Tik tok tik tok. Terasa hari ini sungguh lama masa berputar. Bagaikan cinta memberhentikan masa kami untuk terus gapai rasa-rasa cintai yang kian lama bersulam.
Aku sendiri bagaikan tak percaya aku akan berkahwin maklumlah di usia semuda ini. Aku dulu menjangkakan akan berkahwin pada usia 24 atau 25 tapi kata mak itu pun sudah dikira tua untuk kaum hawa.
Cincin yang terletak dijari manisku ditatap lama. Indahnya perkahwinan, terlalu sukar untuk dikongsikan.
"Cantikkan cincin tu." Kata Danish yang entah dari mana datangnya.
"Cantik sangat." Ujarku ringkas.
"Tengoklah siapa pilih." Kata Danish.
"Pandai mama pilih." Haura tersenyum. Pujinya ikhlas.
"Untunglah kita pilih orang boleh nama." Terkejut Haura dengan kata-kata Danish. Sungguh dia tak sangka Danish yang memilihnya.
"Alolo, manalah saya tahu abang yang pilih. Pandai abang pilih." Ujarku seraya mencubit pipinya.
"Hemm." Lagak Danish seperti merajuk. Mengalahkan budak kecil.
"Ala tak comellah kalau merajuk." Muka dicebikkan Danish.
"Abang sedar abang tak comel. Sokay." Wajahnya dilarikan sedikit daripandangan ku. Arghh, jangan kata Danish benar-benar merajuk. Kalau dia merajuk aku nak tidur dengan siapa?
Eleh, sebelum ni kau tidur sorang-sorang juga. Bukan adik kau Hakim yang temankan. Buat macam tak biasa pulak.
Satu ciuman hinggap dipipi Danish. Geram pula aku tengok muka dia merajuk macam tu. Danish seakan terngamam dengan tindakan aku.
Bukan senang nak buat Haura cium padanya. Bibir Danish mengukir senyuman. Senyuman kemenangan mungkin. Alah, dalam hubungan ni kenalah ada gurau senda. Tak akanlah nak serious memanjang. Tak syok pulakan.
"Abang." Panggilku.
"Ye yunk." Jawabnya.
"Ooo abang." Sengaja aku buat begitu. Terasa gembira pula boleh usik dia, lagi pun aku suka bila sahut panggilanku sebegitu, suaranya jadi manja ditelinga ku.
Aku sebenarnya tak tahu apa penangan Danish sampaikan aku mudah jatuh cinta padanya.
"Kau ni tak suka pada lelaki ke?" Sampaikan sebegitu sangkaan teman-temanku pada aku dahulu sewaktu di kolej. Mahu katakan aku terasa hati memanglah, siapa kita nak tutup mulut manusia? Itu hak dia. Tapi aku tahu Wardah tidak sebegitu, dia kenal aku bagaimana.
"Abang, kalau saya tanya jangan marah err?" Tanya aku. Takut juga soalan aku naikkan amarahnya. Sejak aku bergelar isterinya tidak pernah pula aku lihatnya marah kecuali sewaktu kami di kolej dan belum kenal antara satu sama lain dahulu.
"Kalau abang nak marah?" Danish membuat muka agak ganas tapi pada aku muka itu amat melucukan.
"Tak apalah. Tak nak tanya."
"Ala, jangan macam tu. Abang tak marahlah, tanyalah apa sayang nak tanya. Selagi abang boleh jawab abang jawab." Danish meraih tanganku lalu dikucupnya. Mungkin dia faham aku merajuk.
"Tapi janji tau?" Kata ku inginkan kepastian.
"Ye, ish abang cium jugakkan." Aku hanya tergelak kecil melihat bibir kecilnya itu dimuncungkan ke arah aku.
Okey back to normal aku kena tanya jugak. Selagi aku tak tanya, macam-macam persoalan bermain didalam benak fikiranku sampaikan aku tak lena tidur.
"Si... siapa Nahan Wajidah?" Tanya Haura gagap.
Riak wajah Danish mula berubah. Aku faham, dia kelihatan agak terkejut. Mungkin dia tidak sangka aku akan tanya benda sedemikian. Maklumlah sudah hampir 2 bulan berlalu, tapi masih tetap bermain difikiran ku.
Patutkah Danish cerita pada Haura tentang masa silamnya?
Tapi bagiku, tiada apa yang perlu dirahsiakan antara suami isteri. Tapi Haura akan faham ke? Aku benar-benar kelu kali ini.
"Haura tak paksa abang cerita. Oklah." Haura bangun dari posisnya. Malas untuk melayan perasaan yang celaru ini. Hati elok-elok gembira tak pasal-pasal rasa seperti berada dalam rumah yang tak berpenghuni dan usang.
Tangan Haura ditarik lembut lalu didakap Haura kedalam pelukannya. Mata coklat milik anak gadis itu ditenung lama. Suasana menyepi seketika.
"Abang tak berniat nak rahsia dari Haura." Tutur Danish lembut. Aku tak salahkan dia kalau dia tak mahu bercerita. Mungkin belum bersedia.
"Nahan dulu tunang abang. Kami dah lama kenal. Kami sepatutnya kahwin pada bulan eman hari tu. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Arwah Nahan rahsiakan sakit dia dari abang. Dia meniggal seminggu lepas dia putuskan pertunangan dengan abang. Kata abahnya, dia tak mahu abang sedih." Ujar Danish panjang lebar.
"Abang mesti sayangkan dia kan?" Ku hanya tersenyum dan tabahkan hati sendiri.
"Sayang, sayang sangat." Aku hanya angguk mengiyakan. Mataku mula berkaca apabila dia ungkapkan kata-kata sayang pada Nahan. Mungkin itu cinta pertamanya. Tapi dia dah arwah, buat apa kau nak cemburu lagi Haura. Kata hati kecilku.
Muka ku tunduk ke bawah. Aku tak kuat kali ini. Air mata akhirnya gugur juga ke bumi.
"Dia hanya masa lalu abang, sayang adalah realiti untuk abang dan masa depan abang. Sekarang abang dah ada sayang. Abang cintakan sayang sepenuh hati. Cukup sayang aje dalam hati abang. Abang tak perlukan yang kedua dan ketiga lagi." Wajah ku diangkatnya lalu dia menyeka air mataku.
Bibirku disentuh jari jemarinya. Wajah aku ditarikkan sedikit oleh Danish. Bibir kami mula bersentuhan. Dia mencium lembut muluku. Sesekali dia mengigit kecil bibirku. Terasa kehangatan nafasnya kini.
Ya, aku percaya pada cintanya. Tak perlulah aku ragu-ragu kasih sayang dia pada aku.
Benar katanya, arwah Nahan adalah masa lalunya. Semoga arwah tenang disana. Amin.
![](https://img.wattpad.com/cover/55356274-288-k734499.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...