Part 2

2.1K 179 9
                                    

Part 2

Mendengar soalan Joongki, Sekyung terus berpaling kearah Chanyeol di hujung koridor. Bukan main galak lagi lelaki itu mentertawakan Sekyung.

"Tak apa. Biar saya betulkan." Joongki menghampiri Sekyung dan menguruskan rambut Sekyung yang sudah di dajjal oleh Chanyeol tadi.

Joongki sendiri sudah biasa dengan sikap Chanyeol. Maklumlah mereka semua ni memang rapat.

Sewaktu rehat.

"Bahahahahahaha!" Bukan main besar lagi tawa Jihyo apabila mendengar aduan Sekyung tadi.

"Jihyo, tak sopan langsung gelak." Omel Joongki sambil meneguk jus oren yang baru di beli dari mesin layan diri.

"Tapi... Sekyung ni lah..." Berair anak mata Jihyo apabila tertawa. Entah apa yang lucu sangat pun sukar di fahami.

Chanyeol turut tertawa. Dia sendiri seronok mempermainkan kawannya itu.

"Petang ni korang nak ikut pergi kafe tak?" Soal Joongki.

"Kafe apa?" Soal Sekyung. Seronok lah tu dipelawa oleh lelaki idamannya.

"Kafe tu mewah. Cantik sangat. Waiter dekat situ semuanya handsome and cantik²." Jelas Joongki.

"Wah, bagus lah dapat jumpa lelaki kacak. Bosan tengok muka lelaki telinga capang ni hari². Perasan handsome je lebih." Ujar Jihyo seraya menjeling tajam ke arah Chanyeol.

Sekyung merendahkan kepalanya sambil merenung wajah Joongki. "Yang ni kan handsome?" Sekyung mengedip-ngedipkan matanya yang cantik. Joongki hanya tertawa kelat mendengar soalan Sekyung tadi.

"Haha... bagus lah. Aku pun nak jumpa perempuan cantik. Bosan tengok muka Jihyo ni hari². Sudah lah tak cantik. Pendek pulak tu." Getus Chanyeol pula.

"Hei..." Joongki menjeling Chanyeol. Pendek. Hurm, terasa pula Joongki yang lebih tua daripada mereka tetapi tetap lebih pendek daripada Chanyeol.

Chanyeol tersengih kecil.

Pulang dari sekolah, mereka terus menuju ke kafe yang dijanjikan.

"Wah, memang cantik lah kafe ni." Teruja sahaja wajah Jihyo apabila melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.

"Hurm, betul tu. Wah... waiter kat sini pun cantik² semuanya." Ujar Sekyung pula.

"Jom lah pergi dekat meja hujung sana." Ajak Joongki seraya menarik lengan adiknya Jihyo berlalu.

Sedang empat sahabat itu duduk sambil berbual-bual, tiba² seorang pelayan kacak tampil untuk mengambil pesanan mereka.

Sekyung dan Jihyo terpaku melihat ketampanan pelayan itu. Wajahnya amat maskulin. Kulitnya mulus. Matanya biru seperti mat saleh disebabkan kanta lekap yang diguna. Rambutnya juga digayakan seperti seorang artis. Cukup sempurna dan menarik sekali.

"Boleh saya ambil pesanan?" Soal pelayan lelaki itu.

"Bagi kami dua americano, satu cappuccino dan satu latte." Ujar Chanyeol.

"Baiklah, pesanan kamu akan sampai sebentar lagi." Lembut sahaja suara lelaki itu. Sesuai sekali dengan penampilannya.

Jihyo masih lagi terpana. "Apa nama awak?" Soal Jihyo secara tiba².

Pelayan lelaki itu menoleh kearah Jihyo dengan satu senyuman sehingga menampakkan lekuk dimples nya. "Cik boleh panggil saya Lay."

Joongki dan Chanyeol terkejut dengan soalan Jihyo. Eh, tak malu ke budak ni?

Tiba² Jihyo bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah lelaki itu.

"Jihyo, nak pergi mana?" Soal Sekyung.

Jihyo memalingkan wajah lelaki itu menghadapnya. Rambut lelaki itu di tekan menjadi rata. Wajah itu mirip seseorang yang sangat dikenali. "Kau... Yi Xing?!" Lantang nada suara Jihyo.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now