Kereta mini cooper milik Danish Iskandar memasuki perkarangan rumah Dato Rizuan. Setelah di parking keretanya, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Seperti biasa beginilah suasana rumahnya, sunyi sahaja.
"Danish Iskandar."panggil Dato Rizuan dari ruang tamu.
Danish yang baru sahaja mahu naik ke atas terngamam apabila dengar namanya di panggil.
'Hadoi, apa pulak salah aku kali ini.' Omel Danish sendirian.
Walaupun berat, dia tetap melangkah ke arah ruang tamu. Melihat mamanya juga turut ada membuatkan dia terasa lega. Kalau kena marah sekali pun mama pasti akan menolong ku. Kata Danish untuk sedapkan hatinya sendiri.
"Ada apa papa?"tanya Danish yang duduk di kerusi hadapan Dato Rizuan.
"Kamu ni anak jenis apa ye?" Muka Dato Rizuan sudah merah,maklumlah bila sudah marah.
Danish hanya diam, terfikir mungkin.
"Apa yang papa cakapkan ni?" Danish jadi semakin keliru.
"Kawan papa dekan fakulti kamu call cakap yang dia nampak kamu masuk asrama perempuan." Ujar Dato Rizuan.
Dia bukan mahu terus marahkan anaknya tampa mendengar penjelasan, dan dia yakin pasti ada sebab kenapa anaknya berbuat demikian. Dato Rizuan cuma marah kerana terasa malu dengan sahabatnya. Sempat juga Dato Rizuan memberitahu sahabatnya supaya merahsiakan apa yang diketahuinya.
"Kamu buat apa lagi ni Danish."tanya Datin Liana.
"Mama papa, Danish tak buat apa pun." Danish cuba menerangkan apa yang terjadi, tapi lantas dipotong oleh Dato Rizuan
"Kalau dah rasa gatal sangat nak kahwin, kahwin terus."ujar Dato Rizuan lalu bangun meninggalkan isteri dan anaknya.
Hanya gelengan mampu Danish lakukan. 'Selepas satu satu benda jadi kat aku.' Kepalanya ditundukkan kebawah lalu cuba untuk tenangkan fikiran.
"Mama nak jumpa perempuan tu sekarang." Bukan Datin Liana mahu marahkan dia dan gadis itu,cuma mahukan penjelasan dari kedua-dua pihak.
Kereta mini cooper meluncur laju meninggalkan perkarangan Dato Rizuan. Meter yang hampir mencecah 120 /km masih cuba di kawal oleh Danish.
Dia tidak salahkan papa dan mamanya untuk marah kepadanya. Bukan Haura jugak akan dia salahkan kerana di sedar semua ini berpunca dari dia.
Kalaulah aku tidak buat hal semalam pasti ini tidak akan terjadi. Menyesal pun sudah tiada guna, pujuk hati kecilnya.
Di ambil hand phonenya lalu mendail nombor Adam.
"Tunggu aku di kampus."tampa sebarang tindak balas, Danish terus putuskan talian.
Adam pergi mendapatkan Danish setelah melihat kereta milik lelaki itu sudah di parking di tepi asrama perempuan.
"Yowww bro"tangan yang dihulurkan Adam langsung tidak di hiraukan Danish.
"Aku nak jumpa perempuan tu sekarang." Danish memandang tepat ke arah Adam.
Dia tahu, hanya Adam yang mampu tolongnya. Lagi pun Adam adalah kawan baiknya.
Hampir setengah jam mereka fikirkan bagaimana dan di mana mahu mncari gadis itu. Naik ke biliknya? Memang taklah, buatnya lagi mengamuk papa dan mama.
"Hah tu pun Haura." Tunjuk Adam ke arah Haura dan Wardah yang sedang berjalan ke arah hostel.
Wardah yang perasan akan kehadiran Danish dan Adam hanya mampu berdiam. Nanti kalau diberitahu Danish tu ada, mau taknya si Haura ni lari pulak macam semalam.
YOU ARE READING
Cinta Haura
RomanceHanya kerana perkara yang tak disengajakan perlu berkahwin? "Awak ingat saya nak kahwin dengan awak?" - Haura Insyirah "Kalau tak nak kenapa terima?" - Danish Iskandar Jika hati sudah bertaut, benda yang masam akan terasa manis begitu juga dengan pe...