. Hadoi, aku pula yang terkena. Tulah kau Haura, jawab tak pakai otak. Main bedal aje.

Matanya dikecilkan, lalu tersenyum nakal.

"Abang ni." Lalu aku menepuk manja bahunya. Wajah ku alihkan ke arah tasik. Geram pula dengan Danish ni.

"Ala, yunk abang gurau aje." Danish mula memujuk. Ish, susah betul aku nak merajuk lama-lama. Dengar suara diapun aku dah meltting.

"Hemm."

"Abang cuma nak tahu, sayang nak anak berapa?" Tanya Danish lagi. Hei macca tak ada topik lain ke? Dahlah kat tempat awam. Kalau kat rumah tu lainlah sikit.

"Rezeki tu Allah yang bagi, cuma kita hanya mampu berdoa dan bersyukur dengan pemberiannya, malah tak boleh merungut." Dah macan ustazah dah aku ceramah.

"Kalau macam tu abang kenalah doa supaya kita dapat anak ramaikan?" Usik Danish lagi.

"Abang ni nakal la."

"Nakal-nakal pun dengan sayang aje." Hidung kecil Haura dicuit Danish.

Bahuku dipeluk erat olehnya. Terasa selamat aku dalam pelukan dia. Dulu mungkin dia orang yang pernah menghina aku. Tapi siapa sangka, besarnya kuasa Allah sampaikan kami sudah bergelar suami isteri. Hidupku cukup bahagia dengan adanya dia disisi.

               *********************

Kuih yang dihindangkan Mak Esah ku ambil lalu kuhulurkan pada Danish.

"Yunk." Panggil Danish lalu kuih yang separuh digigitnya tadi disuapkan kedalam mulutku.

"Aurmmm."lagakku seperti anak kecil.

"Amboi korang. Tak payahlah nak sweet-sweet kata sini." Ujar Adam yang hanya mampu melihat gelagat Danish dan Haura.

"Alah dengkilah tu." Ejek Danish lalu mereka ketawa.

Aku hanya tersenyum.

"Haura, Wardah tu dah ada teman ke?" Aku keliru, temna? Dah aku ni bukan teman dia ke?

"I mean teman istimewa. Like u and Danish." Ujar Adam yang mungkin lihat aku kurang faham dengan soalannya sebentar tadi.

"Tak ada. Kalau ada mesti dia ada bagi tahu saya sebab tak banyak benda yang dia rahsia dari saya." Ujarku panjang lebar malahan hanya anggukan yang dibalas Adam.

"Kenapa Adam, dah berkenan ke?" Saja aku mahu menyakat Adam untuk lihat reaksi darinya. Manalah tahu jodoh mereka. Lagipun aku tengok mereka serasi.

"Eh awak ni, ada-ada saja. Saya tanya je." Adam kelihatan mula malu.

Kelibat Datin Liana dan Dato Rizuan akhirnya muncul lalu menghampiri kami.

"Bukan main korang sembang, mama kat atas dah dengar." Kata Datin Liana yang tidak lekang dengan senyumannya di bibirnya itu.

"Ni ma, anak mama ni dah ada yang berkenan dihati." Usik Danish. Bantal yang elok tersusun diatas kerusi diambil lalu dibalingkan kearah Danish.

"Ish,mana ada ma. Danish ni suka betul usik orang. Haura awak kena hati-hati dengan dia ni." Kata Adam.

Sudah hampir seminggu ada disini. Dapatku rasakan kebahgian yang dikongsikan oleh keluarga mereka. Terasa rindu pula pada keluarga di kampung. Teringat akan mak dan abah, apalah khabar mereka disana.



Terima kasih yang sudi mengikuti, vote dan komen cerita yang tak seberapa dari saya ni. Maklumlah baru belajar. Apa korang rasa sekarang tentang cerita ni sekarang? Ada macam merapu tak? Kejujuran dan tindak balas anda amat saya hargai.

Cinta HauraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang