Part 15
Cuk!
Sekyung terkedu. Sakit! Sangat sakit. Bilahan pisau menusuk tepat pada perutnya. Tubuh Sekyung jatuh terkulai.
Lelaki tadi terus mencapai kembali topengnya sebelum berlari keluar dari rumah itu.
Dengan tubuh lemah itu, Sekyung mencapai telefon bimbitnya yang jatuh tidak jauh darinya.
'Truut~ truut~'
Jihyo merenung skrin telefon bimbitnya.
'Shin Se Kyung'
Jelas terpapar pada skrin telefon bimbit gadis itu.
Panggilan dari Sekyung dibiarkan saja. Berkali-kali nombor itu mendailnya, namun Jihyo tetap tidak terdetik untuk menjawab panggilan tersebut.
Tap!
Sekyung tak mampu untuk bertahan lagi. Air matanya mula jatuh membasahi bumi. Telefon bimbitnya terus digenggam erat.
"Sekyung!!!" Jelas kedengaran teriakan orang tuanya dari dalam bilik mereka.
...
Hujan mula turun dengan lebat sekali. Dalam kedinginan malam dan hujan, Chanyeol terus berlari tanpa henti. Air matanya yang mengalir dari tadi terus dibawa bersama air hujan.
Chanyeol terus berlari tanpa henti. Orang sekeliling yang memerhati hairan melihat Chanyeol yang berlari meredah hujan dengan esakan tangisan.
Pintu hospital itu ditolak kasar oleh Chanyeol. Chanyeol terus menuju ke kaunter.
Sebaik terlihat kedua orang tua Sekyung yang berada diruang menunggu, Chanyeol terus berlari mendapatkan tubuh dua insan itu.
"Mana?! Mana Sekyung?!" Soal Chanyeol lantang.
Selang itu, seorang lelaki dengan kot putih labuhnya keluar dari bilik kecemasan itu.
Chanyeol dan kedua orang tua Sekyung terus menerpa kearah lelaki itu.
Satu isyarat sahaja. Lelaki itu menggeleng. Kaki Chanyeol terasa lemah sekali. Di atas lantai hospital itu Chanyeol terduduk.
Air mata Chanyeol mengalir sekali lagi. Chanyeol berpaut pada salah sebuah kerusi untuk bangun dari tempat dia terjatuh. Air matanya pula masih tidak henti menyinggah kepipi.
Pada masa yang sama, kelihatan Jihyo pula tampil. Jihyo lencun dari kepala hingga kaki.
"Mana Sekyung?" Jihyo menghampiri Chanyeol perlahan-lahan.
Chanyeol tidak berkata apa². Raungan Chanyeol cukup untuk memberikan jawapan kepada gadis itu.
Jihyo berlari masuk ke bilik kecemasan tersebut. Lemah langkah Jihyo melihat tubuh kaku Sekyung terkujur diatas katil dan diratapi oleh kedua orang tuanya.
Kesal! Kesal sekali! Andai sahaja dia menjawab panggilan Sekyung sebentar tadi, sekurang-kurangnya dia dapat mendengar suara sahabat baiknya itu buat kali terakhir.
"Sekyung-ah... mianhe..." Air mata Jihyo jatuh kepipi.
Lay yang baru tiba menghampiri tubuh Chanyeol yang berada di tepi kerusi menunggu. Tubuh Chanyeol didakap erat sekali. Bahagian belakang badan Chanyeol diusap berkali-kali bagi melegakan lelaki itu.
Dalam masa yang sama di Amerika, Joongki terduduk lemah di tepi katilnya. Air mata lelakinya jatuh membasahi telefon bimbit yang berada didalam genggamannya.
"Mianhe... Sekyung..." Bisik Joongki sendiri.
...
Chanyeol duduk di meja tulisnya. Sesekali anak matanya menjeling kearah tempat duduk Sekyung disebelahnya. Sayu sahaja wajah Chanyeol. Riang tawanya yang selalu kedengaran kini kelam dan hilang.
"Chanyeol." Sapa Jihyo perlahan.
Chanyeol tidak menjawab. Dia terus merenung keluar tingkap.
"Chanyeol, jangan lah asyik sedih macam ni je. Kalau Sekyung nampak mesti dia pun sedih."
Chanyeol berpaling kearah Jihyo yang berdiri tegak disisinya.
"Jihyo." Lengan Jihyo ditarik agar duduk disebelahnya. "Sekyung tak pernah gagal mencapai impian dia. Setiap kali dia inginkan sesuatu, dia mesti berusaha untuk capai impian tu."
"Ya, aku tahu."
"Kau tahu? Satu impian terakhir Sekyung yang tak sempat dia kecapi?"
Bersambung...
YOU ARE READING
My Waiter
RandomBenarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau. Identiti kacak si pelayan terdedah...