Bab 3

29.5K 1K 6
                                    

Sofia merupakan sahabat baiknya yang selalu menemaninya. Selepas kematian kedua ibu bapanya, Farisha tinggal di rumah sewa bersama Sofea. 2 bulan lagi Sofea akan mendirikan rumah tangga dengan rakan ofisnya Amir. Nampaknya selepas Sofea berkahwin dia akan tinggal sendiri la di rumah sewa.

"Sofea, aku nak tanya, restoran warisan kau tau tak kat mana?".

"Ntah lah aku pun tak tahu. Nanti aku tanya Amir. Kenapa beb??"

"Pagi tadi ada seorang mamat ni pergi langgar kereta aku. Dah langgar boleh pulak blah" . Semangat betul aku terangkan situasi tu pada sofea. Dia pula mengangguk angguk kepalanya tanda setuju dengan tindakan aku.

"Poyo betul mamat tu. Abis kau tak tunjuk buku lima kau pada mamat tu? Siapa tak kenal Dania Farisha. Otai tu kat sekolah." Kata Sofea

"Aku belum sempat tunjuk buku lima lagi dia dah lari. Nanti aku jumpa dia, aku pastikan yang dia mesti bayar ganti rugi walaupun anak dato",

"Anak dato yang langgar kereta kau?? Weyh hensem tak ?" Tanya Sofea

"Boleh la tahan... not bad la.. putih . Ada lesung pipit lagi kat pipi dia. Hishhh asal kau nak tahu dia hensem ke tak?"

"hahahaha.. bunyi macam ada orang tu dah jatuh cinta je" sofea tersenyum memandang kearah ku.

"Please la weii.. tak mungkin aku jatuh cinta dengan mamat poyo tu aka cicak kubeng. Lagi pun dia anak dato, aku ni pula tiada sesiapa pun."
Aku cuba menahan air mataku dari mengalir. Terbayang wajah kedua ibubapa ku.

"Jangan cakap macam tu, aku kan ada disisi kau", sofea memeluk bahuku.

Dushhhhhhhh....

Aku memandang kearah meja ku. Bertimbun fail yang dibawa oleh Marisa, pegawai atasan ku ni.

"Dah, tak payah nak bersandiwara kat sini. Ingat ni ofis kau punya ke? Buat kerja. Ingat payment free ke tanpa buat kerja!!" Sindir marisa lalu berlalu pergi dengan terkedek kedek.

"Eiii panas pula aku dengan Marisa. Nasib baik aku ni jenis sabar, kalau tak aku dah debik minah tu", kataku pada Sofea.

"Rileks la Farisha, minah tu memang gedik. Lagipun sejak kau masuk kerja memang dia cemburu dengan kau sebab kau lagi popular dari dia. Kerja kau bagus dan yang penting kau lagi cantik dari dia walaupun kau sembunyikan kecantikan kau dengan memakai cermin mata bulat dan pakaian selekeh".



Hye supporter jangan lupa vote yer..☺☺ ... sekarang ni aku cuba munculkan watak marisa seorang perempuan gedik yang tidak pernah senang dengan kehadiran Farisha . Nak tau kisah selanjut. Nantikan kemunculan....♡♡

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now