Bab 10

25.1K 853 6
                                    

Lepas masing-masing dah setuju dengan perjanjian itu.

"Aku nak kau ingat ni, kalau ayah aku tanya macam mana kau boleh kenal aku, cakap je pasal kes kemalangan. Tapi kau jangan cakap kita baru kena 2,3 hari ni. Bagitahu dah kenal dalam 6 bulan". Kata Fareez.

"Okey!! Lepas tu kalau ayah kau tanya macam mana boleh decide nak bertunang????" Soal Farisha

"Kau katalah yang kau selalu call aku minta ganti rugi. Lepas tu kau cuba pikat aku sampai dapat".

"Wait.. wait.. ini dah lebih ni. Agak-agak la, takkan aku ni terhegeh hegeh kat kau! Malu la aku!" Menggeleng kepala Farisha mendengar ayat yang keluar dari mulut jejaka itu.

"Sekarang sapa hero dalam cerita itu?? Aku ke kau?? Ikut jelah. Lepas habis 'drama' ini, bawa haluan masing-masing." Angkuh percakapan Fareez.

"Ok!". Balas Farisha. Malas dia nak bertekak dengan Fareez.

"Dah jom ikut aku". Ajak Fareez.

"Ikut kau pergi mana?", Soal Farisha.

"Pergi ubah penampilan kau la. Kau nak duduk sini lama-lama buat apa??", tanya Fareez. Dalam hati dia, berdebar takut juga kalau ayah dia muncul kat office. Lagi pun, hari ni ayah dia ada meeting kat Jb sebab tu, tak masuk office.

___________________

Fareez beriya iya suruh dia naik satu kereta dengan dia. Katanya segan naik kereta myvi. Ceh mamat ni, mahu je aku siku kepala dia! Sabar Farisha, bertahan selagi boleh.

Firstly, Fareez mengajak dia pergi membeli pakaian di butik jovian mandagie.

Sampai di butik jovian, mata Farisha terpaku dengan koleksi pakaian disitu. Cantik! Eksklusif! Tertelan air liur dia melihat harga di kedai itu, tak main la kalau seratus dua. Ini dah 400, 500 untuk sepasang baju kurung. Fuhh! Ni kalau beli 3 pasang habis duit gaji sebulan agaknya.

"Woiii mengelamun ke", jerkah Fareez.

"Oh, mak kau!" Terkejut Farisha. Adoi malunya melatah depan mamat ni dan staff Jovian. Kenmain lagi Fareez gelak beriya-iya.

"Bongok la kau," terus aku mencubit lengannya yang sado.

"Adoiii", terjerit Fareez. Habis merah lengannya dicubit oleh perempuan itu.

"Kau ni tak boleh ke kalau tak sentuh aku? Ke kau ni dah ada feeling kat aku? Terangkat kening kanannya 'ala-ala Ziana Zain.'

"Heyy, please lah aku nak jatuh cinta dengan kau yang muka tak semegah ni! Kau yang kacau aku dulu." Farisha mengecilkan mata memandang ke arah jejaka pan asian. Tapi dalam hatinya memuja wajah lelaki itu.

"Cehhh! Dah cepat pilih baju mana kau nak pakai nanti bila jumpa parents aku nanti", arah Fareez.

"Aku ikut je mana pilihan kau". Jawab Farisha pelahan. Dalam hatinya bimbang takut kalau yang diambilnya nanti mahal harganya.

"Hishhh kau ni. Nak juga suruh aku pilih!", bebel Fareez.

Fareez kemudian mengambil baju kurung perpelum yang bewarna pink colour itu.

"Nah ambik ni, pergi try", Fareez menghulurkan baju itu kepada Farisha.

Farisha kemudian mengambil baju itu, dan pergi ke bilik persalinan. Berat hatinya untuk mencuba baju kurung itu apatah lagi melihat warna PINK!

Ishhhh.. hilang brutal aku sebab pakai baju kurung dan warna pink pulak tu! Come on Fairsha pejam je mata sambil pakai. Cepat-cepat Farisha menyarungkan pakaian itu di tubuhnya.

Fareez melihat jam ditangannya.
Mana pulak minah ni. Dah dekat 15 minit mencuba, tak keluar-keluar lagi bisik Fareez sendirian.

"Macam mana? Okey tak?", tanya Farisha pada Fareez.

Terdiam Fareez melihat Farisha.

Cantik juga minah brutal ni pakai baju kurung, getus hatinya.


P/s➡ sorry lambat update bab ni..... jgn lupe vote tau ❤

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now