File 06

2.4K 86 10
                                    

Usai itu, aku melepaskan cengkaman kedua lututku pada mukanya. 

Aku dapat lihat dengan jelas cecair merah yang pekat mula memenuhi ruang matanya yang terpaksa dibuka besar. Tanpa berlengah, sebatang lagi jarum aku tarik keluar dari beg strip hitam yang sama. Kali ini reaksi Van berubah secara drastik.

Matanya membulat besar, tapi bukan angkuh, marah, dan ego yang aku lihat. Aku nampak rasa takutnya di situ. Atau mungkin trauma. Atau mungkin fobia. Dan jujurnya, dimata aku ianya tampak kelakar.

Sekali lagi aku menggunakan kedua lututku menahan kepalanya. Pada ketika ini Van berusaha untuk melawan. Entah apa yang dihamburkan mulutnya aku pun tidak faham.

Dan tidak mahu faham.

Ah, mata kirinya penuh dengan darah menyebabkan aku tidak dapat melihat sasaran aku dengan tepat. Jadi dengan mengguna ibu jari, aku menggosok-gosok sedikit permukaan korneanya dengan berhati-hati takut terkena jarum pertama yang aku tancapkan tadi. Van masih lagi cuba melawan, namun hasilnya masih lagi sia-sia. Yang terdengar hanya bunyi dia mengerang kesakitan, dan bunyi kelopak bibir yang terkoyak – kini semakin besar. Boleh kata penuh juga darah dari bibir koyaknya yang mengalir ke dagu, kemudian leher, kemudian lantai. 

Dan aku tidak ambil pusing hal itu. 

Aku harus beri fokus pada bahagian matanya.

Aku tahu darah yang mengalir dari matanya memang tidak berhenti dalam jangkamasa terdekat, jadi asal aku boleh nampak tempat yang aku sasarkan sudah kira cukup baiklah. Kali ini aku pegang bahagian bawah jarum pertama yang aku tancap tadi dengan ibu jari, dan dengan berhati-hati, aku menolaknya perlahan ke atas. Bebola matanya tidak punya pilihan selain daripada menurut.

Jarum yang aku tancapkan di tengah kornea matanya bertindak seolah controller konsol permainan video. Ke mana jari aku menolak butang navigasi, ke situlah wataknya pergi. Cuma kali ini controller itu adalah sebatang jarum. Dan wataknya adalah bebola mata Van.

Jika tadi aku tumpukan pada bahagian kornea mata, jarum yang kedua aku sasarkan pada bahagian sklera – bahagian putih mata yang berhampiran mata hitam – pula. Ketika ini Van semakin kuat cuba untuk meronta. Dan bukan airmatanya sahaja yang mengalir, hidungnya juga turut sama kembang-kempis; sesekali ia mengeluarkan cecair jernih; atau hingus dalam bahasa mudahnya. Saja aku beri bahasa bunga-bunga sedikit. Ke tak berbunga pun? OK tak apa; aku mahu sambung kerja.

Melihatkan perbezaan reaksinya sekarang, mungkin tusukan pertama tadi terlalu sakit hingga dia tidak sanggup merasainya untuk kali kedua. Mungkin.

Tanpa berkira-kira aku berikan satu lagi tusukan, dan masih mengekalkan prinsip aku tadi – secara perlahan-lahan – agar dia rasa setiap inci jarum yang masuk ke dalam bebola matanya. Van sedang menggelupur tidak keruan pada ketika ini. Urat-urat di lehernya timbul dengan jelas. Dan aku? Hanya tersenyum.

Aku puas.

"Shah, tengok," tegur Jimie sambil menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah tiub getah yang aku sumbat melalui pipinya tadi. Dia kelihatan teruja.

"Heh," Aku tersenyum kecil melihat cecair kuning cantik saja bergerak melalui tiub getah itu dan masuk terus ke dalam mulutnya.

Sekitar 2 saat, Van mula tersedak. Mungkin kerana kain buruk dan air kencingnya menyekat laluan nafas. Beberapa kali juga aku lihat urinnya keluar kembali melalui celah bibir yang terkoyak, dan kadangkala ia keluar melalui hidung. Bau hancing juga telah mula tertangkap oleh hidung. Selesai!

Aku bangkit dari dadanya dan berdiri tegak. Sekali lagi kedengaran bunyi tulang belulang aku apabila aku meregangkan badan ke kiri dan kanan. Sapu tangan yang menutup wajahku sejak tadi lagi aku betulkan posisinya yang sudah sedikit senget. Air kencing Van masih lagi tersisa ditiub, tapi ia sudah berhenti mengalir.

"Kita rehat kejap okay Van?" kataku sambil membunyi-bunyikan tulang jari.

Aku menarik satu nafas panjang memerhatikan keadaan sekeliling, dan mula mengemaskan barang yang aku bawa dari rumah – barang yang dapat mengaitkan aku dengan mangsa. Beg strip hitam di sebelah Van aku capai dan aku lipat dan masukkannya kembali ke dalam beg sandang.

Ya, aku hampir ke penghujung.

Jika diikutkan banyak lagi yang aku mahu cuba, namun waktu aku sudah semakin singkat. Dan aku harus tamatkannya secepat mungkin. Selesai berkemas apa yang patut, aku kembali duduk pada kerusi kecil sambil menyandarkan badanku pada dinding.

"It's almost time to say goodbye, Van."

"Aku beri masa 6 minit untuk kau bersedia. Fikir elok-elok apa yang kau kesalkan dalam hidup; dari mula kau celik mata sampailah ke hari ni. Dan jangan fikir pasal esok."

"Sebab esok, tak wujud untuk kau. Dan itu pasti." kataku, dan aku benar-benar ikhlas memaksudkannya.

Memang tidak ada "esok" untuk Van.

SHAHRILWhere stories live. Discover now