Part 14

1.6K 142 7
                                    

Part 14

Beberapa hari berlalu. Jarak antara Lay dan Jihyo semakin renggang.

"Hurm... aku mengalah." Keluh Sekyung.

"Mengalah?" Chanyeol hairan dengan kata² Sekyung sebentar tadi.

"Jihyo suka Lay.. eh Yi Xing kan?"

"Entah lah. Aku pun rasa macam tu."

"Bosan lah. Jihyo dah tak nak senyum macam dulu."

"Entahnya. Aku pun bosan. Dah takde kawan nak ajak bergaduh."

Tiba² sesuatu bermain diminda Sekyung. "Jom kita rapatkan balik hubungan Jihyo dengan Lay... eh Yi Xing."

"Hurm? Kau pasti?" Chanyeol meragui keputusan Sekyung.

"Ya. Aku pasti."

"Tapi, kau kan suka Lay?"

"Alahai kau ni. Nanti aku carik lah lelaki lain."

Chanyeol hanya mampu menarik muka masamnya. Asyik carik lelaki lain je. Aku pun lelaki jugak. Getus hati Chanyeol.

Maka, Sekyung yang bersemangat ini pun memulakan perancangannya untuk menyatukan si Jihyo and Lay ni.

"Yi Xing. Awak kerja tak petang ni?" Laju sahaja Sekyung menyoal.

"Ah... tak. Kenapa?"

"Petang ni jumpa dekat taman depan kafe awak tu tau."

"Tak nak lah. Nak buat ape?"

"Alah... datang je lah. Datang lah." Sekyung mula memeluk lengan Lay dengan wajah comelnya.

Pada masa yang sama kebetulan Jihyo melewati kawasan tersebut. Membulat anak mata Jihyo terkejut melihat situasi tersebut.

'Macam mana lah aku boleh lupa sifat semulajadi Sekyung? Dia selalu selangkah lebih awal dari aku.' Hati kecil Jihyo berbisik. Dengan mata yang berkaca, dan hati yang hampa Jihyo terus membuka langkah berlalu dari situ.

"Ji... Jihyo." Lay cuba memanggil gadis yang sudah berlalu itu apabila menyedari kehadiran Jihyo sebentar tadi.

"Jihyo? Mana?" Laju sahaja Sekyung mencari kelibat sahabatnya itu. Risau juga sekiranya Jihyo sudah tahu rancangannya.

Sewaktu pulang.

Jihyo mengatur langkah menuju ke pintu pagar sekolah.

"Jihyo. Tunggu lah aku."

Teriakan Sekyung tidak diendahkan oleh Jihyo.

"Jihyo!" Sekyung tetap berlari menghampiri sahabatnya itu. Gadis itu terus menangkap pergelangan tangan Jihyo.

"Jangan kacau aku lah!" Bentak Jihyo seraya merentap pergelangan tangannya dari pegangan Sekyung.

"Jihyo... kau kenapa?" Terkejut Sekyung apabila ditengking oleh Jihyo.

"Maaf lah. Aku takde masa nak layan kau. Aku banyak urusan."

"Jihyo, kau marah aku ke?"

Soalan itu menyebabkan Jihyo tergamam. Marah? Kenapa pulak aku nak marah?

"Apsal aku nak marah kau pulak? Lain lah kalau kau ada buat salah dengan aku." Sinis Jihyo sebelum melajukan langkahnya.

Sekyung hanya memerhati langkah Jihyo berlalu dalam keadaan terpinga-pinga.

"Sekyung..." Tiba² Chanyeol datang menghampiri Sekyung yang masih tegak kaku.

"Apa?" Sinis sahaja renungan Sekyung. Dia masih risau tentang sahabatnya Jihyo.

"Aku... erm..."

"Apa?! Cakap jelas sikit lah."

"A...aku.."

"Sorry lah. Aku busy..." Sekyung terus berlalu sebelum sempat Chanyeol bersuara.

Chanyeol hanya mampu melepaskan keluhan berat sambil memerhati langkah Sekyung berlalu. "Haish... pengecut betul." Lelaki itu memaki diri.

Malam itu.

Sekyung yang baru pulang melangkah untuk memasuki rumahnya. Sebaik sahaja dia menolak pintu rumahnya, anak matanya membulat terkejut melihat rumahnya yang tunggang langgang seperti baru dilanda ribut taufan.

"A.. apa semua ni?" Sekyung memberanikan diri untuk terus masuk ke dalam rumah.

Perlahan-lahan Sekyung menolak pintu bilik kedua orang tuanya. Alangkah terkejutnya Sekyung apabila terlihat kedua orang tuanya terikat anatara satu sama lain.

"Om... ma?"

Apabila terdengar suara lemah Sekyung, wanita dengan mulut yang terikat itu cuba untuk memberitahu sesuatu.

"Unghhh!!! Unghhh!!!" Wanita itu memberi isyarat agar anak gadisnya cepat pergi membawa diri.

Namun, tak sempat Sekyung berganjak walau setapak. Tiba² lelaki bertopeng hitam terpacul dihadapan wajahnya.

Sekyung cuba untuk melarikan diri. Namun, pergelangan tangannya sempat ditarik oleh lelaki itu.

"Le..lepaskan!"

Sap! Topeng lelaki itu tertanggal. Anak mata Sekyung membulat terkejut. Dia masih tidak tahu siapa lelaki itu.

Begitu juga dengan lelaki itu. Anak matanya membulat terkejut apabila topengnya tertanggal.

Cuk!

Sekyung terkedu. Sakit! Sangat sakit. Bilahan pisau menusuk tepat pada perutnya. Tubuh Sekyung jatuh terkulai.

Bersambung...

My WaiterWhere stories live. Discover now