File 07

2.2K 94 19
                                    


 2 bulan lalu.

"Ni kucing adik ke?" soal aku.

"Ha'ah kot." balasnya.

"Kot?"

"Hehe sebab Fatnin bagi makan, lepas tu dia selalu datang rumah. Tapi ibu tak kasi bawak masuk rumah, sebab tu Fatnin selalu main dengan dia kat luar je." balasnya sambil menggendong kucing oren putih dalam dakapannya.

"Oh nama adik Fatnin ke?" soal aku sambil menggerak-gerakkan lima batang jari pada perut kucing oren-putih itu. Fatnin yang aku anggarkan usianya baru 7 atau 8 tahun hanya mengangguk beberapa kali.

Pada masa yang sama kucing oren-putih itu sedang cuba menangkap jari aku dengan dua tangan – ke kaki? – nya.

Comel!

Sebenarnya sejak minggu lepas aku selalu melihat kucing oren-putih ini berjalan di kaki lima apartment ini. Dan disebabkan itu juga sekarang jika pulang dari kerja aku akan membeli lauk lebih – ikan atau ayam – untuk diberi pada Mimi.

Iyalah, kucing ini bukan macam manusia yang punya akal dan mampu mencari duit sendiri untuk membeli makanan. Aku kasihan dengan kucing-kucing liar yang terpaksa mengharap ihsan manusia demi makanan. Dan aku juga percaya rezeki yang dikurnia oleh Tuhan seharusnya dikongsi bersama. Dengan "bersama", aku tidak mengecualikan kucing.

"Fatnin bagi nama apa kat dia?" soal aku, masih lagi bermain jari dengannya.

Kadangkala sengaja aku beri peluang untuk ia mencakar dan menggigit jari aku. Bukan sakit sangat pun. Bulu di badannya tidaklah lebat, cuma ekornya sahaja kelihatan agak 'fluffy'. Mungkin dari baka kacukan kucing biasa dengan kucing siam. Dan aku rasa ia sedang bunting. Aku dapat lihat perutnya yang sedikit kembung.

"Maru!" balas Fatnin.

"Eh Maru nama jantanlah. Dia ni betina." balas aku.

"Ala yeke? Habis nak panggil apa?"

"Mira ke?" cadang aku, separa bergurau.

"Mira tu nama kawan oranglah!" balas Fatnin, sedikit ketawa.

"Habis tu nak panggil apa?" soalku kembali, mengerutkan dahi.

"Mimi?" cadang Fatnin.

"Okay, macam tu start harini panggil dia Mimi okay?"

Fatnin mengangguk sambil tersenyum. Dia kelihatan comel berbaju kurung dan berambut pendek paras bahu.

"Along buat apa tu kat luar? Jangan kacau abang tu long." tegur ibunya sambil membuka luas pintu grill dan melangkah keluar menghampiri Fatnin.

Ibu Fatnin; Kak Leen merupakan seorang janda muda, dan juga merupakan jiran selang 2 buah rumah. Tidak banyak yang aku tahu tentang keluarga Kak Leen, aku cuma tahu yang mereka kahwin muda, kemudian mereka bercerai selepas suaminya tertangkap mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Bodoh.

"Eh takdelah kak, tak kacau pun. Dari tadi dia dok tengok Maru – uhuk, maksud saya Mimi ni dalam rumah saya. So saya bukaklah pintu ni bagi main. Tak tau pulak memang dia selalu main dengan Mimi." Balas aku tersenyum.

"Oh, yelah. Fatnin ni suka dengan sangat kucing." Balas Kak Leen, mengusap rambut anaknya. "Akak tahun lepas ada jugak bela kucing, tapi lepas mati tu.. entahlah. Kesian sangat. Sebab tu sekarang ni akak macam taknak bela kucing lagi dah. Tak sanggup nak rasa sedih dengan kesian tu lagi." ujarnya lagi.

"Mati kenapa kak? Accident?"

"Tak! Pakcik India tu yang buat! Dia jahat!" celah Fatnin.

Riak wajah Kak Leen turut berubah sedikit.

SHAHRILWhere stories live. Discover now