Bab 8

24.2K 989 9
                                    

Tepat pukul 9 pagi aku dah terpacak kat depan syarikat Megah.

Hurmm betul ke keputusan yang aku buat ni, bisikku sendirian didalam hati.

Terus aku melangkah masuk menuju ke kaunter penyambut tetamu.

"Assalamualaikum", aku memberi salam pada dua orang wanita di kaunter penyambut tetamu.

Dua orang wanita itu saling berpandangan dan melihat aku dengan pandangan yang pelik dan sinis.

"Sorry, seller tak dibenarkan masuk"jawab salah seorang wanita dengan nada sombongnya.

Perghhh, kerek gila perempuan ni. Dah la salam aku tak disahut. Sama je macam bosnya. Agaknya company ni memang tak reti nak sahut salam kot! Gumamku sendirian.

"Excuese me, saya datang sini nak berjumpa dengan En Fareez Ahmad bukannya nak menjual barang", balasku dengan senyuman mengejek

Dalam hati. Perghhh panas gila weyhh.. kalau la boleh scan hati ni memang dah macam gunung berapi tinggal nak meletup je. Ada ke patut dia kata aku ni seller??. Ishh tak patut tak patut.

"Ada buat temujanji ke?" Tanya seorang lagi wanita.

"Ada!!"

"Siapa nama??" Tanya wanita itu. Sempat lagi aku melihat tag nama yang tersemat di bajunya, Ayu.

"Dania Farisha".

"Maaf, nama cik tiada dalam senarai temujanji", kata Ayu sambil mamandang kearah aku. Tiba-tiba dua wanita itu lantas bangun dan terus tunduk hormat. Dah kenapa diorang ni?

"Selamat pagi tuan!!", keduanya mengucap selamat sambil tersenyum mengoda.

Aku pun terus pusing ke belakang. Oh, jejaka pan asian tu. Patutlah dua-dua senyum sampai ke telinga. Dengan aku, korang sombong.

Laju aku menapak kearah lelaki itu.
Terdengar suara perempuan itu memanggil aku.

"Cik Farishaaa!! Cikkkkk!!"
Lengan aku ditarik supaya berhenti.

"Cik tak boleh nak jumpa CEO macam ni!! Kena buat temujanji dulu. Jangan nak main masuk je! CEO ni belum tentu nak jumpa cik", sindir perempuan sombong itu.

Sempat aku mengerling kearah tag namanya, shamimi. Sombong!

Terus aku menarik tanganku dan mengejar Fareez, bahunya ku tepuk sedikit. Terus Jejaka itu pusing memandang kearah aku. Terbeliak matanya melihat aksi aku menepuk bahunya.

"Maaf tuan! Saya tidak sempat menahan cik ni", kata shamimi dengan nada tersekat-sekat.

"Tak pe, jom Farisha ikut aku", terus Fareez berjalan menuju kearah lif. Aku mengikuti dia di belakang. Wajah perempuan itu sempat aku kerling. Masam mukanya. Aku tersenyum lebar tanda kemenangan. Aku mengangkat ibu jari dan turun kebawah tanda loser pada syamimi.

Buukkkkkk!!

Aku terlanggar belakang badan  Fareez. Ntah bila dia berhenti pun aku tidak tahu. Tu lar mata patut pandang ke depan, kau pergi pandang belakang. Fareez kemudian memusing badannya  kearah aku. Wajahnya yang putih bertukar kemerahan akibat menahan marah.

'Tinggggg!!' Pintu liff terbuka. Aku memandang kearah liff kemudian aku memandang semula wajah Fareez yang tinggal masa nak meletup, wajah sinis penyambut tetamu sempat ku kerling. Apa lagi, terus ku menolak badan jejaka itu kedalam lif. Cepat-cepat aku menekan butang tutup.

"Dania Farishaaa!! Berani kau sentuh aku!! Jerkah Fareez. Pantang betul hidupnya apabila ada perempuan berani sentuhnya. Bukan setakat sentuh, siap ditolaknya kedalam lif. Berani betul perempuan ni cari pasal dengan aku!

P/s➡ ☺ vote jgn lupa



SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now