File 14

1.7K 72 7
                                    


SHAHRIL NAJMI

"Si... siapa korang ni?!" soal Daus, sedang cuba meloloskan tangan dan kakinya dari klip besi di atas kerusi.

Butang projektor ditekan.

Satu paparan slide powerpoint terpapar di skrin di hadapan – di belakang kamera perakam – Daus. Tertera di skrin:

Baca.

"Ba... Baca? Baca apa?"                                                                                      

Sara – yang sedang memakai topeng kepala kucing – menunjuk ke arah hadapan. Paparan PowerPoint bertukar ke slide seterusnya.

Aku diarahkan untuk diam dan memerhati sahaja dari jauh. Yang penting, aku harus kekal berada pada titik buta kamera, jadi aku memilih untuk duduk di atas meja tempat aku bersandar tadi.

"Saya ___Firdaus Bin Ahmad Zaid__ (nama) mengaku telah menyeksa/membunuh ___4___ ekor kucing pada 12/03/2016 bertempat di ___Seremban___. Saya–"

"What?! Ni semua sebab... KUCING?!" Daus menengking, cuba memalingkan wajahnya melihat Sara.

"Baca."

"Kau ni serius ke?!"

"Baca." ulang Sara.

"GILA!"

Tanpa banyak bicara, suis yang terletak di sebelahnya dihidupkan. Mesin pengering rambut dicapai dan ditekapkan pada paha kiri Daus.

On.

"Stop!" teriak Daus, cuba melepaskan diri. "Stop la GILA!"

Pahanya sudah mula merah, dan mesin pengering rambut itu juga sudah mula berasap di bahagian belakang. Pada ketika ini hidung aku sudah mula menghidu bau hangit besi, bercampur dengan daging bakar.

Krukk.

Tanganku mula mengusap-usap perut. Ya, aku lapar.  Dan bau daging bakar pada waktu begini langsung tak kelakar. Cukuplah aku bunuh orang untuk kerjaya, jangan untuk makan sudah.

"ARGHHH! Ok-Ok! STOP! Aku baca! Aku baca!"

Bunyi mesin pengering rambut yang membingitkan tadi mula surut perlahan-lahan sebelum hilang.

"Saya... Saya juga mengaku... semua perbuatan itu dilakukan oleh saya sendiri.. tanpa paksaan dari mana-mana pihak." Daus mengambil nafasnya semula.

Slide seterusnya.

"Demi menebus dosa saya, saya ___Firdaus Bin Ahmad Zaid__ (nama)  bersedia membayar semula dengan apa-apa cara..."

Slide seterusnya.

Daus terkedu.

"No." geleng, "Tolong jangan buat aku macamni..."

"Baca." arah Sara.

"Taknak!"

"Aku tak suka cakap benda sama ulang-ulang. Last; baca."

"TAKKAN!" dia masih berdegil.

"Ok. Kau yang mintak."

"Mintak? Mintak apa?" Daus cuba memalingkan wajahnya ke belakang, "Mintak apa ni sial?!"

Sara mengambil sebilah gunting dan mula memotong seluar dalam milik Daus.

"Woi! Woi! Kau nak buat apa ni babi?!"

Tanggal sahaja seluar dalam Daus, tangan Sara laju menusuk masuk gunting yang dipegang tadi pada bahagian paha Daus yang terbakar. Daus menjerit sakit, dia meronta untuk melepaskan diri walaupun dia tahu ia adalah sesuatu yang sia-sia. Darahnya menitik laju. Sara tidak ambil pusing. Satu lagi alat di-plug masuk.

Mata aku cuba untuk fokus sehabis boleh.

"Hair straightener?" aku ketawa kecil.

Gila perempuan ni. Tapi, memang semua perempuan dalam dunia ni gila pun, kan?

"Hmm... Seems like kau dah jumpa partner in crime kau, in real life. Jangan lupa aku lepas ni sudah." Usik Jimie, bersandar di sebelah aku.

"Jangan mengarut."

"Really? Mengarut?" Jimie menjeling ke arah aku, bibirnya mengukir senyuman sinis. "I saw how you smile just now. Don't lie to me, brother. I know everything."

"Hehe. Shut up," aku menoleh, "just enjoy the show, okay?" Sambil mengangkat sebelah tangan menghala ke arah Sara, masih tersenyum.

Hair straightener tadi dikepitkan pada penis Daus.

"Weh sial, jangan buat gila!"

Klip.

"Babi, jangan buat gila la sial!"

Suis dihidupkan.

"Weh! Kau... kau jangan main gila macamni!" Daus meronta cuba melepaskan tangan dan kakinya dari kerusi, "Apa kau nak sebenarnya ni hah?!"

"Aku nak kau baca." balas Sara, dingin.

"Kau gila ke hah? Kau ni... mental tau tak?!"

"Hehehehe.  Aku mental?" soal Sara.

"Ya, kau mental!"

"Oh, okay, aku mental. Jadi orang yang seksa, yang bunuh binatang macam kau ni kelakuan orang waras la?" soal Sara.

"Fuck lah! Kucing tu binatang je, bodoh, BINATANG!" kata Daus.

"Oh, habis binatang takde perasaan? Takde rasa sakit? Just because kau manusia, kau layak rampas hak haiwan untuk hidup, gitu? Kau siapa, Tuhan?"

Dahi Daus berkerut, "Kau ni gila lah!" kata Daus, "TOLONG! TOLONGGG!!"

Dahiku mula berkerut mendengar suara Daus bergema memekakkan telinga. Ikutkan hati, hendak saja aku kelar lehernya sekarang. Aku tak suka bising. Serabut.

"Kau boleh jerit sampai anak tekak kau merangkak keluar, sampai lidah kau putus if you insist. But trust me, kau nak simpan tenaga yang kau ada sekarang." kata Sara.

Daus terdiam. Wajahnya pucat tiba-tiba. Mungkin dia dapat rasa yang Sara tidak bergurau.

"Ok-ok, kita bincang! Kita bincang elok-elok. But please, tarik.. tarik iron rambut ni dulu please..." pinta Daus, mengalihkan renungannya ke arah penis yang di-klip pada hair straightener.

"Bincang?" Sara ketawa kecil, berdiri di hadapan Daus. Ia terdengar agak menakutkan dengan suaranya yang terdengar garau sekarang.

Daus hanya mendongak melihat Sara, masih menunggu ayat seterusnya.

"Dah tak ada apa yang nak dibincangkan, Firdaus."

"Harghhh! Lepaskan, lepaskan aku! Le– grarghhh!!"


SHAHRILWhere stories live. Discover now