Bab 33

21.4K 676 25
                                    

Kereta dihadapan Fareez brek mengejut. Kakinya yang sejak tadi menekan pedal minyak terus menekan brek.

Jarak yang terlampau dekat, menyebabkan Fareez memusingkan sterengnya ke sebelah kanan dan merempuh ke pembahagi jalan. Habis terbalik kereta Fareez.

Matanya berpinar. Fikirannya cuma satu saja, jumpa dengan Farisha.

"Farishaa", ucapnya perlahan sebelum menutup matanya.

_____________

"Abang", Farisha memandangnya sambil memegang perutnya yang kian membesar.

"Sayang, maafkan abang!", kata Fareez sambil menangis melutut dihadapan isterinya.

Isterinya kemudian berlalu meninggalkan dia.

"Fareez, jangan menangis nak",

Fareez kemudian mengangkat mukanya memandang wajah yang menegurnya. Mama dan papa berbaju putih tersenyum memandang kearahnya.

"Mamaaa.... papaaa", jerit Fareez sambil berlari kearah Dato Rahman dan Datin Kalsom.

Semakin hampir dia, semakin jauh mama dan papa meninggalkannya.

"Kenapa semua orang tinggalkan aku!!",jerit Fareez.

"Hahahahaaa", bunyi suara misteri gelakkan dia.

"Kau siapaaaa??", tanya Fareez dengan gagap.

"Kau lebih percaya aku dari isteri kau", Syiera memandangnya sambil tergelak bangga berjaya merosakkan rumahtangga sepupunya.

"Kauu!! Kau yang rosakkan rumah tangga aku. Setan!!", marah Fareez

"Diammm!!", wajah Syiera berubah menjadi hitam. Giginya tumbuh taring. Badannya semakin kurus sehingga nampak tulang pipinya.

Fareez yang terkejut melihat rupa syiera terus menunduk dan memejam matanya. Mulutnya terus membaca ayat kursi.

_____________

Hampir terlepas handphone Farisha apabila mendapat panggilan dari pihak polis mengatakan suaminya kemalangan dan kini dirawat di hospital Serdang.

Air matanya mula mengalir. Patutlah sejak dari pagi hatinya mula gelisah dan tidak tenang. Ini rupanya petanda.

"Abang. Maafkan sayang", tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pandangan menjadi kabur. Farisha pitam di ruang tamu rumahnya.

"Abang.. abang", panggil Farisha.

"Nak. Buka mata.", telinganya menangkap bunyi esakan. Matanya dibuka perlahan. Dia melihat mamanya sedang duduk disebelah katilnya.

"Mama. Farisha kat hospital ke ni?", Farisha memegang tangan Datin Kalsom.

"Sayang. Dah sedar ke?. Aah sayang di hospital ni. Nasib baik dulu Fareez ada bagi mama kunci. Jada mama temui sayang sedang terbaring di lantai ruang tamu. Syukur sayang dan baby selamat.", kata Datin Kalsom. Terkejut Datin Kalsom apabila mengetahu Farisha sedang hamil. Syukur kandungannya selamat.

"Fareez mana mama?Fareez??", Farisha menyebut nama suaminya berkali-kali.

"Sayang, sabar nak. Mama nak sayang tabah yer", ucap mama sambil memeluk tubuh menantunya itu.

"Mama. Cakaplah yang itu semua mimpi", Air matanya mengalir. Esakannya kedengaran.

"Farisha kena kuat. Lagipun Farisha kan mengandung. Jangan stress",

Farisha menarik nafas sebelum meleraikan pelukannya. Aku harus kuat demi anak ini.

Pintu biliknya dibuka. Dato Rahman melangkah masuk dengan muka yang sedih.

"Papa kenapa ni?", tegur Farisha.

"Ehh, Farisha dah bangun. Takde apa lah", Dato Rahman tersenyum paksa.

"Papa jangan tipu Farisha. Kalau papa sayang Farisha cuba cakap. Ni berkaitan dengan Fareez kan",

Dato Rahman kemudian memandang wajah Datin Kalsom dan Farisha. Dia menarik nafas sebelum menceritakan apa yang doktor telah sampaikan.

"Kemungkinan peluang untuk Fareez hidup tinggal 50-50",

Tangisan mama semakin kuat.

"Mama... apa kata kalau kita baca yassin bersama di katil abang",

Datin Kalsom kemudian mengangguk tanda setuju. Air matanya lantas dikesat.

__________

"Abang, jangan menangis. Ikut cahaya ni", bisik Farisha ditelinganya.

Fareez kemudian memandang wajah Farisha yang tersenyum memanggilnya.

Fareez kemudian berjalan menuju kearah isterinya itu.

__________

Farisha menutup buku yassin yang selesai dibacanya. Air matanya cuba ditahan dari mengalir. Dia mendekatkan diri di telinga suaminya.

Perlahan-lahan dia membaca ayat kursi. Selesai membaca, dia membisikkan sesuatu.

"Abang, sayang mengandung. Dah masuk 2 minggu. Abang bangunlah. Sayang belum bersedia nak hidup tanpa abang. Abanngggg....", air matanya mulai tumpah terkena pada wajah Fareez.

Dia kemudian mencium pipi suaminya itu lama-lama. Perasaan dia makin takut kalau itu ciuman terakhir buat suaminya itu.

"Mama dan papa balik la dulu", Farisha memandang wajah mama dan papanya.

"Tapiii...", kata mama dicelah oleh papa

"Jomlah balik som. Lagipun Farisha ada. Dia boleh jaga Fareez. Esok kita datang jenguk pula yer", kata Dato Rahman.

"Farisha. Mama dan papa balik dulu. Kalau Farisha penat telefon mama tau", kata Datin Kalsom.

"Baik mama", aku segera bersalam dengan mama dan papa.

Kemudian aku baringkan kepalaku di tepi katil Fareez. Tangannya ku genggam bersama.

Aki terjaga apabila ku merasakan tangan Fareez bergerak. Aku memandang muka Fareez. Tiada rekasi masih macam tadi. Tiba-tiba tangannya bergerak lagi sekali.

Farisha terus bangun. Dia terus menekan button memanggil nurse.

"Nurse, tadi husband saya gerakkan jari. Panggil doktor checkkan husband saya ni",

"Sebentar ye puan. Staff yang lain sedang memanggil doktor".

Dr Zahid melangkah masuk kebilik. Tangannya segera menyuluh lampu kearah pesakit. Kemudia dia membisik sesuatu kepada nurse.

"Minta maaf yer puan, doktor mahu check pesakit. Jadi diminta puan tunggu diluar bilik". Kata salah seorang nurse padaku.

Aku mengangguk. Faham dengan prosedur hospital.

"Baiklah", jawabku sambil melangkah keluar dari bilik itu.

__________

15 minit kemudian.

"Puan, syukur alhamdulilah. Suami puan selamat". Kata Dr Zahid.

"Alhamdulilah", jawabku dengan segaris senyuman dibibir.

"Tapi.. kemungkinan suami puan hilang ingatan. Rempuhan yang kuat tu telah menyebabkan otak suami puan bergegar. Cuma saya tak pasti keberangkalian peratus memori yang hilang itu banyak atau sedikit saja. Saya minta puan bertenang yer.",

"Allah..", terduduk aku pada kerusi. Sungguh besar dugaan ini. Aku harus kuat dan tabah. Gumamku sendirian.

"Kalau ada apa-apa panggil saya semula ya", kata Dr zahid sambil berlalu pergi.

Aku kemudian melangkah masuk kedalam bilik. Wajah Fareez, aku pandang sepi. Macam mana kalau dia lupa tentang aku? Macam-macam soalan timbul dikepalaku.

Lama-lama aku terlena dikerusi sebelah katil Fareez.

>HI READERS. THANKS PADA YG COMMENT BAB YG LALU. RMAI YG DPT TEKA. MCM BIASALAH EXCIDENT. SBNRNYA SY NK BUAT DIA X EXCIDENT. TP NNTY TAK GEMPAK LA KAN. SO, JADILAH MCM NI. SEDIH KAN BILA ORANG YG KITA SAYANG LUPA PASAL KITA :'( PLEASE VOTE ☆☆ AND COMMENT PRSAAN ANDA. LOVE U ♡ :*

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now