Bab 9

7.9K 252 3
                                    

Panggilan telefon dari keluarga Danish buatkan mereka harus pulang ke Selangor dengan segera. Kata Dato Rizuan ada benda yang mereka mahu bincangkan tentang  Danish.

Mahu sahaja Haura biarkan Danish pulang sendirian tapi apakan nasib, dia pula dimarah oleh maknya.

"Apa kamu ni, mana boleh buat suami macam tu." Bebel Puan Aminah pagi tadi.

Haura masih dengan muka tidak bersalahnya. Mak ni, apalah salah aku asyik menantu dia aje yang dibelanya.

Selepas selesai memasukan semua barangan keperlu yang ingin dibawa ke dalam bonet kereta, mereka mula bertolak. Barang keperluan seperti baju dan yang penting aje. Kalau dah sabun badan tu tak akanlah nak bawah jugakan, rumah Datin mestilah sudah tersedia semua keperluan itu. Tapi lainlah kalau Danish mandi tak bersabun. Nilah kau, suka sangat sangka buruk pasal suami sendiri. Ishhh tak patut betul.

Air mata yang bergenang dikelompak mata Haura akhirnya jatuh jua. Belum puas Haura bermanja dengan Puan Aminah sejak cuti sebulan yang lalu. Pandangannya dilemparkan keluar tingkap agar Danish tidak nampak dia menangis.

"Awak tak apa-apa ke" tisu dihulurkan pada Haura.

"Saya ok aje, kereta awak ni banyak habuk la. Pedih mata saya." Malu pula Haura untuk mengaku yang dia menangis.

Danish hanya mempu mengelengkan kepala melihat telatah Haura. Dia sebenarnya tahu yang Haura menagis. Puan Aminah sudah berkata padanya, seperti kebiasaan apabila sampai di simpang depan masjid itu Haura akan terus menagis kerana sedih perlu meninggalkan keluarga untuk pergi belajar tapi kali ini lain sikit kerana dia pergi untuk mengikut suaminya.

Tangan Haura di raih lembut sewaktu mereka berhenti di lampu isyarat. Terkejut buka kepalang Haura dibuatnya.

"Saya tahu awak rindukan mak, saya janji nanti saya akan bawa awak balik sini lagi." Mata coklat milik Huara ditenung lama oleh Danish. Haura hanya mengiyakan. Kali ini mulutnya kelu. Bagaikan ada gam melekat.

Kedua-duanya hanya diam membisu. Hanya kedengaran enjin dan radio kereta yang memecahi suasana.


                  ******************


Kehadiran Haura buat pertama kalinya sebagai ahli keluarga Dato Rizuan di sambut baik di banglo milik Dato Rizuan. Mereka mengadakan sedikit majlis untuk menyambut pengantin baru itu. Pelbagai juadah yang enak di hidang. Ahli keluarga serta sahabat handai dijemput, antaranya dari kalangan Dato serta Tan Sri. Siapa tidak kenal Dato Rizuan, ahli perniagaan yang cukup terkenal di seluruh Malaysia bahkan Dunia. Namanya cukup dikenali serta disegani ramai.

"Wah cantik menantu u." Ujar seorang wanita dilewat usia itu.

"Tengok anak i pulak macam mana." Ketawa Datin Liana. Wajahnya sungguh gembira apabila orang memuji menantunya.

"Hai pengantin baru." Usik satu suara dari belakang Haura dan Danish.

Itu Adam dan disebelahnya Wardah. What? Apa Wardah buat disini?

"Haura awak sihat." Peluk Wardah pada Haura.

"Alhamdulillah saya sihat sayang." Seraya tersenyum.

"Janganlah bersayang-sayang dengan Wardah tu, nanti abang cemburu." Haura hanya mampu menahan malu apabila Danish mengusiknya didepan Wardah dan Adam.

Suka sangatkan sakat aku, ish mamat ni memang nak kena.

"Alahai korang,tak payah nak sweet-sweet kat sini." Kata Adam.

"Abang? Awak mimpi ke?" Haura mengerling. Aku sebenarnya tidak suka orang yang hanya berpura-pura sayang. Kalau sebab nak jaga nama baik kau untuk nak tunjuk mesra depan mereka baik tak payah. Bentak hatinya.

Sejak bergelar isteri orang ni, bukan nak cakaplah hati aku ni jadi makin sensitif sikit. Mudah terusik biarpun orang hanya bergurau. Bahayakan penangan pengantin baru ni.

Usai majlis selesai, Dato Rizuan memanggil kami sekeluarga untuk berkumpul dan termasuklah Wardah sekali yang dijemput Datin Liana. Sebenarnya Wardah mahu segera pulang tapi dilarang oleh Datin Liana. Katanya biarlah tinggal disini dulu seminggu dua. Wardah hanya mampu mengalah, serbasalah pula mahu menolak pelawaan Datin Liana.

Dalam rancak mereka berborak, azan maghrib kedengaran. Masing-masing meminta diri ke bilik untuk menunaikan solat.

"Saya nak mandi dulu." Kata Haura, lalu kakinya melangkah ke arah tandas.

Danish hanya melihat kelakuan Haura, sejak petang tadi Haura kelihatan lain. Macam ada benda yang disembunyikan. Hemm, aku bukan tidak berhak tahu, tapi mungkin dia belum sedia untuk berkongsi dengan aku.

Tangan Haura ditarik perlahan. Langkah Haura tiba-tiba berhenti, tubuhnya bagaikan kaku. Ditarik Haura makin hampir dengannya hinggakan Haura dapat rasakan hembusan nafas Danish.

Wajah mulus Haura didongakkan sedikit ke atas, maklumlah Danish lebih tinggi dari Haura. Wajah itu ditatap lama.

Danish ni dah kenapa, buang tabiat ke? Malu pula Haura untuk mengangkat mukanya.

"Sayang, kenapa ni. Ada masalah ke?" Suaranya Ya Allah, melting bukan setakat Haura, si penulis ni pun terasa meltingnya apabila bermain dengan cinta di alam fantasi ni. Ishhh, padah macam ni.

Kali ini bukan setakat tekejut, aku rasa dah nak pengsan. Danish cepat sambut sayang awak ni. Tapi kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hatinya. Haura mana berani nak kata sedemikian.

Kalau kau takut nak luah perasaan kau pada dia Haura,sampai bila-bilapun kau tak akan tahu cinta kau terbalas atau tak. Tapi aku rasa cinta aku tak akan terbalas. Tiba-tiba teringat tentang batu  nisan yang terukir nama Nahan Wajidah di perkuburan tempoh hari. Kali ini persoalan demi persoalan bermain di fikiran aku. Betul ke sayang yang diugkapkan pada aku itu, atau hanya mahu memaniskan bait-bait kata mu sahaja wahai Danish. Habis siapa perempuan tu? Bila aku tanya dia cakap aku tak perlu tahu.

Satu kucupan hinggap dipipi Haura. Terasa hangat, sehangat cinta aku sekarang pada Danish.

Aku hanya memandang wajah Danish, mustahil untuk aku marah padanya.

"Sekali sayang mengelamun abang akan cium sayang." Aku hanya  tersenyum mendengarnya. Saja nak buat aku cairlah ni kan?

"Saya ok. Awak jangan risau." Terkejut juga Danish, dia menyangka Haura akan memarahinya atas perbuatan itu dan dia juga sudah bersedia untuk di marahi. Hakikatnya Haura kelihatan tenang, tapi disebalik ketenangan Danish dapat rasakan ada sesuatu yang bermain difikiran isterinya itu.

"Tak apalah,saya nak mandi." Tuala yang tersusun rapi diatas rak diambil Haura lalu berlalu ke tandas.

Dijendela biliknya, Danish melihat keindahan alam. Ternyata suasana di kampung dan bandar jauh berbeza, rasa rindu pula akan suasana kampung.

"Harrr" terkejut Danish apabila diterjah Haura. Amboi, pandai Huara sekarang ye usik-mengusik.

"Nasib abang tak ada sakit jantung." Danish mula mengurut dadanya.

"Pergilah mandi nanti nak solat, kan lambat pulak." Kata Haura dengan suka yang masih bersisa di bibirnya.

Danish berlalu pergi. Langkahnya diberhentikan, badannya dipusingkan lalu memeluk tubuh Haura. Pinggan Haura di peluk lama. Haura hanya kaku disisi Danish.

"Saya sayang awak kerana Allah." Kata Danish.  Air mata yang deras mengalir dipipi Huara diseka oleh Danish. Kali ini satu lagi ciuman dihadiahkan pada Haura.

Suka betul mamat ni cium aku ye. Nak kena ni. Haura mula tersenyum nakal. Kali ini satu ciuman hinggap dipipi Danish lalu Haura berlari meninggalkan Danish yang masih terpinga-pinga bagaikan tidak percaya yang Haura akan menciumnya.

Cinta HauraWhere stories live. Discover now