"Come on Shah. For old time's sake? Whaddya say?"
"Aku dah cakap tadi. Aku dah stop. That's the point aku sewa kat sini. Aku nak mula baru." balas aku. Yang juga kedengarannya berat untuk aku luahkan.
"Really? Ini yang kau nak?" balasnya sinis, sedikit ketawa.
"Dah, kau buat apa kau nak. Jangan libatkan aku." kataku sambil menjentikkan puntung rokok ke bawah dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Tanganku menggerak-gerakkan cursor tetikus mengakibatkan laptop aku terjaga dari lena. Memang aku bukan seorang yang rajin shut down laptop. Cukuplah aku membiarkannya menyala selama setengah jam sebelum masuk ke 'mod sleep'.
"Eh seriuslah kau nak ignore aku ni?" soal Jimie yang sedang berbaring di atas katil. "Come on Shah. Aku kenal kau. Sejak kau dengar cerita dia haritu lagi kau dah panas hati, kan? Sekarang kau dah nampak depan mata. Apa alasan kau untuk cakap "tak" kali ni?"
Tanpa menghiraukan soalannya, tanganku menggerak cursor tetikus membuka browser dan menaip YouTube.com. Uncover nyanyian Zara Larsson aku mainkan, volum suara aku tinggikan. Hampir 17 saat, tiba-tiba lagu yang aku mainkan terhenti. Sebaliknya video klip di dalam YouTube digantikan dengan imej Jimie.
Dan dia sedang tersenyum.
Ah, celaka. Aku lupa mamat ni ada special feature.
"Shah, fikir macamni jela eh. Semua orang yang lahir kat dunia ni, ada purpose dia. But fikir, kenapa kau dilahirkan... lain?"
Diam.
"Because you were born for this." bisik Jimie yang tiba-tiba berdiri di belakang aku.
Dia bergerak ke sebelah kanan aku, tangannya - atau tangan aku? - menggerakkan tetikus menekan butang 'new tab' pada skrin.
"Stop it." kata aku memberikan amaran.
Jimie melihat aku sejenak, kemudian dia melepaskan tetikus yang dipegang dan mengangkat kedua tangannya sebagai tanda menurut. Sinis diwajahnya masih belum hilang.
"Tell me one thing, kenapa kau kat sini?" soal aku.
"Sebab kau perlukan aku."
"No I'm not."
"Yes you are."
"No I'm... ah apa-apalah." balasku malas.
Aku tahu pertelingkahan yes-you-are-no-I'm-not ini mampu berlarutan hingga ke esok pagi jika aku teruskan. Aku pernah punya pengalaman seperti itu. Sesungguhnya ia sangat meletihkan dan aku tidak mahu perbuatan bodoh itu berulang buat kali kedua.
"Shah, oh Shah. Aku tak faham kenapa kau beriya sangat nak deny instinct sendiri. Aku kenal kau lebih daripada kau kenal kau kot."
"Kau tau, ramai orang kat luar tu nak buat apa yang kau boleh buat. But they can't. Why? Because they lack of courage; lack of knowledge. But most of all, because they are not you." ujarnya lagi.
"So you're saying, killing is good?" bidas aku.
"Yeah, why not?" jawabnya yakin.
"Senangnya jadi kau. Tak suka, kelar. Tak suka, jerut. Kau tak pernah terfikir untuk bagi peluang kat orang lain; mana tau dia boleh berubah?"
"Hahahahaha!" Jimie ketawa besar buat beberapa saat sebelum mengumpul semula nafasnya, "Manusia ni Shah, akan tiba satu tahap, dia berhenti berubah."
"Kau tau sebab apa? Sebab itu adalah diri dia yang sebenar; their true colors. Samalah macam orang yang kau tengok tadi. Kau bagi la dia 10 juta peluang sekalipun, outcome dia sama. Sebab itu memang diri dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
SHAHRIL
Mystery / ThrillerBeg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."