Bab 16

23.8K 862 3
                                    

Hari yang ditunggu telah tiba. Debaran makin menggila. Perasaan semua bercampur baur. Takut! Cuak! Sedih!

Lepas waktu zohor aku akan bergelar isteri kepada Fareez Ahamd bin Dato Rahman. Usai solat zohor, mak andam terus mengandam wajahku. Selepas itu aku menukar baju kepada baju nikah yang bewarna putih. Seram sejuk je rasa.

Pintu bilik diketuk dan dibuka. Muncul wajah Farah iaitu bakal adik iparnya.

"Lawanya kak Farisha.. pandai mak andam solekan wajah akak". Puji Farah.

"Muka adik Farah lagi lawa", aku mencubit pipinya. Tidak ku nafikan wajah adik Fareez ni memang lawa. Sama seperti dia berkulit putih, alis tebal, hidung mancung dan bibir merah. Cuma dia bertudung dan aku pula tidak.

Tukk tukkk tukkk

Pintu bilik diketuk lagi. Muncul pula wajah Sofea sahabatku.

"Lawanya kau Farisha. Sampai aku tak dapat cam." Ujur sofea sambil memelukku.

"Come on girl. Dah tiba masanya", laung Datin Kalsom.

"Jom Farisha", kata Sofea.

Aku menganggukkan kepala dan bangun berjalan mengikuti langkah Sofea.

Abah.. mak.. adik.. hari ni along akan bergelar isteri. Alangkah bahagianya kalau mereka dapat melihat aku. Getusku didalam hati. Terasa sebak didada.

Kakiku melangkah perlahan menuju kearah mini pelamin yang terletak ditengah-tengah ruang tamu.

"Okey, nampaknya pengantin pun dah sampai. Marilah kita mulakan majlis ni". Kata Dato Rahman.

Tok kadi pun mula membaca khutbah nikah. Selesai membaca khutbah, kini tibalah masa kemuncak majlis itu

"Fareez Ahmad". Kata tok kadi

"Ye, saya". Sahut Fareez.

"Aku nikahkan dikau dengan Dania Farisha binti Ikhawan dengan mas kahwinnya sebanyak rm 1 ribu ringgit tunai". Kemudian tok kadi mengoncangkan tangan Fareez

"Aku terima nikahnya Dania Farisha binti Ikhwan dengan mas kahwin sebanyak rm 1ribu ringgit tunai."

Kemudian tok kadi memandang saksi.

"Sah", jawab saksi tersebut.

Alhamdulilah.. syukur dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Fareez Ahmad. Kemudian tok kadi membaca doa.

Tibalah ke step seterusnya, iaitu uapcara menyarung cincin. Fareez kemudian berjalan mendekati aku. Dia duduk di sebelah aku.

"Farisha hulurkan tangan", kata Datin Kalsom aka mamaku sekarang.

Aku kemudian menghulurkan tangan. Fareez menyarungkan cincin bentuk berlian di jari manisku. Terpaku aku melihat cincin diamond itu.

"Farisha, nah sarungkan cincin di jari Reez pula", suara Sofea membuatkan aku tersedar dari lamunanku itu.

Aku mengambil kotak baldu, pelahan lahan aku menyarungkan cincin di jarinya. Sah dia milik aku!

"Salam tangan suami Farisha", arah mama.

Fareez menghulurkan tangannya. Cepat-cepat aku memyambut tangannya dan bersalam. Malas nak lama-lama kang timbul pula perasaan lain.

"Pengantin perempuan laju sangat bersalam.. tak sempat nak ambil gambar", kata jurukamera itu.

"One more", sambungnya.

Masam wajahku bila disuruh menyalami tangan suamiku lagi. Aku terus mengambil tangan Reez dicium lama.

"Kot ya pun jangan la lama sangat.. tunggu la kat bilik nanti", usik seorang makcik disitu. Habis satu rumah itu tergelak kecuali aku dan Reez.

Kemudian reez memegang dagu aku. Cepat-cepat aku memejam mataku.

Cuuuppp!! Fareez mencium dahiku

Duubbb dabbb duuub.. jantungku kencang. Mahu rasanya pengsan.

"Dah bukalah mata kau tu. Tolong jangan nak perasaan ye. Aku takde sekelumit pun perasaan pada kau." Bisik Fareez di telingaku.

Aku terus membuka mata dan pusing memandang kearahnya. Hampir seinci wajahku dengannya. Hidung bertemu hidung.

Klikkk klikkkk!!

Flash kamera tu telah menyedarkan aku dan Fareez kealam nyata. Terus aku berpusing memandang kearah Sofea. Tersenyum nakal minah tu memandang aku.

"Eheeemmmm.. behave yourself. Kot ya tak sabar pun, malam nanti yer". Kata Dato Rahman itu diiringi dengan gelak ketawa tetamu disitu.




P/s➡ kemungkinan bab seterusnya akan mengambil masa yg lama, sebab sy bz dgn wedding member... love u guys ♡☆

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now