Bab 17

24.4K 931 21
                                    

"Farisha jangan lupa bawa beg pakaian kamu masuk bilik Fareez",laung mama didapur.

"Baik mama",sahutku.

Aku terus mengambil beg pakaian dibilik tetamu dan mengheret sampai ke muka pintu bilik Fareez aka suamiku.

Nak masuk ke tak.. nak masuk ke tak.. bisikku didalam hati.

Argghh masuk jelah. Terus aku membuka pintu bilik Fareez. Terdengar bunyi pancuran air di bilik mandi. Pelahan-lahan aku menutup pintu bilik itu.Beg pakaian itu ku letak didepan pintu almari.

Farisha berjalan menuju ke katil pengantin. Lawanya! Besar betul bilik Fateez ni. Bilik pengantin itu dihias dengan bunga segar. Bau bunga rampai menusuk kedalam hidungku. Wangi! cadar pengantin bewarna merah hati menaikkan suasana romantik dibilik itu. Kalaulah dia suami pilihan aku. Huh aku mengeluh kecil.

Lama betul mamat ni mandi. Ntah apa yang dibuatnya Takpelah baik aku buka sanggul ni dulu.

Farisha segera duduk di meja solek. Sanggul dan veil di kepalanya dibuka. Baru terasa ringan dikepala apabila veil dan sanggulnya dibuka. Dia terus mengiraikan rambutnya. Tanpa disedari ada mata yang sedang memerhatikannya dari belakang.

"Ehhh Fareez.. arr dah lama ke kau keluar bilik air??", terkejut Farisha apabila perasaan ada mata yang memandang dicermin itu. Segera dia berpusing memandang kearah Fareez. Mahu terbeliak biji matanya apabila terpandang Fareez hanya bertuala singkat. Tak reti malu betul lelaki ni.

"Arrrr. Kau pergilah pakai buju dulu!", terus aku berpusing balik memandang kedepan. Asal lak kau tergagap-gagap ni Farisha oiii.getusku didalam hati.

"Nak suruh aku pakai baju konon, Tapi kau agak-agak la kalau nak curi pandang pun. Ni pusing depan ada cermin. Nak tengok meh pandang sini",sakat Fareez.

Macam mana pulak aku boleh lupa yang depan ni ada cermin. Merah mukaku menahan malu. Tolong jangan goda aku boleh tak! Bisik Farisha didalam hati.

Laju Farisha bangun menapak kebilik air tanpa memandang kehadapan. Malu kot nak pandang lelaki tak berbaju. Segan!

"Sekejap!", Fareez cuba menahan Farisha dengan mendepakan tangannya.

"Asal? Tepilah sikit!". Marah Farisha sambil memandang tepat ke mata Fareez. Nak pandang bawah kang dia kata aku buat tak senonoh pulak.

"Itu apa??", tanya Fareez sambil menunding jari kearah beg hitam berisi pakaianku.

"Beg baju aku la".

"Ehh sesuka hati kau je nak letak kat depan almari aku. Pergi alihkan!". Kasar nada suara Fareez.

"Nantilah aku alihkan. Kau pergilah pakai baju dulu." Malas betul Farisha nak bertekak dengan mamat ni.

"Kalau kau tak alihkan, aku cabut tuala ni!", ugut Fareez.

Ehh, mamat ni. Nak main ugut-ugut pulak. Kita tengok sapa yang tercabar.

"Cabut lah. Aku tak heran pun", kataku sambil menyilangkan tangan.

"Betul ni??", kata Fareez sambil tersengih menayangkan gigi putihnya.

"Betul!!" Aku menjengil mata memandang kearah dia.

"Okeyy.. satuuuu..duuaaa.." dia memegang tualanya bersedia nak membuka.

"Okkk. Stop! Aku pergi alihkan. Eiii ntah pape, cam budak-budak", bebelku sambil menghentak kaki. Terus aku mengalihkan beg pakaianku. Itu pun tak boleh buat sendiri. Anak manja! Kataku didalam hati.

Tergelak Fareez melihat telatah Farisha. Mencuit hati betul!

Masam mencuka wajah Farisha. Dia mengerling kearah Fareez, malas nak melayan perangai suaminya itu, terus dia berjalan menuju kebilik air. Sewaktu dia berjalan melintasi Fareez tiba-tiba lengannya dipegang.

"Nak apa lagi!", bentak Farisha.

"Kau ingat, aku betul-betul nak cabut tuala depan kau ke?? Aku tak seleralah tengok kau.", sinis ayat Fareez.

Terus aku menarik lenganku sekuat hatiku. Sempat lagi aku menangkap ayat terakhirnya

"Ingat tu, kau sekadar pekerja yang mengikut arahan aku, not my wife!"

Terus pintu bilik air tu aku hempas tanda protes nak marah. Sakit telinga tapi sakit lagi hati ini.

Apa dosa aku pada kau Fareez. Sampai kau menghina macam tu sekali. Air mata yang dah bertakung sejak tadi terus mengalir keluar. Persoalannya sekarang, mampukah aku bersabar dengan perangai kau?.

________________

Aku akan pastikan misi aku akan berjaya. Kata Fareez didalam hati.

Aku akan buat macam-macam sampai kau tinggalkan aku Farisha. Kalau aku yang minta putus mahu kena ketuk dengan mama dan papa. Aku akan guna cara kotor untuk kau tinggalkan aku. Dengan itu mama dan papa takkan salahkan aku. Fareez tergelak kecil memikirkan ideanya.

Fareez memegang dadanya. Perasaan bersalah muncul seketika. Bukan dia tidak perasan perubahan air muka Farisha sewaktu dia kata yang dia tidak selera tengok Farisha.

Aku taknak jatuh cinta dengan kau Farisha! Aku tak sanggup nak kecewa lagi. Walaupun aku sedar sewaktu kau mengiraikan rambut kau, hatiku bergetar. Huhh . Fareez mengeluh. Rambutnya dikuak kebelakang.

P/s ➡ bila dah terlampau kecewa kadang-kadang susah kita nak percaya balik kat orang itu kan. Sape yang pernah mengalaminya??? Please support my story okeyhh.. ♡u guys .

SERIOUSLY!! Aku Cinta KauWhere stories live. Discover now