Part 11

1.6K 146 1
                                    

Part 11

Bam! Kuat bunyi dentaman itu apabila tubuh Jihyo terhempas ke dinding. Tanpa ragu² pelajar lelaki yang berang itu cuba melayangkan penumbuknya pada wajah Jihyo. Anak mata Jihyo membulat terkejut.

Pap! Pergelangan tangan pelajar lelaki itu digenggam kuat oleh Ohk Mun Su.

Semua pelajar lelaki itu tergamam melihat wajah Munsu yang tiba² sahaja berubah garang.

"Mun..su?" Jihyo juga tidak lepas untuk tergamam.

"Jangan berani pukul perempuan tu!" Teriak Munsu seraya mengangkat tubuh lelaki itu dan dihempas kebumi. Bam!

Mereka semua tergamam. Pelajar lelaki itu pula hanya mampu menahan kesakitan tubuhnya.

"Go.. gomawo." Ucap Jihyo yang masih terpana. Anak mata Jihyo langsung tidak terkelip.

Munsu terus berlalu pergi selepas mencapai bekas makanannya yang sudah jatuh ke lantai.

Pelajar² lelaki tadi terus berlalu membawa diri. Mereka terkejut dengan tindakan Munsu yang tiba² sahaja menggila. Risau juga kalau mereka pula dipukul oleh Munsu.

"Jihyo? Kau buat apa dekat sini?" Soal Lay yang tiba² sahaja muncul.

"Ah, takde apa lah..."

Lay merenung wajah Jihyo yang asyik memerhati langkah Munsu berlalu. "Kau dah kenapa tenung² Munsu tu? Dah jatuh cinta dengan dia?" Soal Lay.

Jihyo menjeling tajam wajah Lay. "Kalau ya kenapa? Kau jealous?"

"Eh... takde masa aku nak jealous. Kalau kau betul dah jatuh cinta dengan dia... aku doakan korang bahagia sampai tujuh keturunan."

"Baguslah macam tu."

Tiba² Jihyo teringat akan gadis bernama Hara. Dia cuba untuk bertanya kepada Lay, tetapi dia membatalkan sahaja niatnya. Risau pula sekiranya Lay memarahinya.

Sementara itu...

Sekyung dan Chanyeol laju sahaja mengatur langkah menyusuri sepanjang anak tangga.

"Kenapa Jihyo lambat sangat?" Omel Sekyung.

"Entah lah." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Chanyeol.

Seperti kata pepatah. 'Malang tidak berbau'. Sekyung tergelincir dari salah satu anak tangga.

Aaahhh!!

Bam!

Anak mata Sekyung terpejam. Perlahan-lahan Sekyung membuka matanya. "Eh? Tak sakit?"

"Memang lah kau tak sakit... aku yang sakit..."

Anak mata Sekyung membulat terkejut. Dia sudah terduduk diatas Chanyeol yang terlentang di lantai.

"Ah! Kau okay tak?!" Sekyung bingkas bangun daripada tempat duduknya dan mengangkat tubuh Chanyeol.

"Tak okay langsung..." Rungut Chanyeol. Tulang belakangnya terasa sakit² sahaja.

"Ma... maaf lah! Aku tak sengaja... jom lah pergi bilik kesihatan." Sekyung terus membantu Chanyeol berdiri lalu memapah lelaki itu.

Anak mata Chanyeol merenung wajah naif Sekyung. Bersungguh-sungguh dia cuba untuk memapah lelaki yang jauh lebih tinggi darinya.

"Sekyung..." Chanyeol berbisik perlahan.

"Ya... aku mintak maaf. Jangan lah marah aku."

"Aku tak marah kau lah." Wajah Chanyeol serius sahaja merenung gadis itu.

"Habis tu?" Sekyung terus memapah lelaki itu bersungguh-sungguh.

Chanyeol terdiam sejenak. Wajahnya berubah merah serta merta.

"Habis tu apa?" Soal Sekyung lagi.

"Kau ni pendek sangat lah." Jujurkah kata² itu? Kata² itu sepertinya bukan hadir dari hati lelaki itu.

Langkah Sekyung terhenti. Anak matanya tajam merenung lorong koridor yang kosong itu. Geram sahaja hatinya apabila dikata pendek.

"Aku tak pendek lah!!!!" Sekyung terus mengheret tubuh Chanyeol laju menyusuri lorong koridor itu.

"Aaahhh!!! Sakit!! Kaki aku sakit lah!!! Sekyung!!! Berhenti!!! Shin Se Kyung!!!" Teriak Chanyeol lantang.

Sekyung langsung tidak menghiraukan teriakan nyaring Chanyeol itu. Sebaliknya, dia terus menarik tubuh lelaki itu dengan gagah sekali.

Sampai sahaja di bilik kesihatan. Chanyeol terus melabuhkan punggungnya diatas katil yang empuk dibilik itu.

"Dah, lepas ni kau selesai sendiri dengan cikgu. Aku nak masuk kelas." Dingin sahaja nada Sekyung seraya mengorak langkah keluar dari bilik itu.

Dang! Bahu Sekyung melanggar almari yang tidak bersalah di sebelah pintu. Biarpun bahu yang melanggar, tetapi kepala yang dipegang oleh Sekyung.

Chanyeol hairan melihat perilaku ganjil Sekyung itu. "Sekyung?"

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now