Bab 15

24.9K 871 9
                                    

"Betul ke kau nak kahwin ni??" Tanya sofea.

"Betul la. Hahaha ni mesti kau jelous sebab aku kahwin lagi cepat dari kau kan". Gelak Farisha cuba untuk menutup perasaan sedih dalam hatinya.

"Tapi kau tak cintakan dia?? Takkan kau nak musnahkan hidup kau dengan ikut rancangan bodohnya. Ini bukan Dania Farisha yang aku kenal", tegas nada suara Sofea. Pelik dengan kawannya itu senang-senang je nak kahwin.

"Sape kata aku tak suka kat dia.?", aku memandang Sofea dengan senyuman dibibir. Aku kalau boleh tidak mahu menyusahkan sahabatku. Biarlah perjanjian aku dengan Fareez menjadi rahsia.

"Jadi maknanya kau sukalah yer... hahaha betul cakap aku dulu, ada orang dah jatuh cinta", girang suara Sofea. Dia segera memelukku dengan erat.

Kaulah kawanku dunia akhirat Sofea. Bisikku dalam hatiku.

"Oklah, aku nak bersiap ni. Nanti bising pula Fareez kalau aku lambat. Hari ni kitaorang nak test baju". Aku menepuk bahu Sofea.

"Hahaha. Baru nak manja dengan kau. Dah pergilah bersiap pengantin oiii. Tapi kalau boleh pakai lah baju lawa sikit. Bakal suami kau tu bergaya!!", perli Sofea.

"Ceeehhh, sempat lagi kau perli aku". Segera aku mencubit lengannya.

"Aauuchhh, sakitlah!", adu Sofea.

_________________

Fareez memberhentikan keretanya di depan butik man kajang.

"Dah sampai. Jom!", kata Fareez.

Aku segera keluar dari kereta Audi TT dan mengikut belakang Fareez.

"Haaa, datang pun bakal pengantin ni", kata Man kajang.

"Meh sini cuba baju kahwin. Haritu mama Fareez request songket warna emerald green. Haa ni bajunya. Nah korang berdua pergilah try dulu." Celoteh man kajang. Kemudian dia memberi aku dan Fareez baju untuk mencuba.

"Kalau besar bagitahu". Sambung Man Kajang.

Bersinar mataku memandang baju itu. Cantikk! Dah la warna favorite aku ni. Tapi bila memikirkan bukan kahwin atas dasar cinta terus lenyap perasaan gembira.

Tanpa melengahkan masa aku terus menukar bajuku.

"Farishaa dah siap ke? Pembantu saya nak letak veil ni. Buka pintu ni", laung Man Kajang.

Aku terus membuka pintu memberi ruang pada pembantu Man Kajang. Aku melihat tag nama yang tersemat pada baju gadis itu. Ina namanya. Gadis itu kemudian menyanggul rambutku dan veil hijau yang penuh dengan manik mutiara itu diletakkan diatas kepalaku kemudian barulah diletakkan pula crown. Perfect!

"Cik dah boleh keluat sekarang. Bakal suami encik dah tunggu diluar". Kata gadis itu.

Aku kemudian melangkah keluar dari bilik persalinan. Semasa aku berjalan menuju ke ruang tetamu, aku melihat kearah susuk tubuh yang sedang berdiri membelakangkan aku. Kemudian lelaki itu berpusing memandang kearah aku.

Satu saat.. dua saat.. tiga saat..

Masing-masing leka memandang sesama sendiri. Seolah-olah sebelum ini tidak pernah melihat satu sama lain.

Warna hijau itu membuatkan Fareez nampak lagi putih. Aku betul-betul terkedu melihat dia. Hensem suami aku ni... ehh suami ker??

Cantiknya Farisha, dengan sanggul dirambutnya membuatkan dia tampak berlainan. Kenapa hatiku rasa bergetar saat memandang wajahnya.getus hati Fareez.

"wahh cantiknya bakal pengantin ni, sama cantik sama padan. Udah-udah la tu menelek muka masing-masing. Nasib baik baju tu muat dengan badan u'all. Its perfect!". Kata Man kajang dengan girang.

Merah mukaku menahan malu mendengar usikan Man Kajang. Sempat lagi aku menjerling memandang Fareez. Dingin! Macam tu la dia. Tapi kenapa aku rasa macam.. macam... macam... dah tersuka..

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now