Part 13

1.5K 149 6
                                    

Part 13

Pang!

Pipi gebu Hara merah apabila ditampar oleh Jihyo.

Meskipun begitu. Gadis itu masih lagi mengukirkan senyuman kejinya.

"Kenapa unnie pukul Hara?" Soal gadis itu sambil tersenyum.

"Kenapa kau tanya aku?! Kau sendiri memang dah agak perkara ni akan terjadi kan?!" Tengking Jihyo.

"Kenapa ni unnie? Kenapa unnie marah sangat ni? Boyfriend unnie dah tak percayakan unnie?" Nada suara gadis itu lembut sahaja. Tetapi, kata² nya amat menyakitkan hati.

"Kau memang keji." Jihyo mengetap giginya geram. Mahu sahaja dia memukul gadis itu sekali lagi.

"Saya keji? Unnie yang pukul saya. Saya yang keji? Adil ke macam ni?" Soal Hara sinis.

"Adil? Apa yang kau tahu tentang keadilan? Kau tu bodoh! Keji!"

Hara menggigit bibir bawahnya sebelum mula bersuara. "Unnie jangan ingat saya junior... saya tak berani pukul unnie."

"Kau nak pukul aku? Pukullah! Kau ingat aku takut dengan budak macam kau ni?!"

Pang!

Sementara itu.

Lay berjalan membawa beberapa helaian kertas menyusuri koridor dihadapan kelasnya. Beberapa pelajar lelaki rancak berbual di tepi² bahagian koridor itu. Tiba² Lay jatuh menyembah bumi apabila kakinya tersadung pada kaki salah seorang pelajar lelaki tadi.

Lay bangun dan mengutip helaian kertas yang sudah berteraburan tadi.

Tiba² sahaja salah seorang pelajar lelaki tadi mencabut cermin mata besar Lay. Rambut Lay pula ditolak bagi melihat wajah tampan Lay.

"Wow, patut lah dapat kerja dekat kafe tu." Tawa salah seorang pelajar lelaki tadi.

Pelajar² yang lain mula keluar dari kelas masing² untuk menyaksikan keadaan di situ.

Tiba² dari jauh kelibat Ohk Mun Su datang berlari-lari menghampiri Lay.

Tubuh Lay digoncang kuat oleh Munsu. Wajah Munsu kelihatan resah sekali.

"Ke.. kenapa kau ni?" Soal Lay hairan apabila lelaki itu terus menerus menggoncang tubuhnya tanpa henti.

"Perempuan tu... kat sana... pukul... cepat..."

Lay blur. Apa yang hendak disampaikan oleh Munsu pun tidak jelas baginya.

"Apa kau cakap ni?"

"Cepatlah!!!" Teriak Munsu lantang seraya menarik lengan Lay bangun dari tempatnya tadi.

Lay terus merampas cermin matanya kembali sebelum mengejar langkah Munsu.

Pang!

Anak mata Lay dan Munsu membulat terkejut apabila melihat Hara menampar wajah Jihyo tanpa rasa ragu².

"Jahat!!" Teriak Munsu lantang sambil berlari kearah mereka berdua. Tubuh Hara jatuh tersungkur apabila ditolak kasar oleh Munsu.

Munsu menghampiri Jihyo. Pipi kiri Jihyo yang merah disentuh lembut oleh Munsu. Munsu mengusap pipi Jihyo yang mula kemerahan itu.

Jihyo pula kaku. Dia terkejut melihat situasi tersebut.

Lay terus berjalan menghampiri Munsu dan Jihyo. Tangan Munsu ditepis oleh Lay. Lay terus menarik lengan Jihyo untuk berlalu. Sebelum itu, Lay menoleh kearah Hara yang masih terduduk di lantai kerana terkejut dengan perbuatan Munsu sebentar tadi. Lay hanya mampu melepaskan keluhan berat sebelum menarik lengan Jihyo berlalu dari situ.

Jauh Lay membawa Jihyo berlalu. Sehinggalah mereka tiba di sebelah makmal, Jihyo terus menolak tangan Lay perlahan-lahan. Kepalanya ditundukkan kerana tidak berani untuk bertembung mata dengan lelaki itu.

"Bukan aku..." Sayu sahaja nada suara Jihyo.

"Ya."

Lay merenung wajah Jihyo. Lay sendiri keliru akan perbuatannya dari tadi. Adakalanya dia marah terhadap gadis ini. Adakalanya pula dia simpati.

"Bukan aku yang bukak rahsia kau..." Jihyo masih lagi ingin menegakkan kebenaran.

"Ya.."

"Bukan aku... percaya lah... memang bukan aku. Aku tak buat semua tu."

"Ya... aku percaya."

Air mata Jihyo gugur tak semena-mena. Entah kenapa perasaan sebak masih lagi menghantui dirinya.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now