Aku melirikkan mata melihat jam tangan; 4:18 pagi.
Semua 10 keping kuku yang telah aku kopek aku biarkan saja di atas lantai. Mata Van kini tidak lagi digenangi airmata. Matanya memandang aku penuh amarah. Mungkin kesakitan tidak seberapa yang dia rasa tadi membuatnya letih untuk berasa takut. Aku yakin ketika ini jika badannya mampu bergerak sudah tentu lunyai aku dikerjakan. Malangnya itu adalah perkara yang tidak akan terjadi. Trust me, I've been there.
"Kenapa tenung aku macam tu?" soal aku.
Van hanya mampu mendengus. Matanya masih garang.
Tak apa, kita lihat lama mana mata dia mampu berikan aku pandangan tajam begitu. Perbuatannya aku ibaratkan seperti keyboard warrior di Twitter. Dia fikir boleh bunuh orang kalau tweet itu ditaip menggunakan CAPS LOCK agaknya.
Aku mencapai beg strip hitam aku tadi, dan letakkannya di sebelah kepala Van. Bebola matanya bergerak melihat beg itu pada ketika ianya mencecah lantai, kemudian kembali beralih melihat aku. Aku seolah dapat merasa pandangan matanya penuh dengan perasaan benci, marah, dan ego. Dan itu bukan satu tindakan yang bijak apabila berdepan dengan aku.
Bukan tindakan bijak.
Sekali lagi aku melabuhkan punggung di atas dada Van yang berbulu lebat. Kemudian berganjak ke depan sedikit lagi bagi mengunci lehernya daripada bergerak ke kiri dan kanan. Untuk apa yang aku mahu lakukan seterusnya, aku perlukan kepalanya untuk benar-benar statik.
Disebabkan ini bukan murder house, jadi aku harus menggunakan kedua lutut aku sebagai penghadang kedua belah – kiri dan kanan – kepalanya. Cukuplah kot untuk menahan; terima kasih buat Etorphine dan sedatif yang mematikan 97% pergerakannya tadi.
Van, matanya masih membuntang, merenung aku dengan tajam. Heh. Aku membalasnya dengan satu senyuman kecil sambil tanganku meraba-raba beg strip hitam mencari sebatang jarum.
"Sit still." kataku. "Eh sorry, maksud aku baring diam-diam."
"Aha, favorite part aku." ujar Jimie yang sedang berdiri tegak 90 darjah secara terbalik.
Aku mendekatkan wajahku dengan mukanya – lebih spesifik, mata kirinya – dan dengan menggunakan ibu jari dan jari hantu aku memaksa kelopak matanya untuk celik sentiasa. Tangan kanan aku memegang jarum secara menegak, dan aku sasarkan tepat pada bahagian tengah biji matanya. Ketika ini Van aku dapat rasa jantung Van yang turun dan naik dengan laju. Beberapa kali juga dia cuba berteriak, namun disebabkan kain buruk di dalam mulut dan jarum yang mengunci bibirnya apa yang ku dengar tak ubah seperti bunyi keldai mengawan.
Degupan jantung aku semakin laju tatkala jarum itu semakin menghampiri kornea matanya. Aku dapat rasa Van juga begitu.
"HMPHHH! Hmphhh!!"
Ah, itu saja yang mampu Van luahkan pada ketika hujung jarum mula menikam masuk matanya secara perlahan. Dan menyeksakan.
Aku perasan Jimie sendiri tersenyum apabila melihat Van yang begitu tidak berdaya menggelupur separuh mati. Bibirnya juga ada bahagian yang terkoyak lebar akibat cubaannya menjerit menjadikan bibirnya yang sedikit gelap akibat mula bertukar merah. Tapi nampaknya tenaga yang dia ada tidak mampu melawan kesan Etorphine yang aku beri tadi.
Sekali lagi, terima kasih Etorphine.
Banyak juga tenaga yang aku harus gunakan untuk menahan kepalanya daripada bergerak. Tanganku berhenti apabila jarum itu sudah tiga per empat tertancap. Cukuplah untuk menikam iris menembusi pupil terus ke lensa dan ora serrata di matanya.
"Don't close your eye. Trust me, you don't want to do that." kata aku, melepaskan jari.
Van masih lagi mendengus dan mengalirkan airmata. Cuma kali ini airmatanya bercampur dengan darah menghasilkan satu garisan merah ke telinga, kemudian lantai. Kulit gelap wajahnya terlihat sedikit kemerah-merahan. Urat dilehernya yang berlemak itu juga agak kelihatan. Quite an impression, really.
Sekarang kau tahu kenapa kau tak seharusnya beri aku renungan sebegitu, bukan?

ANDA SEDANG MEMBACA
SHAHRIL
Misterio / SuspensoBeg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."