Bab 41

37.2K 979 78
                                    

Josh mula menindih badan Farisha. Geram dia melihat tubuh Farisha. Putih melepak, lagi cantik dari badan Syiera.

"Kau nak ape ha?", nafas Farisha mula tersekat akibat menampung tubuh Josh.

"Aku nak kaulah. Lagipun Syiera yang arah aku bunuh kau", Josh membenamkan mukanya dileher Farisha. Tangannya mula meraba segenap inci tubuh Farisha.

Mengigil Farisha dengan tindakan Josh. Apatah lagi bila terdengar nama sepupunya disebut oleh Josh. Begitu bencinya Syiera kepadanya.

Pannnggggg!!!

Setiap kali Farisha menolak ciuman lelaki itu, pipinya ditampar kuat. Sehingga bibirnya pecah dan cecair merah keluar ditepi bibirnya. Lagipun Kudrat tenaga wanita tidak mampu melawan tenaga lelaki.

Dalam keadaan separuh sedar barulah Farisha perasan ada lampu meja disisi katilnya itu.

Dengan kudrat yang bersisa, dia cuba mencapai lampu meja itu.

"Prapppppp", bajunya ditarik kuat oleh Josh. Sehingga menampakkan separuh dadanya.

"Aku haruslah selamatkan maruah dan anakku", itulah ayat yang bermain diminda Farisha. Ayat itu juga yang menjadi motivasi sehingga dia berjaya memukul kepala Josh menggunakan lampu meja itu.

Kemudian Farisha menendang Josh sehingga kebelakang. Dia cuba melarikan dirinya sambil tangan kanannya cuba menutup baju yang terdedah dibahagian dadanya.

"Kau nak pergi mana?", rambutnya ditarik kuat. Panas hati Josh apabila wanita itu berani melawannya. Senak perutnya masih belum hilang lagi.

Josh kemudian menghantuk kepala Farisha di dinding.

"Allah", itulah perkataan terakhir yang sempat diucap oleh Farisha sebelum pengsan. Sungguh dia tidak kuat lagi melawan lelaki ini.

"Farishaaaaaa", jerit Fareez. Terasa menyesal dihati apabila dia terlewat beberapa minit untuk menyelamatkan isterinya.

Sempat dia menyaksikan dengan matanya bagaimana lelaki ini menghantukkan kepala isterinya didinding. Dahi Farisha mula mengalir darah yang banyak.

"Setannn!!", amarah Fareez sudah sampai kemuncak. Dia mula memukul dan menendang Josh. 

"Arghhhhhhh", Fareez mengaduh sakit. Dilihat pinggangnya mengalir darah yang banyak.

"Hahahahahaha", gelak Josh. Dia kemudian menunjukkan pisau ditangannya.  Darah Fareez yang melekat dipisau itu dijilatnya. Kemudian dia mula mengacukan pisaunya.

"Fareezzzzzz!!", Datin Kalsom hampir menjerit. Terkejut dia melihat anak lelakinya berlumuran darah dan menantunya pula terbaring diatas lantai.  Patutlah Fareez menghantar mesej supaya menghubungi polis. Rupanya ada sesuatu yang berlaku dirumah ini.

"Banggg!! Bangg!!", polis melepaskan dua das tembakan kearah Josh apabila melihat suspek itu mula berlari mahu menikam Fareez semula.

"Farishaaa.. Farishaaaa", panggil Fareez. Dia mula mengesot kearah isterinya. Tubuh kaku isterinya itu digoncang kuat sebelum dia turut rebah disisi isterinya. Memorinya mula berputar semula saat sebelum kemalangan.

________

Fareez membuka matanya. Fikirannya cuma satu, isterinya.

"Mana Farisha??", tanya Fareez apabila tidak melihat wajah isterinya.

"Farisha tengah dirawat dibilik sebelah", Datin Kalsom tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir. Sungguh besar dugaan bagi mereka sekeluarga.

"Doktorr.. doktorr. Nurseee", pekik Fareez.

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now