Part 1
"Jihyo! Jom lah pergi kantin!" Teriakan nyaring Chanyeol mampu meleburkan gegendang telinga gadis itu.
"Tak nak lah. Aku busy ni... tak nampak ke banyak kerja sekolah aku nak siapkan ni? Tak nampak? Nampak tak? Nampak?" Soal Jihyo bertalu-talu dengan soalan yang sama.
"Kau ni! Selalu siapkan lambat! Pemalas punya perempuan, lelaki mana lah yang nak dekat perempuan macam kau ni?" Huh, dapat kau sedas. Bukan main tajam lagi bahasa Chanyeol.
Jihyo meletakkan pen hitam dalam genggamannya disisi buku tulisnya. Tangan kanannya laju mengepit dagu Chanyeol. Jihyo merenung ke dalam anak mata Chanyeol sambil tersengih. "Kau kan ada?"
"Aku?! Eish, tolong lah... kalau tinggal engkau dengan nenek sihir je perempuan terakhir dalam dunia ni, aku lebih rela pilih nenek sihir." Getus Chanyeol seraya menepis tangan Jihyo.
Jihyo tertawa. "Eleh, kalau tinggal engkau dengan Ohk Mun Su je dalam dunia ni pun aku lebih rela pilih Ohk Mun Su tau." Ohk Mun Su atau lebih senang dikenali sebagai 'Munsu'. Dia adalah salah seorang pelajar lelaki selekeh, tak terurus, lembab dan juga sedikit kurang waras. Pelajar lelaki ini kerap menjadi bahan tawa semua pelajar di sekolah.
"Hei! Melampau lah kau samakan aku dengan Munsu!!!" Bentak Chanyeol.
"Eleh, kau samakan aku dengan nenek sihir boleh pulak?"
"Memang sama pun. Nak buat macam mana?" Chanyeol menjelir lidahnya kearah Jihyo.
"Kau pun sama je dengan Munsu. Jangan nak perasan bagus."
"Pagi² lagi dah bertekak?" Tiba² sahabat baik mereka, Shin Se Kyung tampil seraya meletakkan begnya keatas meja. Gadis itu terus duduk di atas bangku miliknya.
"Sekyung! Jom lah pergi kantin dengan aku." Chanyeol yang mula hilang sabar terhadap Jihyo terus menarik lengan Sekyung berlalu. Haish~ tak sempat panaskan punggung lagi diatas kerusi sudah dipaksa pergi ke kantin pula.
"Pergi lah! Menyibuk je." Jihyo menjelirkan lidahnya sebelum mencapai kembali pen nya untuk sambung menulis.
Anak mata Jihyo tiba² teralih kearah seorang pelajar lelaki kelasnya. Pelajar lelaki dengan cermin mata moscot yang besar berbingkai hitam. Rambutnya di sisir sudah seperti tempurung kelapa di atas kepala. Nerd! Memang nerd! Ah, sungguh menjengkelkan bagi Jihyo. Dia lah Zhang Yi Xing. Atau senang di gelar Yi Xing. Yi Xing ini langsung tidak mahu bergaul dengan pelajar lain. Dia juga dianggap pelik oleh pelajar di kelasnya.
Sekyung dan Chanyeol terus mengatur langkah menuju ke kantin. Tiba² langkah Sekyung terhenti. Anak mata Sekyung tertumpu kearah pelajar lelaki yang tampak segak dan comel sekali.
"Ah, Song Joong Ki oppa lah!" Sekyung berteriak perlahan. Dia kemudiannya berpaling kearah Chanyeol.
"Apsal kau ni?" Soal Chanyeol.
Sekyung terloncat-loncat gembira. "Okay tak muka aku? Rambut? Cantik tak? Baju okay?" Soal Sekyung yang sedang bersiap sedia untuk berhadapan dengan Joongki, abang kandung Jihyo. Sekyung memang sudah lama menaruh hati terhadap lelaki ini.
Chanyeol tersenyum simpul. "Sini tak betul." Chanyeol memperbaiki rambut Sekyung kononnya. Chanyeol ternyata mula menegakkan beberapa helaian rambut Sekyung. Dia menjilat jarinya sebelum dikesat pada rambut Sekyung agar lebih tegak dengan rapi.
"Siap, baru lah comel." Ujar Chanyeol dengan senyuman syaitannya.
"Comel dah?" Soal Sekyung yang tidak tahu apa² sebelum berlari kearah Joongki. Gopoh sangat Sekyung ni.
Joongki berpaling kearah Sekyung yang berlari-lari anak ke arahnya. Tiba² Joongki tertawa apabila gadis itu tampil dihadapannya.
Sekyung terkejut apabila melihat tawa Joongki. "Kenapa?" Soal Sekyung.
Joongki terus tertawa sambil menghampiri Sekyung. "Kenapa dengan rambut awak ni?" Soal Joongki dengan tawa yang masih bersisa.
Mendengar soalan Joongki, Sekyung terus berpaling kearah Chanyeol di hujung koridor. Bukan main galak lagi lelaki itu mentertawakan Sekyung.
Bersambung...
YOU ARE READING
My Waiter
RandomBenarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau. Identiti kacak si pelayan terdedah...