Hampir 13 minit kenderaan bergerak, aku masih kaku di bawah tempat duduk, sedang memikirkan apa tindakan lanjut aku. Ini semestinya tiada dalam perancangan. Dan aku tidak pernah terfikir sesuatu seperti ini akan terjadi. Setelah berkira-kira, akhirnya aku putuskan untuk melakukan sesuatu.
"Ahem,"
Wanita itu terkejut – reaksi yang aku sudah jangka – dan langsung menekan brek kaki secara mengejut – juga tindakan yang aku sudah jangka. Tangan aku sudah sedia berpaut pada pemegang belakang, namun malang bagi Daus yang langsung tidak sedar akan apa yang berlaku. Kepalanya berlaga agak kuat dengan dashboard, namun tidak ada antara kami yang runsing akan hal itu.
"K-kau?!" soalnya sebaik saja kepalanya dipaling ke belakang. Reaksi wajahnya seolah kami pernah bertemu, dan itu membuat aku sedikit kelir
"Kita kenal ke?" balas aku dengan nada yang bersahaja.
Dengan mata yang dikecilkan sedikit, dia menggeleng perlahan, "Tak," kemudian dia terdiam. Kami bertentang mata buat seketika, sebelum pandanganku dialihkan ke arah Daus.
"Care to exp–"
Tangan kanan wanita itu laju bergerak ke arah aku, namun aku sempat menepis. Dan aku sempat lihat ada sebatang jarum yang tersepit di antara jari telunjuk dan jari hantu.
"Easy now!" kata aku, sambil memegang tangannya dengan tangan kiri aku. "Aku rasa–"
Belum sempat aku habiskan kata-kata aku, kepalanya terlebih dahulu menghantuk hidung aku menyebabkan pegangan tangan aku tadi terlepas dan aku terus menekap hidung aku dengan kedua belah tangan.
Sial pompuan ni!
Baru sahaja aku mahu melihat kembali, mataku menangkap kelibat wanita itu yang sedang berganjak dari tempat duduk pemandu ke belakang menyebabkan tindakan reflex aku menahan badannya daripada mendekati aku dengan menggunakan kaki, dan pada masa yang sama sebelah tangan aku terkial-kial cuba membuka pintu kereta.
Gotcha!
Kami berdua terjatuh di atas tar, namun kelebihan terletak pada wanita itu – walaupun naluri lelaki aku kata ini adalah posisi yang 'menarik', namun aku masih sedar ini bukan waktu yang sesuai untuk aku teruskan dengan fantasi aku – dan dia juga seorang yang bijak mengambil peluang. Tangannya sekali lagi cuba menancapkan jarum pada satu titik saraf aku, dan aku tidak boleh biarkan itu berlaku.
Melalui apa yang aku saksikan terjadi pada Daus tadi, aku tidak boleh pandang enteng pada teknik wanita ini. Waktu untuk berfikir sangat terhad, dan sejujurnya tidak ada apa yang mampu aku lakukan melainkan menahan serangannya dengan tapak tangan.
"Ergh!"
Walaupun aku tidak suka menyakiti wanita, tetapi kali ini keadaan berbeza. Lagipun, tidak ada undang-undang yang sempurna di dunia ini. Semuanya berubah mengikut masa dan keadaan. Ada masanya kita harus melepaskan prinsip yang dipegang, dan aku yakin ini adalah salah satunya.
Dengan tangan yang ditembusi jarum tadi aku menampar wajahnya – dengan agak kuat menyebabkan pangkal jarum itu membengkok – dan terus menolak badannya ke penghadang jalan.
"Urgh.." aku menarik keluar jarum tadi – menelitinya buat beberapa saat – dan membuat keputusan untuk menyimpannya di dalam dompet. Pada ketika ini, wanita itu sedang cuba untuk berdiri semula dengan sebelah tangannya memegang besi penghadang jalan bagi menyokong kakinya.
Dia kelihatannya keliru dengan tindakan aku tadi.
Seperti yang sedia maklum, aku sangat berhati-hati. Aku tidak akan membiarkan apa-apa kesan yang boleh mengaitkan aku dengan Daus dan wanita ini tertinggal di mana-mana. Tambahan pula jarum tadi kini mempunyai kesan darah aku.
YOU ARE READING
SHAHRIL
Mystery / ThrillerBeg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."