File 01

8.6K 223 14
                                    


SHAHRIL NAJMI

I was born sick

But I love it

Command me to be well

Amen, Amen, Amen, Amen.

#Np Take Me To Church; Hozier

Earphone yang tersumbat di telinga aku sejak tadi aku tanggal dan terus masukkan ke dalam poket seluar.

"Kau tunggu apa?"

Diam.

Aku hanya berdiri pegun dengan beg sandang tepi di hadapan pintu grill yang terkunci kemas dengan mangga Yale jenis lama; jenis kunci rata. Eloklah dia guna mangga jenis ini, lagi senang kerja aku.

Dua batang lampu pendaflour – sebelah kiri dan kanan laluan – yang digunakan untuk menerangi kaki lima telah aku tanggalkan dari soket dan diletak kemas di tepi dinding. Begitu juga dengan satu lagi bagasi saiz besar yang aku bawa bersama. Di dalamnya tersedia kelengkapan yang aku perlu. Apa isinya? Akan aku kongsikan nanti.

Aku menyeluk tangan ke dalam poket belakang memegang sebuah kotak hitam yang bersaiz kecil sedikit daripada saiz dompet standard. Masih berkira-kira. "Don't tell me you have second thoughts. Heh," nadanya seakan memerli.

Aku hanya membalas dengan renungan malas, kemudian memindahkan pandanganku ke kiri dan kanan, memerhatikan keadaan sekeliling.

Aku tidak boleh buat silap. Sebelum berkerja sebagai kerani dan penulis sambilan, aku punya kehidupan lain. Dan "kehidupan lain" ini adalah kehidupan yang telah lama aku tinggalkan suatu ketika dahulu. Aku sudah bersih selama 4 tahun, mungkin?

Dan kini aku kembali.

Risau juga kalau-kalau ada perkara aku terlepas pandang. 4 tahun adalah tempoh masa yang panjang, pengetahuan yang aku ada mungkin juga sudah berkarat. Jam tangan menunjukkan jam 2:32 minit pagi. Di kawasan apartment yang kebanyakannya dihuni oleh keluarga, aku rasa sekarang sudah masuk waktu tidur.

Ah, fuck it.

Kotak hitam tadi cepat-cepat aku keluarkan, di dalamnya tersimpan set titanium lockpick buatan Amerika Syarikat dengan pelbagai saiz pin. Aku alihkan beg sandang aku ke belakang, dan mengeluarkan dua jenis hook pick dan masukkan kotak lockpick – tanpa perlu di tutup rapat – tadi ke dalam poket sweater. Tidak perlu tahu dari mana aku dapat skill pecah rumah macam ini, seperti yang aku kata sebentar tadi; aku pernah punya "kehidupan lain".

Klik!

"Well done. Seems like bakat kau masih tak hilang."

"Kau boleh diam tak?" balasku berbisik.

Dari ekor mata, aku dapat lihat dia sedang tersenyum sinis memerhatikan gerak geri aku. Namun tidak dinafikan terbit sedikit rasa gembira dan lega di dalam hati sehingga aku tidak dapat menahan bibir dari menzahirkan satu senyuman kecil.

Aku menguak buka pintu grill tadi perlahan-lahan untuk meminimakan bunyi geseran besi yang terhasil. Sekali lagi aku menoleh ke kiri dan kanan.

Clear.

Okay, round 1 settle. Round 2, pintu utama. Sapu tangan bercorak tengkorak yang sejak tadi terlilit dileher aku naikkan ke atas untuk menutup separuh wajahku dari dagu ke hidung; just in case. Tangan kiriku cuba memulas tombol pintu. Pada masa yang sama aku menyelukkan tangan kanan ke dalam poket sweater, dan jariku bersedia untuk menukar pin yang berbeza saiznya jika perlu.

SHAHRILWhere stories live. Discover now