Bab 40

25.7K 733 30
                                    

"Alhamdulilah, akhirnya sampai juga kita di rumah kita. home sweet home", kata Farisha dengan nada gembira. Sungguh dia rindu akan rumah mereka. Sejak Fareez kemalangan, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki dirumah ni.

"Wah, cantiknya!!", tergamam Fareez melihat susun atur perabot dalam rumah itu.

"Mama yang susun perabot. Cantikkan", Farisha memeluk lengan Fareez. Ditariknya husbandnya supaya mengikuti jejak langkahnya.

"Sayang rindu abang. Sangat-sangat tau!", ntah apa mood yang merasuk dia sendiri pun tidak tahu. Rasa macam nak goda Fareez je. kedua tangannya diletak atas bahu Fareez.

Terangkat kening suaminya itu.

"Sayang kenapa ni?", tegur Fareez. Berdebar hatinya apabila isterinya itu mula mengodanya.

"Tanya kita kenapa pula. Apa la abang ni. Tak romantik langsung", terus dia menurunkan tangannya dari bahu Fareez. Hilang mood godanya.

"Abang gurau jelah. Abang pun sayang Farisha", dia memeluk belakang tubuh isterinya itu. Tangannya membelai perut isterinya itu.

"Tak sangka tak lama lagi abang akan jadi seorang ayah",bisik Fareez ditepi telinga Farisha.

"Abang tak bersedia lagi ke?",tanya Farisha. Dia kemudian memusingkan badannya memandang kearah suaminya itu. Wajah inilah yang sentiasa membuat jiwanya  berkecamuk rindu.

"Mestilah abang bersedia. Abang dah bersedia nak menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita nanti",

"Anak-anak???" Farisha berkata perlahan. Kemudian dia memandang semula wajah suaminya itu. Bila dia melihat senggihan suaminya itu...

"Aminnnn.. Tapi keluarga Farisha takde baka kembar", ujur Farisha.

"Takpe. Jangan risau. Belah papa ada baka kembar. Manalah tau rezeki kitakan", tangannya mengusap perut Farisha yang sudah mula kelihatan.

"Jom mandi sama",ucap Fareez ditepi telinga Farisha.

"Hahhh....." belum sempat dia berkata apa-apa, tubuhnya sudah didukung oleh Fareez. Terjerit kecil Farisha akibat tindakan drastik suaminya itu.

___________

"Abang bangun solat subuh. Hari ni abang dah janji dengan papa nak pergi kerja kan", Farisha segera mengejut suaminya itu.

"Morning kiss dulu, baru abang bangun", Fareez memuncungkan mulutnya.

"Mengadanya", Farisha kemudian menunduk mukanya untuk membalas ciuman Fareez.

Selepas bercium belum sempat lagi dia mahu berdiri, Fareez telah menarik tubuhnya semula untuk berbaring diatas katil.

"Abangggg!!", Farisha berpura-pura mahu memarahi Fareez.

"Hehehe.. sorry. Rindulah. Macam nak buat ehem-ehem lagi", senggih Fareez.

"Tunggulah malam nanti yer. Hari ni pergi kerja. Kang lambat papa bising pula", bersusah payah Farisha melepaskan diri dari pelukan Fareez.

"yelah. Janji tau malam nanti", sempat lagi Fareez mengenyit matanya.

Menggeleng kepala Farisha melayan telatah husbandnya itu.

___________

"Abang nak air milo ke teh?", tanya Farisha.

"Bagi abang milo. Sedaplah nasi goreng isteri abang buat ni", puji Fareez. Berselera betul dia makan sampai bertambah 2 pinggan.

"Nah milo. Makan perlahan-perlahan. Kang tersedak pula",

Terangguk-angguk Fareez. Dia kemudian melihat jam tangannya. Selepas suapan terakhir masuk didalam mulut, dia kemudian mahu mengangkat pinggan letak disingki.

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now