Bab 38

23.6K 595 9
                                    

Farisha membantu mak mertuanya memasak juadah makanan malam.

"Mama hari ni nak masak apa?", tanya Farisha.

"Hari ni kita masak kari kepala ikan dan sayur campur. Tuti ni tolong basuh kepala ikan merah ni", arah Datin Kalsom kepada pembantu rumahnya.

"Baik Datin",

"Meh Farisha tolong potong bahan untuk goreng sayur campur tu", Farisha kemudian mengambil carrot, bunga kubis dan dipotongnya.

"Lega hati mama sebab Farisha dan Fareez sudah rapat kembali", kata Datin Kalsom. Selepas mereka balik dari hospital bukan main lagi mesra anak dan menantunya itu. Siap berpegangan tangan. Ibu mana tidak gembira melihat kebahagian anaknya.

"Tul lar. Fareez dia sayang kat Farisha. Walaupun ingatan dia belum pulih sepenuhnya lagi", jawab Farisha.

"Ermmm. Sedapnya mama. Masak apa tu?", tegu Fareez diluar dapur. Kaki melangkah menuju ke arah isterinya. Pinggang Farisha dipeluk erat.

Merah muka Farisha menahan malu didepan mak mertuanya itu.

"Mama masak kari kepala ikan. Takkan tengok je pon. Tolong Farisha kupas bawang tu. Dia kan berbadan dua", tegur mamanya itu.

"Meh sini bawang tu sayang",

"Ehhh. Takpelah. Sayang boleh buatkan. Abang pergilah berehat. Kan tangan tu baru pulih", Farisha segera menolak.

"Ehh, takpelah. Sikit je pun nak potong", Fareez masih berkeras untuk memotong bawang.

"Nah", Farisha malas nak bertekak dengan Fareez. Lalu pisau dan bawang dihulur kepada suaminya itu.

"Hah macam tu la. Jangan pandang abang sebelah mata tau. Ingat abang tak pandai potong bawang ke?", Fareez mengangkat keningnya ala ziana zain.

Tersenyum Datin Kalsom melihat anak dan menantunya itu. Terhibur hatinya dengan gelagat mereka.

____________

"Sayangggg", panggil Fareez.

"Ye bang. Kenapa?",

"Rindulah", rengek Fareez.

"Rindu??", Farisha memandang kearah Fareez.

Aikk. Lain macam je pandangan Fareez.gumam hati Farisha.

Makin lama muka Fareez makin dekat dengan wajahnya.

"Cuuuuuuupppp!!!"

Satu ciuman singgah dibibirnya itu.

"Jom sayang", Fareez membisik ditepi telinga Farisha. Tangannya membelai rambut Farisha.

Farisha mengangguk tandanya setuju. Malam itu masing-masing mula menunaikan tanggungjawab sendiri.

_____________

"Mama, kami nak pindah balik kerumah kami", kata Fareez.

"Tak payah la. Tidur jelah rumah mama ni. Lagi pun bukan ada sesiapa pun",bantah Darin Kalsom. Berat hatinya lagi untuk memberi kebenaran kepada anaknya untuk berpindah semula.

"Ehh kamu ni Som. Biarlah diorang pindah. Diorang nak berdikari tu",kata Dato Rahman.

"Aahh mama. Kami nak berdikari. Reez janji tiap hujung minggu kami balik sini. Boleh la maa..",rayu Fareez.

"Janji tau!",berat hati Datin Kalsom untuk melepaskan anaknya semula lepas kejadian anaknya kemalangan. Dia tidak sanggup kehilangan anaknya itu.

"Janji",kata Fareez.

____________

Syiera masih meneruskan tariannya. Kepalanya masih pening akibat mabuk meminum arak.

Pelanggannya itu mula meraba badan Syiera. Terkekeh-kekeh ketawa Syiera.
Tanpa dia sedari ada sepasang mata cemburu melihat kelakuannya itu.

Josh mula menolak lelaki yang meraba Syiera.

"Kau pehal ni?", tanya lelaki besar berkulit gelap.

"Kau blah dari sini. Sebelum aku tembak anu kau!", Josh mengeluarkan sepucuk pistol dan menghala tepat kearah alat sulit lelaki itu.

Terbeliak biji mata lelaki bear itu. Terus dia pergi mencari pelayan wanita yang lain. Tidak sanggup dia kehilangan alat sulitnya itu.

"Kau buat apa kat sini?", marah Syiera pada Josh. Geram bila pelanggannya itu lari sebelum sempat membayar tips padanya.

"Aku tak suka tengok kau dengan lelaki lain. Aku tak nak benih aku bercampur dengan benih lain!!", bentak Josh. Meluap kemarahannya apabila melihat Syiera bermesra dengan lelaki lain.

Benihh?? Ohh baru aku teringat tentang penipuan aku pada Josh. Aku katakan padanya yang aku sedang hamil anaknya. Ntah anak sapa aku kandung pun aku tidak mengetahui. Lagipun setiap malam teman ranjang aku berubah.gumam Syiera sendirian.

"Kan I kata haritu. Kalau U nak anak ni. Bunuhlah Farisha atau Fareez!", marah Syiera.

"Nanti aku bunuhlah. Jom balik", ajak Josh.

"Taknak. Aku kerja la. Kau pergi dari sini. Tunggu aku kat apartment malam nanti", Syiera menghalau Josh.

"Kau halau aku??!", marah Josh.

"Tunggu jelah kat rumah. Bising la kau ni!",Syiera menolak tubuh Josh.

"Kau nak ikut atau nak mati?!", Josh mengacukan pistolnya pada perut Syiera.

Hilang pening kepala Syiera. Mukanya berubah pucat. Terkejut dengan tindakan drastik Josh. Daripada dia mati lebih baik dia ikit saja kehendak Josh.

___________

"Syieda betul ke syiera kerja di pejabat lawyer? Tanya maklong.

"Ntahlah maklong. Mana Syieda tahu", Syieda mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kau ni kenapa long? Anak sendiri pun tak tahu kerja mana. Ada ke ditanya dekat anak aku", balas makngah.

"Aku bukannya apa ngah. Aku rindu dekat Syiera. Sejak dia kerja kuala Lumpur, jarang dia balik. Ntah dia ingat kat aku lagi ke tak", air matanya dikesat dengan hujung bajunya itu.

"Manalah aku tau, dia ingat dekat kau ke tak. Tu lar, tengok anak aku ni. Okey je kerja dekat kampung. Siap ada lelaki nak pinang anak aku lagi tau", bangga makngah menceritakan perihal anaknya itu.

"Orang taknak la mak pinangan lelaki tu. Orang tua. Eii geli", kata Syieda. Kalau boleh, mahu je dia menolak pinangan lelaki itu. Lagipun dia ada buah hati dikampung iaitu hamid.

"Abis kau tak nak kahwin?", balas makngah. Geram betul dia dengan anak perempuannya itu.

"Nak la dengan abang hamid", Syide tersenyum malu.

"Eii. Apa yang kau pandang dengan budak Hamid tu? Dah la tak kerja. Merayau je", menjeling makngah. Panas telinganya apabila anaknya itu masih memuja Hamid.

"Ehh korang ni. Dah la. Bising betul! Asyik gaduh saja. Ni sapa nak teman maklong pergi Kuala Lumpur?", soal maklong.

"Nanti aku teman la kau long. Tapi minyak tu semua kau tanggung tau!", kata Makngah.

"Yer!!", balas maklong.







>CERITA NI MACAM BOSAN SIKIT.
\(-0~)/  PLEASE VOTE ☆☆

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now