Bab 5

25.9K 978 10
                                    

Kringgg kringgg ..

Lantas aku menutup jam loceng. Terus aku bangun untuk menunaikan solat dan bersiap untuk pergi kerja.

-------------------

Mana fail yang aku suruh kau buat tu? Tanya bos aku En Jalil.

Aku memandang kearah Marisa.

"Saya dah suruh Farisha buat bos. Dah masuk 2 hari tapi dia tak bagi lagi fail tu dekat saya", Marisa menjeling kearah aku.

"Farisha dah buat ke?" Soal En Jalil.

"Hurm.. saya belum siap lagi En Jalil. Saya tidak diberitahu yang Fail itu diperlukan hari ini", kataku dengan nada pelahan. Aku tahu salahku sebab tidak bertanya bila nak dipulangkan fail tu.

"saya dah bagitahu dia En Jalil. Lagipun pelanggan kita nak tengok fail tu petang ni kan", Marisa cuba nak mengapikan En jalil.

Bila pulak minah celup ni bagitahu aku fail tu patut diberi hari ini. Memang sakit hati betul. Nak bersuara En Jalil dah pandang aku semacam. Yelah orang bawah katakan. Marisa tu pulak pengurus aku.

"Sekarang aku nak kau keluar dari sini. Aku bagi kau notis berhenti 24 jam!!", macam halilintar suara En Jalil memberi arahan.

"Tapi saya en..."

"Bos dah kata keluar kan.. keluar lah!!" Marisa memotong ayatku. Dia tersenyum lebar kerana berjaya membuat aku diberhentikan . Kemudian dia pergi kearah En Jalil lalu memicit bahu En Jalil. Semua satu office ni tahu tentang skandal Marisa dengan bos dan macam mana dia boleh naik pengkat dengan cepat walaupun baru setahun bekerja.

"Hey orang tua dan perempuan murahan. Aku tak hingin la kerja kat sini. Ingat best ke kerja kalau setiap hari nampak dosa yang korang lakukan. Bukan aku tak pernah nampak yang minggu lepas korang berpelukan dalam office. Ntah apa lagi yang korang buat!!" Bidasku

Terlopong mulut Marisa dan En Jalil.

"Lagi satu, tahniah yer Marisa sebab kau berjaya buat aku kena buang kerja. Kau ingat aku nak lepaskan kau semudah itu. Apa kata wife En jalil kalau aku bagi gambar yang korang berpelukan tu?? Tak ke nanti kau Marisa kena buang kerja??!" kataku dengan yakin. Tapi bila masa pulak aku ada ambik gambar diorang. Arrghh lantak la, yang penting gertak sikit diorang ni. Bisik hatiku.

Terbatuk batuk En Jalil mendengar ayatku. Marisa pula menahan merah tak pasti sama ada malu atau marah.

"Farisha jangan buat camtu. Nanti rosaklah rumahtangga saya", En Jalil bersuara lembut. Cuba memujukku supaya menghentikan niatku. Eleh bukan aku tak tahu, office ni kepunyaan wife dia. Kang mesti dia pun kena buang kerja juga..

"Its to late En Jalil!!" Lantas aku keluar dari office. Cepat-cepat aku mengemas barangku. Malas nak lama-lama kat office ni.

"Kenapa ni Farisha", tegur Sofea dan Amir.

"Minta maaf yer beb. Aku belum bersedia nak cerita. Nanti aku bagitahu korang. Okey aku balik dulu", ujurku . Ligat tanganku memasukkan barang.

"Farishhhhaaaaa", jerit Marisa.

"Issshhh apa lagi minah celup ni nak?" Soal Amir.

"Aku nak kau delete gambar aku.. persetan kau Farisha" . Marisa cuba menolak aku kebelakang. Tangannya cuba menarik rambutku. Ceh dia ingat dia siapa. Ni Farisha la, tali pinggang hitam dalam taekwando tu..
Terus aku menolak dan tumbuk sedikit di mukanya. terduduk minah tu.

"Bye geng", aku tersenyum sambil melambaikan tangan pada kawan-kawan yang lain. Cepat-cepat aku keluar dari office itu.

P/S ➡ HUJAN NI SEDAPKAN KALAU TIDUR. ☺☺. JANGAN LUPA VOTE WOKEYYYHHH

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now