Part 9
Lay terus menoleh kearah Jihyo dengan pandangan blurnya. Selang itu, Lay mengembalikan pandangannya kearah gadis comel dihadapannya.
"Erm... maaf. Tak boleh." Jujur sahaja jawapan Lay seraya mengukirkan senyuman manisnya itu.
'Jangan lah! Senyuman tu aku punya!' Teriak hati kecil Jihyo.
"Tapi kenapa?" Gadis itu tetap ingin menyoal.
"Maaf lah. Tak boleh. Sebab nanti girlfriend oppa jealous." Tak semena-mena bahu Jihyo terus dipeluk lembut oleh Lay.
Jihyo tergamam. Hatinya terasa berbunga-bunga saat kehangatan tapak tangan lelaki itu menyentuh bahunya.
Gadis itu menjeling sedikit kearah Jihyo. "Oh, macam tu ke? Hurm... tak apa lah. Tak sangka pulak perempuan macam ni girlfriend oppa. Saya ingat kakak oppa je tadi." Ujar gadis itu sebelum berlalu.
"What? Kakak?" Jihyo cukup tak berpuas hati dengan kata² gadis tadi. Geram betul!
"Muka kita sama ke? Macam mana lah aku boleh jadik adik kau?" Soal Lay sambil memerhati setiap langkah gadis tadi berlalu.
"Huh! Tak sama pun. Apsal kau tak bagi je nombor kau dekat dia? Dah tu memandai cakap aku ni girlfriend kau."
"Apsal pulak aku nak bagi?"
"Dah orang mintak. Bagi je lah."
"Eleh. Kalau kau? Kalau ada budak lelaki mintak nombor kau, kau nak bagi ke?"
"Aku bagi je lah." Lurus sahaja jawapan Jihyo.
"Huh. Kau ni... tak malu betul."
"Aku tak malu? Apa pulak? Budak yang mintak tu lah yang tak malu." Bidas Jihyo selamba.
"Lain kali jangan bagi! Nampak macam kau tu tak laku je." Tegas Lay sebelum membuka langkah untuk menaiki bas yang sudah tiba.
"Eh? Kau kisah ape pulak?"
Sabar sahaja Lay dengan persoalan gadis itu.
Keesokan harinya di sekolah.
"Chanyeol... bosan lah." Keluh Sekyung yang dari tadi mendepakan kepalanya diatas meja.
"Kenapa pulak?"
"Lay tu. Dia tak nak balas mesej aku."
"Hurm... memang patut lah pun. Kau tu kenapa je beria-ria kacau hidup dia?"
Sekyung menegakkan badannya seraya merenung terus kedalam anak mata Chanyeol.
"Aku rasa aku dah minat dekat dia lah." Luah Sekyung.
Chanyeol mencebik. "Kau tu mudah sangat berubah hati."
"Hurm... nak buat macam mana? Dah sifat semulajadi."
Chanyeol melepaskan keluhan beratnya sebelum menghempas kepalanya keatas meja. Dia pula yang bosan dengan perangai Sekyung.
"Ni meja aku lah." Lemah sahaja suara Sekyung merungut. Dia mahu meletakkan kepalanya juga.
"Alah, kau carik lah meja lain."
Sekyung memuncungkan bibirnya. Tanpa rasa ragu² Sekyung terus menindih kepala Chanyeol dengan kepalanya.
Anak mata Chanyeol membulat terkejut. "Se.. Sekyung?"
"Diam lah... aku nak tidur."
Sweet betul kedudukan mereka berdua. Para pelajar yang memerhati hanya tersenyum sahaja. Bukannya mereka tidak tahu, memang dua orang ni sahabat baik semenjak dari menengah rendah lagi.
"Amboi. Sweetnya tidur." Tiba² sahaja Jihyo tampil.
"Jangan kacau lah. Aku nak tidur." Omel Sekyung dengan mata yang masih tertutup.
Chanyeol masih lagi terdiam. Dia langsung tidak mahu berganjak.
"Korang couple ke?"
Bam! Kepala Sekyung terus terhempas keatas meja sebaik sahaja Chanyeol menarik kepalanya laju. Namun, Sekyung tetap tidak berganjak.
"Apa kau cakap ni?" Soal Chanyeol pada Jihyo.
"Apa? Aku tanya je."
"Jangan tanya soalan mengarut boleh tak?"
"Mengarut ke soalan aku tu?"
"Yalah! Mustahil lah kitorang ni couple!"
"Kenapa pulak mustahil? Tak mustahil langsung." Jihyo tetap bertegas.
"Memang mustahil pun. Sebab yang pertama, Sekyung suka Lay."
Jihyo tidak terkejut dengan jawapan Chanyeol tadi, sebab dia memang cukup kenal dengan Sekyung.
"Hurm? Sebab yang kedua?"
"Sebab yang kedua pulak..." Chanyeol terus berpaling kearah Sekyung yang masih rebah diatas meja. Muka Sekyung berpaling bertentangan antara mereka.
Bersambung...
YOU ARE READING
My Waiter
RandomBenarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau. Identiti kacak si pelayan terdedah...