File 09

2.3K 88 5
                                    


Here I stand

Helpless and left for dead

Close your eyes, so many days go by

Easy to find what's wrong; harder to find what's right.

#Np Dance With The Devil; Breaking Benjamin

2 bulan 3 minggu selepas kejadian yang menimpa Van.

Siasatan ke atas kematian Van masih berjalan. Dan setakat ini, belum ada apa-apa berita tentang suspek. Motif pembunuhan juga masih diletakkan dalam status: dalam siasatan.

Heh. Aku tersenyum sendiri membacakan berita-berita berkaitan kes homisid Manivannan, sebelum pelayan Old Town White Coffee cawangan Bangi datang menghantarkan minuman dan roti bawang yang aku pesan.

"Makasih," kataku sambil melemparkan satu senyuman.

Pelayannya – yang tertera nama Nadia – membalasnya dengan satu anggukan dan senyuman.

"Comel." kata Jimie yang duduk di arah bertentangan – sambil melirik ke arah Nadia – kemudian kembali menghadap aku. Aku tidak mengiyakan, atau menidakkan.

Sejak kes Van beberapa bulan lepas, Jimie lebih banyak meluangkan masa bersama aku. Atau aku banyak meluangkan masa dengannya. Atau tidak ada beza antara keduanya.

Henfon aku letakkan di atas meja, dan kembali memerhatikan seorang remaja lelaki yang duduk berselang 2 meja di hadapan aku. Ada lagi 3 orang – dua lagi perempuan – yang duduk bersama yang aku rasa adalah teman sekuliah dia. Hari ini sudah masuk minggu kedua aku mengekori lelaki – Daus – ini, dan boleh kata aku tahu jadual kelasnya setiap hari.

Sambil mengunyah roti yang aku pesan tadi, aku sempat memerhatikan mereka yang turut berada di sini.

Tidak jauh dari Daus tadi, ada sekumpulan pekerja pejabat, sedang asyik berborak dan ketawa sesama mereka. Juga ada seorang wanita yang aku anggarkan usianya pertengahan 20'an yang duduk berhampiran pintu keluar. Dengan mata yang tidak tahu ke mana arah pandangannya – kerana dia memakai spek hitam – sedang mencicip kopi. Rambutnya yang hanya separas leher terlihat kemas dan kena dengan kulitnya yang cerah.

Ada juga pasangan muda yang duduk berhadapan sedang berpegangan tangan membaca menu. Ada juga seorang tua berbangsa Cina yang duduk membaca surat khabar, di kerusi sebelahnya terdapat beg plastik belian. Aku rasa mungkin dia sedang menunggu isteri atau anak-anaknya selesai membeli-belah.

Ini memang sifat aku sejak dulu. Aku gemar memerhatikan tingkah manusia. Aku percaya setiap manusia menyimpan rahsia; pasti ada cerita di sebalik mata dan senyuman mereka. Dan melalui mata mereka, kadangkala aku tertanya-tanya apa yang manusia-manusia ini sembunyikan.

"Minggu ni kau balik ke?" soal seorang perempuan yang duduk berhadapan Daus – Perempuan A.

"Balik kot. Duit nak abeh dah ni." balas Daus.

"Oh duit dah habis baru reti nak balik rumah!" jawab Ajib – aku tahu namanya kerana beberapa kali Daus memanggil dia sebagai 'Jib'.

"Kau gerak pukul berapa?" soal Perempuan A.

"Jumaat malam tu la kot. Lepas makan ke." jawabnya.

"Untung ler boleh balik." balas seorang lagi teman perempuannya – Perempuan B.

Dan setelah itu aku tidak fokus untuk mendengar butir perbualan mereka lagi. Aku sudah nampak tingkap peluang yang terbuka. Tidak luas, tapi aku rasa ia sudah memadai. Sambil menghirup kopi yang tersedia sejak tadi, bibirku mengukir satu senyuman kecil.

SHAHRILWhere stories live. Discover now