Part 8

1.6K 151 3
                                    

Part 8

"Jadi oppa cuma fikir nak berseronok je lah?" Tajam renungan Jihyo kearah lelaki itu.

Joongki melepaskan satu keluhan berat. Kepala Jihyo terus diusap. "Oppa ada impian. Oppa nak kejar impian oppa. Peluang depan mata, takkan oppa nak sia² kan?" Soal Joongki lembut.

"Tapi oppa..." Jihyo terus menarik muncungnya panjang. Tiada apa yang mampu dia perkatakan lagi. Dia takut ditinggalkan abangnya. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu menjadi batu penghalang kepada impian abangnya.

Keesokan harinya, maka Joongki pun bertolak ke Amerika.

Pulang sahaja dari lapangan terbang, Jihyo terus menuju ke kafe tempat Lay bekerja.

Jihyo duduk di salah sebuah meja di kafe tersebut sambil termenung. Kepalanya diletakkan diatas meja. Sedih lah tu, risau terindu-rindu abang kesayangannya.

Selang beberapa minit, Lay tampil sambil membawa minuman dan sepotong kek coklat lalu dihidangkan diatas meja Jihyo.

Jihyo merenung kek coklat tersebut. "Maaf, saya tak pesan kek ni." Ujar Jihyo sambil merenung wajah pelayan lelaki kacak berkanta lekap biru itu. Lay lah tu, siapa lagi.

"Saya belanja." Ujar Lay sambil mengukirkan senyuman yang menunjukkan lekuk dimplesnya yang menawan itu.

Jihyo terpegun. Kenapa?! Kenapa handsome sangat?! Ingin sahaja dia berteriak sekuat hatinya. Risau di anggap gila pula sekiranya dia menjerit sebegitu rupa.

"Kamsahamnida..." Jihyo terus menundukkan wajahnya. Tiba² dia teringat akan peristiwa memalukan semalam. Aduh! Malunya bila terfikir semula!

Lay terus menyusun langkah kembali ke bahagian dapur kafe.

Tepat jam 8 malam. Semua pekerja di kafe itu beransur pulang.

"Bye, Lay! Jumpa besok."

"Bye."

Lay terus mengatur langkah menuju ke perhentian bas untuk pulang. Kanta lekap biru masih melekap pada bebola matanya.

"Eh? Jihyo?" Langkah Lay termati apabila terlihat susuk tubuh Jihyo masih berdiri tegak di hadapan perhentian bas.

"Hurm? Kau baru balik?" Soal Jihyo.

"Kau tu lah. Kenapa kau baru nak balik? Dah malam lah."

"Baru pukul lapan."

"Kau tu perempuan."

Jihyo berpaling kearah Lay. "Thanks." Ucap Jihyo sambil tersengih macam kucing. Macam kucing lah sangat~

"Thanks? Untuk apa? Kek tadi?"

"Thanks sebab pandang aku macam perempuan."

Lay blur. Apa yang Jihyo cakap pun dia tak faham. "Dah memang kau perempuan kan? Atau sebenarnya..."

"Atau sebenarnya? Apa?" Jihyo terkejut apabila Lay menarik muka sebegitu.

"Atau sebenarnya... kau ni pondan?!"

"Yarsh!!!" Jihyo mengetap giginya geram. Pondan?! Urgh, memang boleh mendatangkan marah!

"Hurm... excuse me." Tiba² seorang gadis menghampiri mereka berdua. Siapa pulak gadis ni? Macam kenal.

Jihyo dan Lay terus mengalihkan pandangan mereka kearah gadis tersebut. Ah, rasanya gadis ini junior di sekolah mereka. Patutlah muka macam familiar. Gadis ni memang popular sebab dia ni comel. Malangnya, dia banyak salah menggunakan kecomelannya.

"Saya... nak mintak nombor telefon oppa."

What the hell?! Beraninya budak ni! Memalukan kaum perempuan! Jihyo menarik muka tidak berpuas hati. Eleh, jealous cakap je lah Jihyo oii~

Lay terus menoleh kearah Jihyo dengan pandangan blurnya. Selang itu, Lay mengembalikan pandangannya kearah gadis comel dihadapannya.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now