Bab 22

25.9K 922 11
                                    

Keesokkan selepas makan pagi, papanya memberikan Fareez sampul.

"Apa ni pa?", tanya Fareez.

"Bukalah baru tahu", kata papanya.

Fareez kemudian membuka sampul. Dia kemudian tersenyum sambil memandang wajah isterinya itu.
Farisha hanya mengangkat kening memberi isyarat untuk mengetahui apa isi kandungan dalam surat itu.

"Tiket kapal terbang ke Paris", Fareez segera menunjukkan dua keping tiket itu.

"Yeaaayy paris. Tq papa dan mama", Farisha bersorak kegembiraan. Fareez tersenyum geli hati melihat gelagat isterinya. Dalam hati dia berdoa masa pergi berbulan madu dia dapat memikat isterinya itu.

"Mama nak hadiah tau kat sana", Datin Kalsom tersenyum memandang anak dan menantunya itu.

"Alright mama. Boleh je, nak hadiah apa? Handbag?", soal Fareez.

"Nope"

"Barang kemas??"

"Pun nope jugak. Mama nak cucu. Teringinn", mamanya tersenggih.

"Boleh je. Tapi kena tanya Farisha la. Sayang bersedia ke jadi ibu?", senggih Fareez memandang kearah Farisha.

Farisha yang sedang minum air teh. Tersedak-sedak! belakang badannya segera ditepuk oleh Fareez.

"Sayang okey tak ni?" Soal Fareez.

"Aah.. okey..okeyy", jawabku gelisah. Dah kenapa mamat ni suruh mama tanya aku bersedia ke tidak. Eii saje je. Nak berlakon pun jangan la melampau sangat.

"Sayang bersedia tak?", soal Fareez sambil mengenyitkan mata dekat aku.

Mahu pengsan aku dengan panahan cinta dari Fareez. Dari semalam Fareez cuba mendekatkan diri dengannya. Tapi dia saja menolak. Bimbang lakonan itu akan menyebabkan dia betul-betul jatuh cinta. Lagipun Fareez pernah kata aku ni pekerja dan bukan isterinya. Mana mungkin aku lupa. Monolog Farisha sendirian.

"Boleh kan Farisha?", mama dan papa serentak menanyakan aku dengan soalan cepumas. Masing-masing memandang dengan wajah yang berharap. Tidak sampai hati aku menolak kehendak mereka. Aku segera menganggukkan kepala.

"Yeaaaayyyyyy ", mereka semua bersorak kegembiraa.

"Terima kasih sayang", Fareez menciumku di kepala. Terasa syahdu di hati ini.

___________

Malam itu aku segera mengemaskan beg pakaian aku. Esok dalam pukul 10 pagi flight aku.

"Sayang tolong kemaskan beg abang", kata Fareez dengan nada romantik.

"Kau kemas la sendiri. Lagi satu, kita ni dalam bilik. Tak payah la panggil aku sayang abang. Geli aku dengar. Kalau ada anugerah pelakon terbaik, kau boleh menang la".

Nampaknya Farisha tidak dapat menerima aku lagi. Sabar Fareez kau jangan give up!.

"Tolong yer kemas beg aku", Fareez terus merebahhkan dirinya di katil.

Asal mamat ni macam merajuk ke? Hurmm.. Dia betul-betul maksudkan ke panggilan itu. Hatiku meronta-ronta nak tahu segala-galanya. Tapi kerana ego, aku terus pendamkan perasaan ku. Selesai mengemas beg pakaian aku, aku mengemaskan beg pakaian Fareez.

Aku mengaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Patutke aku ambik je spender dia dan masukkan dalam beg? Kang nanti dia kata aku pandai-pandai pulak!.

"Fareez..."

"Hurmmm", sahut Fareez.

"Ni aku sudah kemaskan beg pakaian kau. Tapi spender aku tak tahu kau nak pakai yang mana."

"Esok la aku ambik",kata Fareez.

"Kau marahkan aku ke?", tanya Farisha. Dia kemudian merebahkan diri di sebelah Fareez dan memandang wajahnya itu.

"Kenapa aku nak marahkan kau?" Soal Fareez.

"Ntah. Aku rasa kau macam tengah marah je."

"Farisha? Kau percaya tak kalau benci lama-lama jadi suka?", soal Fareez.

"Ntah aku tak tau la. Sebab aku tak pernah bercinta. Kau ni pelik la tanya aku soalan camtu", Farisha terus bangun dari katil untuk menutup lampu bilik.

"Farisha, aku suka kau!!", kata Fareez separuh berbisik.

Terhenti langkah Farisha. Dia segera pusingkan badan memandang kearah Fareez. Betul ke apa yang dia dengar sebentar tadi? Fareez sukakan dia? Dia memandang wajah Fareez. Cuba mencari kepastian.

"Betul aku sukakan kau?". Kata Fareez sekali lagi. Dia kemudian bangun pergi kearah Farisha.

"Aku minta maaf sebab selama ini banyak menyakiti hati kau. Tapi sungguh aku sukakan kau." Begitu tulus sekali ayat Fareez. Dia kemudian mengambil tangan Farisha lantas diciumnya.

"Sudikah sayang beri peluang kali kedua dekat abang?", soal Fareez. Dia kemudian melutut melamar gadis yang bertakhta dihatinya itu.








P/s➡ esok dah 2016. Selamat tahun baru semua. Apa azam tahun baru anda?? Vote dan comment. Sometimes tak leh fikir nk bt smbgnnya. Sbb tu ada bab yg best ada bab yg kureng.

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now