Bab 32

21.7K 648 28
                                    

"Zara?? U dah dapat maklumat yang i suruh cari??", tanya Fareez pada setiausahanya.

"Aarrr.. belum lagi bos",

"Whhattt!!! Shitt", Fareez menghentak meja setiausahanya.

Terkejut Zara dengan tindakan bosnya itu. Nasib baik dia takde sakit jantung. Kalau tak, alamatnya memang dah meninggal la..

"I nak petang ni! Tak kisah la u nak cari ikut mana. Faham", gertak Fareez.

"Faham bos", Zara terus menganggukkan kepalanya tanda faham dengan arahan bosnya itu. Kepalanya ditunduk kebawah tidak berani bertentang mata dengan bos.

Fareez kemudian berpusing melihat kearah pekerja yang lain.

"Buat kerjalah!!ke nak kena potong gaji", marah Fareez pada pekerjanya.

Fareez kemudian masuk di pejabatnya. Punggungnya dihenyek ke sofa itu, tangannya segera mengeluarkan telefon. Gambar yang diterima semalam dilihat banyak kali.

"Tunang Sofea", tergiang-giang suara Farisha di kepalanya.

Argghhh! Serabut! Kusut betul kepalanya memikirkan hal itu. Semalam hubungan dia dengan Farisha semakin retak.

Tokkkk tokkkk!!

"Masuk", arah Fareez.

"Kamu ni dah kenapa Fareez?", soal Dato Rahman. Perangai anak dia mengamuk tersebar sampai ke biliknya. Pening kepala fikirkan anak bujangnya itu.

"Ehh papa. Kenapa apa?", Fareez mengangkat wajahnya memandang kearah papanya.

"Papa dengar kecoh pasal Reez mengamuk. Betul ke?",

"Ehh. Mana ada", Fareez mengelengkan kepalanya. Ntah siapa pula yang menyampaikan berita ni pada papanya.

"Betul ni?? Ke kamu gaduh dengan Farisha", teka Dato Rahman.

"Ehh. Tak lah", Fareez terus melarikan anak matanya dari terus memandang mata papanya. Bimbang rahsia akan terbongkar.

"Fareez, adat berkahwin la. Ada pasang surut. Sekejap bergaduh, sekejap berbaik. Cuma kita sebagau ketua keluarga jangan terlalu ikut nafsu, ego. Kang memakan diri pula. Jangan sampai bercerai berai. Lagi satu yang paling penting kepercayaan", panjang lebar lagi Dato Rahman memberi syarahan pada anaknya itu.

Eehh papa ni macam tahu pulak. Kena pula tu apa yang dia nasihat. Gumam Fareez sendirian.

"Reez!! Reez dengar tak apa papa cakap tadi?",

"Haaa. Dengar", Fareez menganggukkan kepalanya.

"Yelah tu. Budak bertuah betul!. Okeylah papa nak jumpa client. Dah pukul 1 petang. Kamu tu solat dan doa jangan lupa pula".

"Baik papa",

Dato Rahman segera keluar dari pejabat anaknya itu. Baginya masa itu penting. Dia tidak suka kalau clientnya menunggu.

Kruughhhh

Arghhh. Laparnya. Baru Fareez teringat sejak pagi tadi dia belum menjamah makanan lagi.

_____________

Fareez menikmati makanannya double cheese burger. Sementara itu matanya memerhatikan pada lelaki yang sedang memesan makanan. Betul ke ini lelaki yang didalam gambar. Matanya cuba disepetkan. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru. Lagipun dia tidak boleh terlalu mengikutkan darah mudanya. Kang lagi teruk jadinya.

"Ehh, Fareez!!",

"Ehh sofea", Fareez terkejut apabila kawan isterinya itu menegurnya.

"Makan seorang ke?", tanya Sofea.

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now