SHAHRIL NAJMI
"Yo, miss me?"
Seperti yang aku jangka, tidak ada jawapan yang keluar dari mulutnya. Namun aku dapat baca airmukanya yang kelihatan sedikit lega. Aku menyimpan semula baton elektrik di belakang badan, dan melangkah ke hadapan perlahan.
Wanita itu terus berganjak ke belakang sedikit menjauhi aku. Aku diam sekitar 2 saat melihat wajahnya, sebelum terus bergerak ke arah pintu hadapan pemandu. Picu pembuka bonet aku tarik, dan pada masa yang sama sebelah lagi tanganku terus menarik keluar kunci kereta.
"You know, aku sebenarnya lucky sebab kau karen aku tak sampai 4 saat tadi. Itu kesilapan kau."
Wanita itu hanya membalas kata-kata aku dengan satu renungan, riak wajahnya bertukar risau. Dan itu membuat aku sedikit geli hati. Aku melihat keadaan sekeliling yang gelap, dan sekali sekala angin malam menyapa muka. Aku seka tepi rambut aku ke belakang dan menghembuskan satu nafas panjang dan kemudian mula bergerak ke arah Daus.
"But I guess, kesilapan yang bernasib baik kot. Or else," aku memandang ke arahnya semula, "you are done."
Aku tunduk sedikit bagi memapah Daus yang masih tidak sedarkan diri. Aku rasa sekitar 7-8 saat dengan renjatan elektrik, cukup untuk membuatkan dia pengsan buat jangkamasa sekitar 10 minit. Atau kurang.
Bump!
Bonet kereta aku tutup rapat setelah memasukkan budak lelaki malang tadi ke dalamnya, dan memandang ke arah wanita yang masih lagi terduduk di atas jalanraya. Dia masih terlihat berhati-hati.
Aku sekadar memberikannya satu senyuman sebelum masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin. Aku ubah sedikit kedudukan kerusi dan cermin pandang belakang, dan terus memandu kereta ke kaki jalan sebelum ada kenderaan lain yang melalui jalan ini. Selesai menarik brek tangan, aku keluar semula berjalan ke arah wanita tadi.
"Shah," kata aku, menghulurkan tangan.
"Sara." balasnya, cuba menyambut tangan aku, namun aku tarik kembali.
"No needles," ujar aku.
Wanita itu mengelipkan matanya sekali, kemudian mengangguk, "No needles." balasnya tawar.
Aku kembali menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri semula. Sekali lagi aku terasa seperti ada aliran elektrik yang mengalir – seperti aliran elektrik yang pertama – pada ketika kulit kami bersentuhan.
Sara eh.
**
Sekitar 6 minit, perjalanan kami hanya berteman sepi. Sesekali aku menoleh ke arah Sara yang duduk di sebelah. Dia lebih banyak memerhatikan bahagian tepi jalan, kadang matanya bergerak melihat segmen-segmen pembahagi jalan seolah bersedia untuk melompat keluar dari kereta pada bila-bila masa.
"Apa plan kau sebenarnya?" aku tidak dapat menahan diri daripada bertanya, "Kau nak bawak dia ke mana?"
Sara menoleh ke arah aku, "Kenapa?"
"Just curious."
"Aku ada tempat aku sendiri."
"Tempat?"
Sara hanya mengangguk.
"Give me specifics." kataku, sambil melirikkan mataku ke arahnya buat seketika. Setelah 6 saat soalan aku masih berbalas sepi, aku bertanya sekali lagi, "Kau masih tak percaya aku ke?"
"Bagi aku 1 sebab untuk percaya kau?" balas Sara selepas beberapa saat.
"Because... you just owe me your life tonight?"
YOU ARE READING
SHAHRIL
Misterio / SuspensoBeg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."