File 03

3.3K 128 6
                                    


Aku mencapai kain buruk yang aku lihat disangkut pada paip sinki dan duduk di atas dadanya. Aku genggam kuat kain buruk itu. Aku dapat merasa seolah ada cecair hitam yang melekit. Mungkin juga kerana ia sudah bercampur dengan kulat dan what-God-knows bakteria apa lagi yang wujud. Tak apalah, bukan masalah aku.

Tangan kiriku menekan halkum Van - mungkin mencekik lebih sesuai? - membuatkan mulutnya terpaksa dinganga, dan memasukkan kain buruk tadi ke dalam mulutnya. Sambil menolak dagunya ke atas dengan tangan kiri, tangan kananku mencapai sebatang jarum dari beg strip hitam.

Kelihatan Van cuba sedaya upaya untuk melawan namun apa yang terhasil hanyalah bunyi seperti seseorang yang ditekap mulutnya sedang cuba menjerit. Wait, that is what actually happened. Maaflah, aku kurang arif dalam bermetafora. Mungkin sebab itu novel yang aku tulis tidak begitu memberangsangkan jualannya. Hm.

Aku duduk di atas dadanya, dan sebatang jarum itu perlahan-lahan aku tusuk melalui bahagian bawah bibir menembusi bahagian atas. Setelah aku puas hati dengan kedudukan jarum tadi, perlahan-lahan aku bengkokkan kedua hujungnya menggunakan playar. Nah, kali ini cubaannya menolak keluar kain buruk akan berkurang. 

Belum habis.

Aku perlu sekurang-kurangnya 5 batang jarum untuk membuatnya mengalah dan pada masa yang sama mengelakkan bibirnya daripada terkoyak.

Jadi... Four more to go. 

**

Selesai lima batang jarum.

Aku bangun perlahan-lahan dan meregangkan badan. Terdengar bunyi tulang-belulang pada ketika aku menggerakkan badan ke kiri dan kanan. Jam tangan menunjukkan pukul 3:44 minit pagi. Lari sedikit dari jadual.

Kelihatan nafas Van masih lagi laju turun dan naik. Airmatanya mengalir sejak tadi. Dan darah akibat tusukan-tusukan jarum sejak tadi sedang menitik membasahi dagu dan leher. Aku dapat rasa yang dia dalam keadaan takut, keliru, cemas, etc. Tidak hairanlah sebenarnya.

Kalau orang tiba-tiba masuk rumah kau, buat kau pengsan, kemudian buat benda pelikpelik macam ini tanpa beritahu apa masalah dia dengan kau mesti kau pun rasa benda yang sama. Aku tak bolehlah expect reaksi yang aku terima adalah tenang dan gembira seolah kami sedang duduk minum teh hijau sambil bermain dam haji ye dak?

"Van, ohh Van."

Dia menggerakkan biji matanya ke arah aku.

"Kau mesti nak tau siapa aku kan? Most of all, kau mesti nak tau kenapa aku buat semua ni kan?" soalku.

"Hmhhh! Hmmp.."

"Oh. Lupa kau takleh cakap dah." kataku, sinis.

"Tapi baguslah. Ada sesetengah manusia ni selagi mana dia mampu bercakap selagi tu dia menipu."

Eh seronok pula rasanya menganjing dia ni.

Aku dapat dengar dengusan nafasnya yang semakin kuat. Airmatanya masih lagi mengalir dan renungan matanya seolah mengharap simpati. Tapi maaflah, untuk sesetengah jenis manusia aku memang tidak punya rasa simpati terhadap mereka. Tidak punya.

Aku keluarkan segulung tiub getah dari dalam beg. Dan sebatang paku.

Aku kemudian bergerak ke sebelah kanan Van - sambil diperhatikan setiap gerak geriku oleh Jimie dan Van - dan mencangkung sedikit mendekatkan lututku dengan wajahnya. Sebatang paku tadi aku dirikan pada bahagian pipinya menggunakan jari telunjuk - sengaja aku menggerak-gerakkan paku itu pada pipinya beberapa saat untuk melihat reaksi Van -  dan kemudian dengan menggunakan ibu jari, aku tolak ke dalam secara paksa - dan mengejut  -  menghasilkan satu lubang.

Dengusan nafas Van semakin kuat pada ketika paku itu menembusi pipinya. Aku tidak pasti sakit bagaimana yang dia rasa, namun cukup untuk membuat airmatanya sekali lagi mengalir. Dan ini membuatkan adrenalin yang mengalir di dalam badan aku lebih laju. Dari ekor mata aku dapat lihat Jimie juga sedang terhibur.

Dia memang suka lihat ini semua, ia bagaikan satu pertunjukan khas; katanya.


SHAHRILWhere stories live. Discover now