Part 7

1.6K 154 8
                                    

Part 7

Benarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau.

Jihyo kembali mengalihkan pandangannya kearah Lay perlahan-lahan. Dia merenung wajah Lay yang asyik menyanyi sambil jari jemarinya ligat memetik tali gitar.

Tiba² tangan Jihyo mencabut cermin mata besar berbingkai hitam Lay. Lay tergamam. Pandangan Lay serta merta menjadi kurang jelas. Lay tidak menyambung memetik gitar. Anak matanya terus merenung wajah Jihyo.

Kemudiannya, Jihyo menolak rambut Lay yang panjang menutup dahi itu ke bahagian atas kepala. Pandangan Jihyo tidak teralih dari merenung wajah lelaki itu.

Lay juga kaku. Dia langsung tidak memberi sebarang tindak balas. Pandangannya masih lagi tidak teralih. Mata mereka bertembung.

"Apa... kau buat?" Soal Lay.

Jihyo tidak menjawab soalan itu. Dia terpukau melihat wajah Lay yang amat tampan.

"A.. aku tak nampak lah." Ujar Lay kerana pandangannya kabur tanpa cermin mata.

"Bagus lah. Aku tak nak kau nampak muka aku yang merah ni." Ujar Jihyo perlahan. Tangan Jihyo masih tidak teralih dari menahan rambut lelaki itu keatas kepala.

Lay mencapai semula cermin matanya dari tangan Jihyo perlahan-lahan. Dia terus menyarung semula cermin matanya.

"Aku nak kena balik lah. Ada hal." Ujar Lay. Lay menutup wajahnya menggunakan hoodie sweater birunya sebelum berlalu.

Jihyo masih lagi terpana. Nampaknya Jihyo dah terpikat dengan si nerdy Yi Xing.

Malam itu di kediaman Song.

"What?! Oppa nak sambung belajar dekat luar negara? Tapi kenapa?!" Lantang sahaja nada suara Jihyo.

"Eh? Sejak bila pulak Jihyo berhak pertikai keputusan oppa?" Soal Joongki. Tangannya ligat mengemas baju² untuk dibawa bersama.

"Tapi oppa... Amerika tu jauh..."

"Memang lah. Dah tu Jihyo nak oppa buat macam mana? Pindahkan Amerika tu dekat sebelah rumah kita?" Soal Joongki lagi. Joongki masih lagi sibuk ke hulu dan ke hilir mengemas barang² nya sementara Jihyo asyik menyoal seperti pengacara di tepi pintu biliknya.

"Bukan macam tu lah oppa. Tapi... takkan oppa nak biarkan saya sorang² je dekat sini?"

"Omma dengan appa kan ada."

"Memang lah! Tapi kalau dekat sekolah?"

"Sekyung kan ada?"

"Habis tu? Kalau Jihyo kena kacau dengan budak lelaki? Nanti siapa nak tolong Jihyo? Sekyung tu kan perempuan?"

Joongki terdiam seketika. "Takde siapa berani kacau Jihyo. Jihyo tu tak macam perempuan pun. Tak payah lah risau." Ujar Joongki lagi sebelum menyambung kerja mengemasnya.

"Oppa!! Jangan lah main²."

"Hurm... Chanyeol kan ada?" Joongki tetap mencari jawapan.

"Chanyeol? Oppa buat lawak apa ni? Dia tu harap telinga je besar."

"Jihyo ni... tak baik kutuk kawan macam tu. Chanyeol tu baik. Oppa percaya dia boleh jaga kamu sepanjang oppa tak ada."

"Oppa ni... oppa betul² kena pergi ke?" Sayu sahaja nada suara Jihyo.

Joongki terdiam. Alah... Jihyo ni sedih pulak. Berat hati Joongki ingin pergi nanti. Joongki melangkah kearah Jihyo perlahan-lahan.

"Jihyo... oppa kena buat pilihan. Oppa nak jadi orang yang berjaya." Ujar Joongki seraya mengusap lembut kepala Jihyo.

"Tapi... sama je kalau belajar dalam negara. Kenapa nak kena keluar jugak?" Jihyo tetap ingin mempertikai keputusan abangnya.

"Jihyo... memang lah. Tapi kan lagi seronok kalau dapat bertoleransi dengan orang lain?" Joongki sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan agar jelas.

"Jadi oppa cuma fikir nak berseronok je lah?" Tajam renungan Jihyo kearah lelaki itu.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now