Part 6

1.7K 166 2
                                    

Part 6

"What?! Kau...! Kau ni..!" Lay bangun dari tempat duduknya. Habis kepalanya di garu walaupun tidak gatal. "Apasal kau bagi nombor aku dekat dia?!"

Jihyo tergamam apabila dijerkah sebegitu rupa. Jihyo menterjuihkan bibirnya. "Aku bagi... sebab... dia mintak." Jujur sahaja jawapan Jihyo.

"Kau ni lembab ke apa?!"

"Eh? Kau marah aku lagi? Okay..." Jihyo sekali lagi menarik nafasnya dalam.

"Yaa~!!!" Teriak Lay lantang mengejutkan Jihyo. Anak mata Jihyo membulat. Lay melepaskan satu keluhan berat. "Apa nama kau?" Soal Lay lemah.

"Song... Jihyo."

"Okay... Song Jihyo... aku tak nak tahu kawan kau tahu apa² pasal kerja aku. Kau kena selesaikan semuanya."

"Hei hei hei~ siapa hamba sekarang ni?" Jihyo mula berasa tidak puas hati akan arahan Lay tadi.

"Diamlah! Sama je macam rahsia aku dah terdedah kalau kawan kau tahu! Baik kau settle kerja kau sebelum mintak benefit dari aku!" Bentak Lay geram. Lay terus berlalu tanpa berpaling walaupun sedikit.

"Eh... dia ni. Nasib baik handsome... aku ingat nerd sangat." Omel Jihyo sendiri.

Petang itu di taman.

Jihyo dengan t-shirt merahnya mula berjogging sendirian di taman. Tiba² dia terserempak dengan Lay yang berpenampilan Yi Xing. Sebuah gitar berada dalam pangkuan lelaki itu.

Jihyo terus menerpa ke arah lelaki itu. "Yi Xing!"

"Ji.. Jihyo. Kau buat dekat sini?" Soal Lay.

"Kau tu yang buat apa dekat sini? Kau tak kerja ke?" Soal Jihyo lancar seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Lay.

"Tak. Aku cuti hari ni."

Jihyo tersenyum. "Tu apa tu?" Soal Jihyo sambil menunding jari kearah gitar milik Lay. Sengaja gadis itu bertanya dengan harapan lelaki itu akan memainkan satu lagu.

"Kalau kau nak tahu... ni lah badminton." Jelas Lay.

"Badminton?" Jihyo menarik muka. Cuba nak permainkan aku?

"Yalah. Badminton ni boleh pukul apa saja... terutamanya kepala kau." Ujar Lay lagi selamba.

"Hurm? Boleh pukul kepala aku? So, kau berani lah nak pukul kepala aku ni?"

"Kau nak ke?" Soal Lay sambil mengangkat gitarnya itu.

"Huh, pukul je lah." Jihyo mula mencabar.

"Tak pe lah. Rosak pulak nanti." Lay terus mengusap gitarnya. Sia² saja kalau rosak disebabkan pukul Jihyo ni nanti fikirnya. Sudah lah gitar kesayangannya.

Jihyo asyik merenung gitar milik Lay. Entah apa yang menarik sangat gitar itu di matanya.

"Aku nak cuba boleh?" Akhirnya Jihyo bersuara juga. Rupa² nya itu yang asyik bermain dimindanya dari tadi.

"Huh? Tak boleh. Jahanam gitar aku nanti." Huh, gitar pulak. Tadi kata badminton. Tahu pun nak mengaku.

"Alah... boleh lah..." Rayu Jihyo.

"No no no. Ni gitar aku. So aku sorang je boleh guna."

"Hek eleh, tak bawak mati pun lah gitar tu." Bidas Jihyo.

Jihyo terus memalingkan pandangannya kearah kanak² yang asyik berlari berkejaran di sekitar taman itu.

Lay hanya menjongketkan bahu apabila melihat reaksi Jihyo yang kononnya merajuk. Tiba² jari jemari Lay mula memetik tali² gitar itu. Alunan muzik yang indah terhasil.

Jihyo terpana saat mendengar suara merdu Lay yang mula berkumandang seiringan dengan muzik yang dimainkan.

Benarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now