File 02

4.3K 140 2
                                    

Kreakk...

Shit!

Dengan pantas aku berganjak semula ke belakang. Mujur saja aku dapat lihat refleksi tuan rumah melalui kaca televisyen, jadi aku tidak perlu bersusah payah mengintai keadaan di dalam bilik. Dan nampaknya bunyi kuakan pintu tadi tidak membuatnya terjaga dari tidur. Kalau terjaga pun aku rasa dia akan anggap pintu terbuka akibat tiupan angin.

"Kau ni masih macam dululah." tegur Jimie tiba-tiba.

Entah dari mana dia datang tiba-tiba saja sedang duduk bersila di sebelah. Dan tegurannya tadi membuat aku rasa seperti baru lepas terkena renjatan elektrik.

Gampang betul mamat ni.

"Always, too careful." ujarnya lagi.

"Of course," aku berbisik, dan melangkah semula ke dalam bilik.

Tuan rumahnya berbangsa India, umurnya mungkin dalam lingkungan 40-an, sedang lena tidur dengan hanya berpakaian boxer dan singlet putih yang sudah tidak berapa hendak putih.

Dengkurannya membuat aku semakin yakin yang dia bukan seorang yang mudah terjaga. Bukan malam ini sekurang-kurangnya. Rasa bodoh sekejap bila teringat kejadian pintu berbunyi tadi. Keadaan biliknya juga lebih kurang sama dengan ruang tamu, cuma baunya... tobat aih ini first and last aku masuk rumah ni.

"So.. apa lagi?" soal Jimie yang kini bersandar pada tingkap bilik, menjungkitkan keningnya beberapa kali.

Aku menggenggam kemas sapu tangan berkloroform tadi. Mataku ditumpukan kepada lelaki yang sedang lena di hadapan. Selepas 4 tahun aku berikrar mahu cuci tangan, dan kali ini aku ingin mengotorkannya sekali lagi?

"4 tahun, Shah." bisik Jimie dekat dengan telinga, "...Dah 4 tahun. Sekarang peluang depan mata. Go.".

Kali ini dia terawang-awang secara terbalik. Rambut panjangnya sekali-sekala bergerak ke kiri ke kanan ditiup angin.

Ini bukan sesuatu yang baru. Jimie tidak terikat dengan hukum fizik dunia seperti aku. Pelbagai perkara mustahil yang tidak mampu dilakukan manusia mampu dia buat. Dia bebas. Terlalu bebas sehinggakan hukum graviti pun tidak mampu membuatnya terikat.

"Come on. Do it. He deserves this. Kau ingat apa dia buat kat-"

"Shut up Jimie," aku mencelah.

"Oh, you do remember-"

"I said shut up!"

Sekali lagi mencelah, kali ini dengan intonasi suara yang lebih tinggi, dan terus menekapkan sarung tangan bercampur kloroform tadi ke hidung lelaki yang sedang terbaring. Entah kenapa darahku membuak-buak naik apabila Jimie cuba mengingatkan aku kejadian 4 hari lepas. Kejadian yang membuatkan aku berdiri di sini hari ini. Kejadian yang membuatkan aku kembali mengotorkan tangan.

"Urgh! Hfft!"

Lelaki India yang tidak tahu apa-apa terus meronta apabila terjaga dari tidurnya akibat diganggu kasar. Tangan dan kakinya bergerak ke sana sini, entah apa yang ditumbuk dan ditendang aku juga tak pasti. Mungkin dia tahu nyawanya dalam ancaman dan tidak sempat berfikir apa-apa, jadi tindakannya tidak lebih dari sekadar tindakan orang yang sedang panik. Seperti orang yang sedang lemas, to be exact.

Aku harus menggunakan sepenuh tenaga dengan kedua belah tangan aku tetap menekap sebahagian wajahnya.

"Watch out," bisik Jimie.

Mujur saja aku sempat mengelak ke kiri sedikit, kalau tidak mau makan penumbuk percuma aku kat sini. Aku merapatkan wajahku dengan kepalanya, dan melebarkan siku untuk menghalang daripada tangannya melakukan perkara yang sama. Dan dia nampaknya bukanlah jenis yang mudah mengalah. 

SHAHRILWhere stories live. Discover now