Part 4

1.8K 152 0
                                    

Part 4

Joongki berpaling kearah Sekyung dengan wajah curiganya. Sebentar kemudian Joongki tertawa kecil.

"Lawak lah Sekyung ni." Tawa Joongki seraya mengusap lembut kepala Sekyung.

Sekyung memuncungkan bibirnya. "Saya tak bergurau lah." Ujar Sekyung.

Mereka semua terdiam. Anak mata mereka tidak teralih dari merenung wajah Sekyung yang serius. Dari cara pandangan Sekyung jelas menunjukkan gadis itu tidak bergurau.

Joongki terpana. Dia mencapai cawan americanonya dan meneguk minuman itu sedikit. "Saya... ada urusan lain. Korang berbual lah dulu." Ujar Joongki sebelum mencapai beg sekolahnya dan terus berlalu.

Sekyung terdiam sambil memerhati langkah Joongki yang berlalu. Kemudian, gadis itu berpaling kearah dua sahabat baiknya. "Aku salah cakap ke?" Soal Sekyung dengan wajah naifnya.

Chanyeol membulatkan matanya. "Kau mengarut apa tadi?" Soal Chanyeol.

"Mana ada aku mengarut? Aku serius lah." Jelas Sekyung.

"Kau tak tau ke Joongki dah nak bertunang?" Soal Chanyeol serius.

Sekyung tergamam. Dia benar² tidak percaya dengan kata² Chanyeol tadi. "Apsal aku tak tahu?" Soal Sekyung seraya menjeling kearah Jihyo.

"Sebab aku tak berani nak bagitau kau... ye lah... kau kan suka dia?"

"Teruknya kau ni Jihyo! Buat malu Sekyung je." Chanyeol mula memarahi Jihyo.

Jihyo yang rasa bersalah mula meneguk cappuccino nya. Memang rasa bersalah apabila perkara sudah jadi begini. Alahai, menyesal sebab tak bagitahu awal².

Chanyeol dan Jihyo menoleh kearah Sekyung dengan rasa simpati.

Tiba² Sekyung tertawa kecil. "Haish... sedinya." Tawa Sekyung lagi bagi melegakan hatinya.

"Sekyung-ah... mianhe." Pinta Jihyo.

"Hahha... tak apa lah. Hurm... lepas ni kena carik cinta yang seterusnya. Bagi aku nombor Lay." Sekyung menadah tangan meminta nombor telefon Lay, pelayan lelaki yang kacak dengan kanta lekap biru itu.

Jihyo yang tadi rasa bersalah terus menyerahkan kertas itu kepada Sekyung. Berat juga tangannya mahu melepaskan kertas itu.

Sekyung terus menyimpan nombor telefon Lay kedalam telefon bimbitnya sebelum menyerahkan semula kertas tadi kepada Jihyo.

"Aku bagi kau balik sebab dia bagi nombor dia dekat kau bukan aku. Aku cuma nak kacau dia je." Ujar Sekyung sambil tersengih kecil.

Chanyeol terus menunjal dahi Sekyung. "Lembab." Getus Chanyeol.

Sekyung masih tertawa. Melihat Sekyung yang tertawa girang, Jihyo turut tertawa meskipun perasaan bersalah masih lagi memeluk kuat hatinya. Bukannya dia tidak tahu, Sekyung tertawa bagi menutup perasaan sedihnya.

Malam itu di rumah Lay.

'Truuut~ truuut~'

Lay yang sedang mandi keluar dari bilik mandinya dengan sehelai tuala yang dililit di pinggang. Buih² syampu masih lagi bersalut diatas kepalanya.

"Hello?" Lay terus menjawab panggilan yang mengganggu waktu mandinya.

"Annyeong Lay!" Ceria sahaja wajah Sekyung menghubungi lelaki kacak itu.

"Ah! Kau! Apa nama kau? Aku lupa nak tanya tadi."

"Sekyung. Shin Se Kyung."

"Oh... Sekyung. Macam mana? Kau dah fikir kan ke?" Alamak, Lay dah salah orang.

"Fikirkan? Fikirkan apa?" Soal Sekyung yang langsung tidak tahu apa².

"Pasal tadi tu lah! Kau jangan lah main²... aku mintak tolong ni."

"Tapi..."

"Tak apa lah. Aku tengah mandi ni. Jumpa besok dekat sekolah." Ujar Lay sebelum memutuskan talian.

"Sekolah?" Sekyung blur.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now