Sempurna.
Ianya sempurna. Sebuah rumah yang mempunyai ruang bawah tanah yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Tidak aku nafikan bahawa ini ialah satu kawasan yang menakutkan, namun bagi orang seperti aku – atau kami – ianya bagai syurga di mana aku tidak perlu risau tentang manusia-manusia di sekeliling. Ianya bagai satu tempat di mana aku bebas menjadi diri sendiri. Satu tempat yang memberi aku ruang bebas untuk bereksperimen dan menguji daya kreativiti aku.
"Wah. Shah, you got to marry her." bisik Jimie, lebih kepada memerli.
Aku hanya melirikkan mataku ke arahnya seketika sambil ketawa kecil, sebelum mengeluarkan sebatang rokok dari kotak.
"Lil' help here," panggil Sara dengan sebelah tangannya memegang bonet kereta yang ternganga.
"Sure." Rokok tadi aku simpan semula di dalam kotak, dan terus bergerak ke arah Sara.
**
Seperti yang Sara katakan tadi, ia hanya sebuah rumah lama yang kosong. Tidak ada apa yang menarik, cuma ia tidaklah kotor. Ia hanya sebuah rumah biasa – terlalu biasa – yang mungkin terlalu mudah untuk dilupakan kewujudannya setelah beberapa ketika. Namun kadangkala sesuatu yang terlihat biasa itulah yang menyimpan paling banyak rahsia.
"Mana kau dapat benda ni?"
Sambil mengetip mangga pada penahan kaki yang diperbuat daripada besi, "Entahlah. Peninggalan nenek moyang aku dulu. Akupun tak berapa rajin nak kaji salasilah family aku sangat."
"By the way, kau memang tak cam aku ke?" soal Sara.
"Apa dia?"
"We've met, petang tadi." balas Sara.
"Hah? Kau serius ke?"
"Yeah, kau kat Old Town tadi, kan?"
Dahi aku mula berkerut, cuba mengimbas kembali manusia-manusia yang sempat aku perhati tingkahnya petang tadi. Setelah beberapa saat, aku kembali menghadap Sara.
"Kau... makwe yang pakai sunglasses tadi ke?"
Sara mengenyitkan matanya sambil tersenyum.
Aku turut ketawa kecil buat seketika. Aku terpaksa mengaku, yang gadis di hadapan aku ini memang penuh dengan kejutan.
Aku suka.
Mataku kembali tertumpu pada Daus yang didudukkan – dengan hanya memakai seluar dalam hijau tua yang sudah lusuh – di atas sebuah kerusi antik. Ianya sebuah kerusi yang aku yakin tidak mampu ditempah melalui Ikea dan kedai perabot yang ada sekarang. Tidak melalui pasaran terang sekurang-kurangnya.
Sambil menyandarkan punggung pada sebuah meja – juga mempunyai klip di keempat-empat penjuru – yang aku kira digunakan untuk tujuan yang sama; menyeksa dan membunuh, aku memerhatikan keadaan bilik yang mempunyai pelbagai alatan. Sekali imbas, ia terlihat biasa, seperti tempat bertukang. Bilik ini juga mengingatkan aku tentang Bilik Kemahiran Hidup yang diselenggara oleh Cikgu Hamsari sewaktu aku sekolah dahulu
"That's it." kata Sara, kemudian dia bergerak menghampiri aku, tangannya meraba-raba beg tangan yang diletakkan atas meja, tidak jauh dari aku.
Beberapa saat selepas itu, sebuah kamera perakam dikeluarkan, dan diklipkan pada kepala tripod. Aku kemudian mengekori Sara dari belakang – sambil membawa tripod – dan mendirikan tripod itu tegak di hadapan Daus.
On.
Sara menukar mod visual kepada: Night Mode.
"Apa kau nak buat sebenarnya ni?" soal aku.
"You will see. Tolong amek botol oren kat dalam tu, boleh? Yang ada label 'VC'."
Aku menoleh seketika ke arah peti sejuk kecil, dan sekadar menurut. Pintu peti ais aku buka, mataku dikecilkan sedikit apabila cahaya dari peti sejuk mula menusuk ke anak mata.
VC... VC... Ah, yang ni.
Aku menarik botol kaca dari kelompok botol-botol dengan label yang lain dengan berhati-hati untuk mengelakkan cecair di dalam tertumpah kerana ceper penutupnya sudah tiada. Pada ketika botol kaca itu rapat dengan aku, aku dapat menghidu aromanya yang tajam dan itu membuatkan aku mengalihkan muka aku ke arah lain, sambil menahan nafas.
Isi di dalamnya terlihat seperti lendir, berwarna oren gelap. Ah, lebih tepat jika aku kata sifatnya seperti Scott's Emulsion, cuma warnanya lebih gelap, dan ia mempunyai bau yang meloyakan. Ia... seperti bau muntah, dan ada sedikit bau bangkai.
Aku masih lagi tertanya-tanya siapa sebenarnya perempuan ini, dan nampaknya masih banyak yang aku tidak tahu tentang dirinya. Dan ini telah menimbulkan rasa ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Apa mungkin selepas malam ini kami akan terus berhubung? Jika ya, aku pasti ianya akan menjadi satu hubungan yang unik.
Dan menarik.
Dan istimewa; bisik Jimie.
"Nah," aku menghulurkan botol VC kepada Sara.
"Thanks," dia mengambil dan terus meneguknya.
"Benda apa–"
Sara menaikkan sebelah tangannya sebagai signal 'sebentar'.
Setelah beberapa saat cecairnya habis diminum, Sara menoleh ke arah aku yang masih ternganga melihat dia meneguk dengan laju cecair aneh tadi.
Sara berdehem, kemudian "Ni, 'benda apa' yang kau tanya tadi."
Aku – masih lagi ternganga – hanya ketawa kecil, "Seriously?"
"Cool, kan?" soal Sara, dengan suara garau. Lebih garau dari seorang lelaki. Dan dengan bantuan suasana yang gelap, dan sunyi, dan bilik yang agak bergema, ianya terdengar sangat menggerunkan. Ia seperti suara seseorang yang dirasuk.
Carmouflage. Heh, bijak.
"What's next?"
"Gi amek air." arah Sara.
Aku menjeling ke arah Sara yang sedang memasang plug extension kemudian ditarik dekat dengan Daus. Turut dibawa bersama satu beg kecil, yang tidak dapat aku pastikan isi di dalamnya.
"Nak tunggu air tu berjalan datang sini sendiri ke?" soal Sara, mendongak melihat aku.
"Haih. Yes ma'am," kata aku, menurut arahan.

YOU ARE READING
SHAHRIL
Mystery / ThrillerBeg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."