Part 12
Chanyeol hairan melihat perilaku ganjil Sekyung itu. "Sekyung?"
Sekyung cuba untuk berjalan. Tetapi terhuyung-hayang. Wajahnya dikerutkan.
"Sekyung? Kau okay tak?" Soal Chanyeol lagi.
"Aku okay." Sekyung terus melangkah keluar dari bilik itu.
Buk!
Bunyi seperti benda terhempas itu mengejutkan Chanyeol.
Meskipun kakinya sakit, Chanyeol tetap berjalan keluar dari bilik kesihatan itu.
Anak mata Chanyeol membulat terkejut apabila melihat susuk tubuh Sekyung sudah terbaring di lantai koridor itu.
"Sekyung?!" Lantas lelaki itu mendapatkan tubuh Sekyung yang lemah itu.
...
Sekyung mula membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan susuk tubuh Chanyeol dan Jihyo di kiri dan kanannya. Wah, tak ubah seperti pengawal peribadi.
"Kenapa ni?" Soal Sekyung.
"Kau tu yang tiba² pengsan. Dah kenapa?" Soal Chanyeol dengan nada geram.
"Ah... aku sakit kepala tadi."
"Teruk betul. Buat orang terkejut je." Tambah Jihyo pula.
"Kau? Kaki kau okay ke tak?" Soal Sekyung pada Chanyeol.
"Okay. Bengkak sikit je. Masih nak kisah pasal orang lain? Sendiri punya kesihatan tak nak jaga."
Jihyo melepaskan keluhan berat sebelum menghampiri kawannya itu. "Lain kali jangan buat orang risau."
"Ye... sorry." Sekyung menggigit bibirnya sendiri. Sekyung tertunduk dengan rasa serba salah. Tiba² dia mengalihkan pandangannya kembali kearah Jihyo. "Lama sangat ke aku pengsan?"
Jihyo terus merenung jam tangannya. "Lama lah jugak. 12 minit 34 saat."
Sekyung tertawa. "Lama sangat lah tu?"
Petang itu. Jihyo mula bersiar-siar sendirian. Dia melangkah dengan ceria sekali.
'Langit tak selalu cerah'. Langkah Jihyo terhenti sendiri apabila terlihat kelibat Hara baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe tempat Lay bekerja.
"Apa lagi lah yang budak tu nak?" Rungut Jihyo sendiri.
Jihyo terus berlalu. Malas pula rasanya ingin ambil peduli pasal gadis itu. Lagipun, bukan urusannya. Tapi, jika difikirkan semula... bagaimana sekiranya gadis itu bertemu Lay? Ah, mahu cemburu buta pula aku. Huh, lebih baik tidak lihat. Menyakitkan hati saja nanti.
Keesokan harinya di sekolah.
Langkah Jihyo laju sahaja diatur menuju ke kelasnya. Tiba² beberapa perbualan gadis² di tepi koridor menarik perhatiannya. Maka Jihyo pun mula memasang telinga.
"Betul ke? Budak lelaki kacak yang kerja dekat kafe tu Yi Xing?"
"Zhang Yi Xing? Pelajar tahun ketiga tu?"
"Takkan lah! Dia tu hodoh lah. Mana kau dapat tahu ni?"
"Aku pun tak tahu. Tapi dengar cerita classmate dia yang bagitau. Siapa nama perempuan tu entah? Aku tak ingat lah..."
Anak mata Jihyo membulat. Siapa yang bagitahu?! Dia betul² terkejut apabila mendengar perbualan gadis² itu.
Jihyo terus mengatur langkahnya kembali. Buk! Tubuh Jihyo merempuh seseorang yang sangat dikenalinya.
"L.. Lay... tu bukan aku..."
Lay tertawa kecil. Dia hanya mampu mengusap kepalanya sendiri. "Aku patut dah agak perkara ni akan terjadi. Macam mana lah aku boleh percayakan orang macam kau ni?"
"Lay! Tu bukan aku lah! Sumpah bukan aku!" Jihyo tetap ingin mempertahankan dirinya.
"Tak perlu lah Jihyo. Benda dah jadi." Ujar Lay sebelum berlalu.
"Lay! Tapi memang bukan aku lah! Percayalah cakap aku!" Teriak Jihyo dari jauh.
Lay hanya mengangguk sahaja tanpa berpaling. Air muka Lay jelas menunjukkan betapa dia kecewa.
"Lay!" Air mata Jihyo jatuh ke pipi. Dia benar² mengharap lelaki itu akan mendengar penjelasannya. Namun, sedikit pun lelaki itu tak mahu berpaling.
Jihyo terus mengatur langkahnya yang lemah itu menuju ke kelas.
"Jihyo? Kau okay tak?" Soal Chanyeol apabila melihat air mata Jihyo yang ligat membasahi pipi.
Jihyo hanya mengagguk. Rasa bersalah menghantui dirinya. Tiba² sahaja anak mata Jihyo membulat. Sesuatu bermain dimindanya.
Jihyo terus melangkah keluar dari kelasnya. Laju sahaja langkah Jihyo mencari seseorang.
"Ah... unnie? Unnie cari siapa?" Nakal sahaja senyuman Hara yang tiba² muncul dibelakang Jihyo.
Terkejut Jihyo apabila gadis itu muncul tiba². Rasa terkejut itu ditepis ketepi. Jihyo terus mengatur langkah menghampiri Hara.
Pang!
Bersambung...
YOU ARE READING
My Waiter
RandomBenarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau. Identiti kacak si pelayan terdedah...