File 04

3.1K 118 19
                                    

Paku itu aku keluarkan semula perlahan-lahan. 

Darah yang mengalir dari pipinya aku biar saja meleleh ke telinga. Kemudian aku berganjak ke belakang sedikit – sebaris dengan paha Van – dan gulungan tiub getah tadi aku buka. Jariku memegang penis-nya, pada masa yang sama sebelah lagi tanganku cuba memasukkan tiub getah pada salur kencing secara paksa. 

Aku dapat lihat badan Van mula terkujat-kujat mahu melawan, namun kesan Etorphine yang aku beri tadi menghalangnya daripada berbuat demikian. Memang sepanjang aku melakukan kerja ini belum ada seorang pun lagi yang berjaya melawan dadah yang mampu menumbangkan seekor gajah itu.

Hampir 3 sentimeter – aku anggarkan – tiub dimasukkan, aku berhenti, dan kembali berganjak ke sebelah mukanya. Hujung tiub itu aku tolak masuk ke dalam pipinya yang berlubang. Sedikit payah kerana tiub itu diameternya sedikit besar dari paku, namun dengan sedikit tenaga, tiub itu berjaya aku masukkan sedalam yang boleh. Lagi pun baguslah ketat sedikit, tak adalah asyik terkeluar semula saja.

"Kau nak main-main sampai bila ni? Masa kau tak banyak kot." pesan Jimie.

"Aik. Kau pulak yang risau kenapa? Rasa pelik bila kau caring tiba-tiba ni."

"Well, tanya je." balasnya sedikit mencebik.

"Ye lah tu. Ke kau mula ada hati kat aku ni?" soalku kembali menyelitkan elemen jenaka homoseksual. Jimie hanya menaikkan biji matanya ke atas, malas melayan. 

Amboi, jual mahal.

Van hanya menjegilkan matanya memandang keliru dengan dahinya yang berkerut (aku agak je, tak nampak sangat pun sebenarnya). Aku tahu dia keliru melihat aku berbicara sendirian. Alah, bukan tak biasa. Inilah yang payah bila engkau seorang yang boleh melihat 'engkau yang seorang lagi'. Waktu kecil dahulu pernah juga ayah membawa aku berjumpa pakar psikologi kerana sering melihat aku bermain dan berbual seorang diri.

Oh ya, Jimie ini boleh aku kata seperti childhood friend aku jugalah kerana kami berkawan sejak usia aku 6 tahun (kalau tidak salahlah). Aku tersengih sendiri bila mengenang kembali masa lampau aku dahulu. Hidupku sewaktu kecil tidak seperti kanak-kanak yang lain. Aku sedikit.. unik. Tidak tahulah itu satu perkara yang menyedihkan, atau sebaliknya. Namun aku sedikit bersyukur juga ada teman seperti Jimie. Dia seorang yang... fun.

Yang fun.

Tap! Tap!

"Oi, menung mende?" soal Jimie memetik jarinya beberapa kali lalu mengerlingkan matanya ke arah Van.

Oh ya, Van. Aku hampir lupa tentang si keparat ini.

Tanpa berlengah, aku menghampiri Van dan duduk bersila di sebelahnya. Tangan kanannya aku tarik sedikit ke arah aku, kemudian aku capai sebatang pengetip kuku dari dalam beg sandang di sebelah. Sebilah pisau yang bentuknya seperti pencangkuk – atau pedang di dalam komik lukisan Hong Kong, cuma versi mini – aku tarik keluar. Sebenarnya aku pun tidak pasti apa fungsi pisau tumpul itu pada pengetip kuku, tapi aku yakin ia mampu memberi sensasi sakit jika disalah guna.

"Hmmphh... Hmmp!"

Van cuba mengatakan sesuatu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, juga sambil mengecilkan sedikit matanya; namun aku gagal untuk menginterpretasi apa yang cuba dia sampaikan. Tak apalah, tak penting bagi aku.

Perlahan-lahan mata pisau tumpul itu tadi aku selitkan di celah kuku Van – dalam posisi mengiring – dan perlahan-lahan juga aku menolak masuk. Aku memang suka buat kerja begini dengan perlahan. Aku mahu mangsa aku rasa sensasinya seratus peratus.

Semakin dalam aku tolak masuk, semakin banyak darah yang meleleh dari kukunya. Walaupun mataku tertumpu di bawah, namun aku dapat tahu yang Van sebenarnya sedang menggelupur menahan sakit. Aku dapat pastikan itu melalui tangannya yang aku pegang; ia sedang menggigil. Cukup sampai hujung kuku, tangan aku memusingkan pisau pengetip kuku itu 90 darjah, membuatkan Van semakin tidak keruan. Sudah tegak aku dirikan, – ketika ini kuku dan isinya hampir tertanggal – kemudian aku tolak ke atas.

Tak!

Kuku yang pertama sudah terkopek dari isi. Ketika ini banyak darah sudah mula mengotorkan lantai. Dan ada sedikit lubang pada isi kuku akibat tertusuk pisau berbentuk pencangkuk tumpul itu tadi.

Ah, ada lagi sembilan.  


SHAHRILWhere stories live. Discover now