Bab 34

21.7K 664 16
                                    

"Wooiii!! Kau sape hah?", jerkah Fareez. Terkejut dia apabila melihat seorang perempuan yang sedang terbaring di sisi katilnya.

Farisha mengangkat mukanya. Digosok matanya yang masih terpejam. Macam terdengar suara Fareez je.

"Woiiii", Fareez menolak muka perempuan itu jauh dari katilnya.

"Abangggg!! Abang dah sedar ke?",tanya Farisha dengan senyuman.

"Abang?? Setahu aku adik aku seorang je, Farah. Bila pulak papa aku kahwin lain", tergaru garu Fareez dikepala. Rasa jelik je bila perempuan itu memanggil dia abang.

"Awak tak kenal saya ke?", tanya Farisha.

"Takk... kau siapa nak aku ingat..", tanya Fareez dengan angkuhnya.

Farisha mencubit lengan suaminya itu. Geram! Angkuh betul suaminya itu.

Terkejut Fareez dengan tindakan gadis itu. Harap pakai je tudung tapi main sentuh je tangan dia. Haram!

"Hey! Sesuka kau je nak sentuh. Tau tak kita ni bukan mahram. Lepas tu kau tidur sini, berdua dengan aku. Kalau kena tangkap basah macam mana?",marah Fareez.

"Jap! Aku kat mana ni? Ni bukan hospital ke? Weii kau langgar aku ke apa?", Fareez memandang gadis itu dengan pandangan tajam, kemudian dia melihat tangannya sebelah kiri berbalut. Kalau tak silap aku memang salah perempuan ini!

Belum sempat Farisha bersuara, tiba-tiba pintu dibuka.

"Fareez, syukur alhamdulilah dah sedar. Tadi Farisha telefon mama. Cepat-cepat kami bersiap datang kesini", Datin Kalsom kemudian memeluk anak terunanya itu. Lega hatinya.

"Siapa Farisha mama?", tanya Fareez.

"Ishh kamu ni. Buat lawak ke apa?", gelak Datin Kalsom.

Wajah Farisha berubah kelat.

"Fareez tak faham la mama. Siapa Farisha?", Fareez kemudian memegang kepalanya. Pening!

"Ni Farisha isteri kamu. Takkan kamu tak ingat?", Datin Kalsom menunjuk kearah Farisha yang sedang memandang kearahnya.

"Whattt??? Dii.. diiiaa isteri Reez? Arggghh", Fareez memegang kepalanya. Terasa berdenyut!

"Fareez.... sekejap papa panggil doktor", Dato Rahman segera berlari mendapatkan doktor.

Farisha segera menyeka air matanya. Saat cinta datang, bermacam dugaan yang datang menimpa.

__________

"Dato.. Datin.. akibat dari kemalangan. Otaknya mengalami gegaran. Jadi dia hilang ingatan. Buat masa sekarang, yang saya lihat dia masih mengenali dato dan datin. Cuma dia lupa isterinya. Mungkin memori yang dia ingat sebelum berjumpa dengan pn. Farisha", ucap Dr. Zahid.

"Doktor takde cara lain ke pulihkan ingatan dia?", tanya papa.

"Memang tiada cara lain. Bergantung pada pesakit itu. Setengah pesakit dalam masa setahun dua baru dia boleh mengingati balik. Jadi saya minta Dato, Datin dan puan tolong ingatkan balik memori Fareez. Apa yang dia suka buat atau pergi, cubalah bawa. Kemungkinan cara itu saja yang berkesan".

"Kalau macam itu, hari ni kami boleh bawa anak kami balik kan?", tanya Datin Kalsom.

"Boleh", kata Dr. Zahid.

___________

"Abang boleh tak naik tangga ni", tanya Farisha dengan nada yang lembut.

"Tangan aku patah belah kiri je pun. Lagi pun aku bukan cacat! Apa pulak tak boleh", templek Fareez.

"Fareez, cakap elok sikit dengan bini kamu", tegur papa. Geram betul dia dengan anak bujangnya itu. Sejak hilang ingatan ni bukan main lagi dia marah Farisha. Tadi sewaktu dalam kereta, bukan telinga dia tidak dengar anak dia marah menantunya itu.

Mendengus Fareez sebelum menaik tangga. Aku yang sakit ni, papa tak heran pulak. Ni sibuk dengan menantunya itu. Ntah perkhawinan ni aku suka ke tidak pun aku tak tahu.

_________

"Apa??? U pasti maklumat U bagi tu tepat??", Syiera mengecilkan mata memandang Josh.

"Betul la. Sebelum ni pernah ke maklumat i bagi tidak tepat?", Josh meletak tangannya diatas paha Syiera.

"Lagi senang la i nak rampas dia dari Farisha", tergelak kecil Syiera. Nasib menyebelahi dia apabila dia mengetahui Fareez kemalangan dan amnesia.

"so what ur plan?", tanya Josh.

Syiera hanya tersenyum mengoda sebelum merapatkan diri dengan Josh.

___________

Macam mana nak mandi ni. Gumam Fareez didalam hati. Dia membuka butang baju kemeja satu persatu. Kemudian dia mencapai tuala kecil untuk membasahkan badannya. Lagipun tangannya kirinya dibalut simen jadi dia tidak dapat mandi dengan sempurna.

Selepas membuka seluarnya didalam bilik air, barulah Fareez mengelap badannya. Habis mengelap badan dan muka, Fareez mencapai tuala.

Cuma satu je persoalan sekarang, macam mana dia nak pakai tuala dengan sebelah tangan. Puas dia buat pelbagai cara, masih tidak dapat memakai tuala. Akhirnya dia putuskan untuk memanggil Farisha.

"Farishhhaaaaa", panggil Fareez. Dia menginta Farisha disebalik pintu bilik air.

"Ye", sahut Farisha.

"Errr.. kau tolong aku boleh?", Fareez memandangnya dengan wajah serba salah.

"Tolong pakaikan aku tuala", Fareez kemudian menghulurkan tuala pada Farisha.

Tergelak Farisha sambil menyambut tuala. Dia kemudian memakaikan tuala pada Fareez.

"Tapi abang boleh ke pakai seluar kecik sendiri?", tanya Farisha sambil tersenyum manja.

Aaahh. Macam mana aku nak pakai. Nampknya ini masa darurat bagi aku. Terpaksalah aku minta minah ni pakaikan seluar kecik kat aku. Ngomel Fareez sendirian.

"Tolong pakaikan",arah Fareez.

Sebentar kejap ye. Farisha kemudian pergi ke laci untuk mengambil seluar dalam suaminya itu.

"Ini seluar dalam favourite abang, calvin klein warna biru gelap", kata Farisha sambil menunjukkan seluar dalam suaminya itu.

Macam mana dia tahu itu seluar dalam favourite aku.gumam Fareez sendirian.





> PLEASE VOTE AND COMMENT ^_~ <

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now