Part 5

1.7K 157 9
                                    

Part 5

"Tak apa lah. Aku tengah mandi ni. Jumpa besok dekat sekolah." Ujar Lay sebelum memutuskan talian.

"Sekolah?" Sekyung blur. Kenapa sekolah? Persoalan itu bermain di minda kecil Sekyung.

Keesokan harinya.

Jihyo dan Chanyeol rancak berbual di belakang kelas. Tiba² Sekyung tampil menerjah mereka berdua.

"Jihyo! Lay tu... budak sekolah kita ke? Macam tak pernah nampak je?" Soal Sekyung.

Soalan itu agak mengejutkan Jihyo. Jihyo terus berpaling kearah Lay atau Yi Xing yang masih fokus dengan buku teks nya. Jihyo kembali mengalihkan pandangannya kearah Sekyung. "Ma... mana kau tahu? Tak kan lah." Jihyo cuba menafikan pendapat Sekyung.

"Semalam masa aku call dia, tiba² dia tanya benda pelik. Lepas tu dia kata jumpa besok dekat sekolah." Jelas Sekyung.

"Apa? Dia cakap benda pelik?"

"Dia tanya, aku dah fikirkan ke belum... and bla bla bla... huh, entah lah apa yang dia mengarut."

Chanyeol yang dari tadi memerhati hanya menarik muka tidak berpuas hati. "Korang... aku pun lelaki. Sibuk cakap pasal lelaki yang tak kenal korang tu buat ape?" Rungut Chanyeol.

Jihyo dan Sekyung menoleh kearah Chanyeol. "Apsal kau? Jeles ke?" Nakal sahaja nada suara Jihyo.

"Ya! Aku jeles." Chanyeol menjeling tajam.

"Buat tak dengar je lah. Takde lah jeles." Nada Sekyung mendatar.

"Mana boleh buat tak dengar. Suara korang tu dah lah kuat."

"Tu lah. Siapa suruh capang sangat? Lain kali lipat telinga tu. Lepas tu jahit, takde lah dengar apa yang kitorang cakap." Tawa Jihyo diiringi oleh Sekyung.

"Yarsh! Jahatnya mulut korang!" Bentak Chanyeol geram.

"Bukan aku. Aku tak cakap... Jihyo yang cakap." Awal² lagi Sekyung sudah mengangkat kedua belah tangannya.

Sewaktu rehat.

Jihyo terus mengatur langkah menuju ke bahagian bumbung sekolah. Seseorang lama menunggunya.

"Kenapa lambat?" Soal Lay dengan penampilan Yi Xing.

"Eh kau ni. Suka hati aku lah nak cepat ke lambat? Kau hamba aku sekarang ni." Getus Jihyo sambil memeluk tubuh.

"Hamba?! Eh kau ni... melampau betul."

"Kenapa? Tak suka?"

"Gila ke?! Apsal lak aku nak kena jadik hamba kau?!"

"Oh? Tak nak? Tak apa lah." Jihyo terus membuka langkah menuju ke bahagian penjuru bumbung bangunan sekolah itu. Jihyo menarik nafas dalam. "L. A. Y!!! LAY a.k.a ZHANG YI XING!!! Pela...!!"

Tak habis lagi Jihyo bersuara mulutnya sudah di tekup kuat oleh Lay. Lay terus memeluk tubuh Jihyo kuat dan tangannya tak lepas dari menekup mulut gadis itu.

"Hmph... hmph...!! Hmmph...!!" Jihyo cuba untuk bersuara namun dia tak mampu untuk meluahkannya. Tekupan dari tangan Lay amat kuat dan rapi.

"Shuuu~! Okay!! Okay!! Apa² je lah!!"

Perlahan-lahan Lay membuka mulut Jihyo. Lay duduk menghadap Jihyo.

"Tapi ingat. Seminggu je." Lay meletakkan syarat.

"Dua minggu." Tegas Jihyo.

"Seminggu je." Lay mengetap giginya geram.

"Dua minggu!"

"Okay 10 hari." Keluh Lay.

"Tiga minggu."

"What?! Tak de! 10 hari je!"

"Tak nak? Okay..." Jihyo mula menarik nafas. Nak menjerit lagi lah tu.

"Okay! Dua minggu! Dua minggu!"

"Sebulan." Jihyo menambah lagi sambil tersengih.

"Shin Se Kyung!!" Teriak Lay yang kelihatan amat geram.

Jihyo tergamam. Shin Se Kyung? "Hah? Shin Se Kyung?" Jihyo menyoal.

"Yalah. Kan semalam kau yang call aku?"

"Mana ada aku call kau semalam?"

"Habis tu? Siapa yang call aku semalam?"

"Shin Se Kyung?" Jihyo baru teringat, Sekyung lah yang call si Lay ni semalam.

"Bukan kau ke Shin Se Kyung?"

Jihyo cuak. "Erk... Sekyung kawan aku lah. Yang semalam tu." Jelas Jihyo.

"What?! Kau...! Kau ni..!" Lay bangun dari tempat duduknya. Habis kepalanya di garu walaupun tidak gatal. "Apasal kau bagi nombor aku dekat dia?!"

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now