Kotak bercorakan love menarik perhatian aku. Apa agaknya isi didalam itu. Cuba ku capai, arghh agak tinggi. Danish pun satu, tahulah dia tinggi tak payahlah simpan tinggi-tinggi, kan susah aku nak ambik. Dengan perlahan aku mencapai kerusi kayu berbentuk bulat di hadapan meja solek. Kemudian ku letakkannya betul-betul di hadapan almari. Harap-harap kerusi kayu ini dapat menampung beratku.Susah juga untuk aku yang berjubah ini memanjat. Lagi pun mana pernah Haura buat kerja-kerja memanjat sebegini, biasa ayahnya sahaja yang membuatnya. Akhirnya berjaya juga aku berdiri di atas kerusi. Fuhhh lega. Tangan kugapai ke atas untuk mencapai kotak yang bersaiz sederhana kecil itu. Tiba-tiba kaki ku tergelincir dan aku sudah tidak dapat mengimbangkan badan lagi.
"Arghhh!!!" Aku terjerit dan terus memejamkan mata. Badanku terjatuh ke belakang tetapi terasa seperti ada tangan yang menyambut.
Harap-haraplah tak ada orang yang dengar, nanti mereka fikir bukan-bukan pulak. Hei Haura, kau sekarang yang fikir bukan-bukan.
Berbekalkan sedikit keberanian, aku membuka mata dan memandang wajah si gerangan yang menyambutku tadi. Mata kami bertembung seketika. Itu Danish. Nyata dia juga terkejut dengan apa yang terjadi. Debaran di dada semakin laju. Ya Allah apa yang berlaku ni? Malunya! Ingin sahaja aku berpura-pura pengsan saat ini. Bukankah lelaki ini berada di luar tadi. Bila dia masuk pun aku tak perasan.
Aku yang masih berada di pelukan suamiku berteka-teki kenapa dia masih tidak melepaskan aku.
"Sayang, nasib baik awak tak jatuh." Katanya di antara dengar dan tidak sambil merenung tepat ke dalam anak mataku.
Sayang? Apa merapu Danish ni, dari tadi bersayang-sayang. Aku tak salah dengar ke ni? Tangannya menguis rambutku yang menutup wajah membuatkan aku menjadi semakin berdebar-debar. Sikit aje lagi, jantung aku boleh melompat keluar dari badan rasanya.
Dia kemudian terus meletakkan aku di atas katil. Kotak yang terjatuh tadi di capainya lalu diletakkan di atas meja. Almari di buka lalu dicapai sehelai t-shirt merah oleh Danish. Nak kan sama warna dengan aku. Selesai menukar baju, Danish dengan selamba terus berbaring di sebelahku.
Seperti biasa, jantungku mulalah buat perangai. Aku pula menginjak sedikit badanku ke sebelah kanan katil.
"Sa... saya keluar dulu ye." Aku cuba untuk bangun tetapi tangan Danish pantas mencapai lenganku membuatkan aku menjadi semakin gelabah.
"Sayang, boleh awak teman saya?" Bisiknya di telinga ku sambil tersenyum.
"Te... te... temankan?" Soal ku sedikit gugup. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi gugup.
Apakah definisi teman di dalam kes ini? Ada siapa-siapa yang boleh terangkan? Soalanku membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Eh, seronok agaknya main-main begini?
"Tadi bukan main lagi kenakan saya. Sekarang ketawalah macam tadi tu. Kenapa pucat aje ni?" Ujarnya yang masih tersenyum.
"Saya.. saya.." ish kenapa tiba-tiba aku jadi kelu ni.
"Hey, jangalah buat muka camtu. Saya tak akan paksa awak kalau awak tak bersedia." Ujarnya setelah melihat keadaan aku sedikit kalut.
Kemudian, lelaki itu memejamkan mata. Macam tahu pula apa yang sedang aku fikirkan. Aku cuba mentafsirkan kata-katanya itu. Dia tidak akan cuba memaksa aku? Paksa aku untuk apa pula? Aduh, sesungguhnya aku semakin keliru dengan hubungan kami. Susahnya untuk meterjemahkan ayat yang baru ku dengar ini walaupun dia hanya menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Jerman, Korean atau pun Sepanyol!
Hampir 2 jam aku tertidur. Dengan perlahan-lahan aku cuba membuka mata dan cuba mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Sekali lagi aku ingin menjerit apabila tangan suamiku memeluk erat pinggangku tetapi jeritan itu hanya meletus di dalam hati sahaja. Sebenarnya sudah beberapa kali Danish memeluk Haura, tapi kali ini pelukkannya agak ketat sedikit. Sesak nafas dibuatnya.
Tidak, aku pasti tidak ada apa yang berlaku. Kami hanya baring bersebelahan begini sahaja. Tubuhku menjadi kaku dan aku tidak berani bergerak apabila lelaki itu kembali mengemaskan pelukannya.
Pasti Danish tidak sedar akan kelakuannya ini. Mungkin aku ini diingatkannya bantal peluk. Aduh bila pula dia nak bangun ni? Mataku berkelip-kelip memandang ke arah siling sambil cuba mencari idea bagaimana untuk meleraikan pelukan ini.
"Sayang dah bangun?" Soalnya lembut membuatkan rentak jantungku sekali lagi jadi tidak menentu.
Kalau dah tahu aku bangun tu lepaslah pelukan tu cik abang oiii.
Malu untuk menjawab soalan itu, aku terus memejamkan mata. Pura-pura belum bangun lagi. Harapanku, semoga dia beredar sebentar lagi dan masa itu aku akan cuba menyelinap keluar dari bilik ini dengan pura-pura tidak ingat tentang apa yang terjadi.
Setelah tidak mendapat respons daripadaku, lelaki itu terus mengalihkan tangannya yang berada di pinggangku. Hatiku mula melompat kegembiraan kerana rancanganku nampaknya hampir berjaya.
"Saya tahu awak dah bangun."
Kata-kata itu memang boleh buat aku pengsan. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Aku sedaya upaya meneruskan lakonanku dan memejamkan mata rapat-rapat.
"Okay... I'm going to perform a test. Just to make sure you are still sleeping." Ujarnya dengan lembut.
Ah, beria betul hendak buat ujian segala. Lelaki ini memang sengaja nak cari pasal dengan aku. Sudahlah terasa berbahang wajahku sekarang gara-gara perbuatannya tadi.
"Haura, awak masih tidur kan? So kalau saya buat apa-apa pun mesti awak tak sedar, kan?
Suaranya yang kedengaran sedikit nakal itu membuatkan aku berasa resah. Aduh, memang hobi terbaru lelaki ini menyakat aku agaknya. Nafas Danish yang ku rasakan sangat hampir denganku mmebuatkan aku membuka mata seluas mungkin.
Senyuman kemenangan kini terpapar jelas di wajahnya.
Aku pula pura-pura menenyeh kedua-dua belah mata tanda baru bangun tidur. Tidak pula kutahu sama ada lakonanku ini tepat pada masanya atau tidak.
"Bangun pun."
Aku tetus menjarakkan muka kerana terkejut apabila kulihat bibirnya rapat dengan bibirku.
"Lain kali jangan tipu saya. Okey?" Danish menciut hidungku.
Aku yang masih tercengang dengan kelakuannya itu, sampaikan sudah kehilangan kata-kata. Sempat lagi lelaki itu mengenyitkan mata dan terus bangun. Aku hanya mampu menutup bibir dengan sebelah tangan gara-gara perbuatannya itu dan bangun dari katil untuk melangkah keluar dari bilik ini. Memang sah sekarang aku berada di zon keliru.
Apakah dan siapakah aku sebenarnya di mata lelaki itu? Atau pun adakah suamiku ini seorang playboy yang hanya ingin mempermainkan perasaanku? Semua menjadi tanda tanya pada aku sekarang. Mampukah aku untuk terus hidup sebegini.
YOU ARE READING
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...