Bab 17

5.7K 177 15
                                    


Sudah tiga minggu aku dan Danish berpindah kerumah baru kami. Hari ini aku memasak pelbagai hidangan untuknya. Terasa rajin pula, maklumlah duduk rumah sendiri kalau tak kita yang masak siapa lagi.

Aku berlalu ke arah pintu rumah setelah enjin kereta Bmw X6  memasuki perkarangan rumahku. Senyuman ku lemparkan kan kearahnya. Beg kerjanya kucapai lalu ku letakkan diatas kerusi.

"Abang nak makan? Sayang dah masak." Ujarku lalu duduk ditepinya.

Danish hanya diam membisu, aku mula hairan dengan kelakuannya. Aku ada buat salah ke?

"Abang kenapa ni?" Tanya ku yang melihat ada keresahan disebalik wajahnya. Aku cukup kenal dengan suamiku.

"Tak ada apa, ok aje." Jawabnya ringkas.

"Abang macam ada masalah je" teka ku.

"Saya ada benda nak bincang dengan awak." Aku jadi resah dengan caranya. Biasa dia akan membahaskan aku sebagai sayang dan kali ini awak saya. What going on?

"Apa dia?" Tanyaku ringkas.

"Sa.. saya nak kahwin lagi satu." Kali ini wajahnya berubah, bagaikan singa yang kelaparan mahu menerkam mangsa jika tersilap langkah. Aku menjadi takut seketika. Sampaikan gelas yang aku pegang jatuh berkecai  ke lantai. Inikah orang kata asam garam perkahwinan. Arghhh, kenapa? Kenapa harus begini?

"A... abang bergurau aje kan?" Aku mula ketawa untuk menahan sebak.

"Muka aku ni ada nampak main-main ke?" Tengking Danish. Aku sedikit cuak. Sebelum ini Danish tidak pernah bergini. Apa yang buatkan dia jadi begini. Ya Allah kuatkan aku dikala ini. Bisik hati kecilku.

"Abang tak kesiankan Haura ke?" Tangisan cuba kukawal.

"Aku tak peduli, aku tetap dengan keputusan aku." Bentak Danish.

Berderai air mata Haura mengalir dipipinya. Tergamak Danish permainkan perasaan aku.

Siapa yang merelakan dirinya dimadu? Sanggup ke untuk berkongsi kasih, dan melihat suami yang kita sayang dan cinta selama ini dibelai oleh orang lain.

"Abang dah tak sayang Haura lagi ke?" Tanya Haura yang menagis teresak-esak.

"Kau fikir aku kesah pasal semua tu, aku tetap dengan keputusan aku. Aku nak kahwin. Kalau kau tak izinkan, kau faham-faham ajelah." Nada Danish sedikit mengugut.

Kalau mahu dikatakan menyesal dengan kata-kata manis lelaki ini selama ini berdosa, tapi hakikatnya begitulah yang aku rasa. Mungkin bukan jodoh aku dan dia untuk bahagia bersama, dan mugkin pilihan dia itu adalah yang terbaik untuk dia.

"Abang tolonglah." Rayuku kali ini untuk meraih simpati dari insan yang bergelar suami padaku.

Tubuhku diangkat Danish lalu aku ditampar. Tangisan makin kuat  menyelubungi diriku kini. Oleh kerana perasaan amarahnya sanggup dia tampar aku. Danish sudah melampau.

"Abang, siapa perempuan yang dah buat abanh macam ni?"

Aku yang jatuh kelantai dek tamparannya tadi ditendang pula kali ini, malah bertubi-tubi.

"Kau jangan macam-macam. Nahas kau aku kerjakan."

Aku melutut dikakinya. Kesakitan tadi bagaikan tiada apa-apa bagiku kini. Aku hanya mahukan dia, hanya dia.

"Dia tak ada kena mengena dengan kau, kau tak faham bahasa ke?" Muka ku ditolakkan kelantai.

Aku hanya melihat Danish dari jauh.  Danish mengeluarkan satu borang dari beg kerjanya lalu diletakkan diatasa meja.

"Aku nak kau isi borang ni. Aku tahu nanti aku turun borang ni kau dah siap isikan." Ujar Danish lalu.

"Satu lagi kalau kau dah tak suka duduk kat sini aku akan hantar kau balik kampung kau yang tah apa-apa tu sebab isteri aku akan duduk kat sini dengan aku." Bentak Danish.

Mudahnya hati lelaki ini berubah, bagaikan coklat yang diletakkan ditengah panas lalu cair.

Ya Allah dugaan apa yang kau bagi pada aku kali ini, aku tak kuat untuk hadapi semuanya. Aku sayanglan dia.

Kelibat Danish sudah kelihatan turun dari tangga rumah dua tingkat kami. Borang yang masih belum ku isi dipandang Danish. Satu lagi tendangan kena tepat pada perut ku.

"Kau dengar cakap aku ye perempuan, kalau kau tak izinkan sekali pun aku akan tetap kahwin dengan dia. Izin kau tak pentinglah bagi aku sial." Suara Danish makin meninggi.

"Kau kalau nak dibadingkan dengan dia bagai langit dengan bumi, sedarlah diri kau tu hanya perempuan kampung yang mak ayah nak sangat aku kahwin dengan kau. Ikut kan hati aku nak je aku bantah, tapi dia tu orang tua aku. Sejahanam-jahanam aku, aku masih hormat orang tua." Kata-katanya jelas kedengaran ditelinga ku. Bibir dan tangan yang luka tadi kusentuh perlahan.

Kunci kereta diambil Danish lalu berlalu keluar.

"Abangggggggg." Jeritku sepenuh hati.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now