Part 10

1.6K 149 5
                                    

Part 10

"Sebab yang kedua pulak..." Chanyeol terus berpaling kearah Sekyung yang masih rebah diatas meja. Muka Sekyung berpaling bertentangan antara mereka.

Tiba² Sekyung memusingkan kepalanya kearah dua sahabatnya mencari keselesaan. Kroooh~ Kuat dengkuran gadis itu.

Chanyeol dan Jihyo yang memerhati terpana.

"Ha.. ha.. aku rasa aku nampak sebab yang kedua." Bisik Jihyo perlahan.

"Ha.. ha.. aku pun rasa dah ada alasan untuk sebab yang kedua."

Jihyo dan Chanyeol saling berpandangan. Senyuman kelat terukir di bibir masing².

Loceng yang menandakan waktu rehat sudah pun bergema. Maka, perlumbaan untuk ke kantin juga bermula. Semua pelajar sama ada lelaki atau perempuan, berpusu-pusu menuju ke kantin.

Namun, Jihyo masih lagi di kelas. Tangannya ligat mengemaskan barang² sekolahnya kedalam beg.

"Unnie."

Jihyo terkejut. Pantas sahaja gadis itu berpaling kearah pemilik suara. Lah, budak semalam tu ke?

"Unnie free tak?" Manis sahaja senyuman gadis itu.

Jihyo mengukirkan senyuman. "Busy." Balas Jihyo dingin. Cepat sahaja dia mengubah mood.

"Hurm? Unnie tak nampak macam busy pun."

Jihyo langsung tidak mengendahkan gadis di sisinya itu.

"Nama saya Hara."

Degil betul budak ni. Tak faham bahasa orang busy ke? Nak buat sesi suai kenal pulak dia.

Jihyo mengeluh lemah. "Oh? Hai Hara." Balas Jihyo mahu tak mahu.

"Saya nak tanya unnie soalan sikit ni."

"Apa dia?" Jihyo tetap menyibukkan dirinya mengemas buku sekolahnya.

"Boyfriend unnie semalam tu. Apa nama dia?"

Kenapa je budak ni tanya soalan tu? Jihyo terus berpaling kearah gadis tadi. "Lay. Kenapa?" Jawab Jihyo jujur.

"Ah, saya tanya je."

Jihyo merenung sinis wajah gadis itu. Lantas Jihyo mencapai beg duitnya yang terletak diatas meja untuk berlalu keluar dari kelas.

"Lay tu... pelajar sekolah ni kan?"

Soalan gadis itu mematikan langkah Jihyo. Jihyo agak terkejut. Perlahan-lahan Jihyo berpaling kearah gadis itu.

"Bukan lah... Dia bukan student sekolah ni." Jihyo cuba menafi.

Gadis itu tertawa kecil. "Mustahillah. Saya dah periksa latar belakang dia. Dia pelajar sekolah ni. Unnie mesti tahu dia kelas mana kan? Yelah kan... dia kan 'boyfriend' unnie." Ujar gadis itu. Dia seakan tahu segalanya. Tapi, siapa dia ni?

"Mana kau dapat berita mengarut ni?"

"Kuasa duit lah unnie. Duit mampu memberikan apa saja."

"Hara. Baik kau berhenti mengarut. Atau aku tak akan teragak-agak untuk pukul kau." Sinis Jihyo sebelum berlalu.

"Ah... unnie ni garang sangat lah." Gadis itu setia dengan senyumannya yang nakal.

Jihyo terus mengatur langkah laju menuju ke kantin sekolah. Fikirannya bercelaru memikirkan tentang gadis bernama Hara tadi.

Kebetulan sahaja melewati satu kawasan. Jihyo terlihat sekumpulan pelajar lelaki yang galak tertawa.

"Hey, lembab... ambillah balik makanan kau ni kalau kau mampu."

"Ambillah... Ambillah..."

"Bagi lah balik... bagi lah... tu aku punya." Esakan tangisan pelajar lelaki yang comot itu menyebabkan timbul rasa simpati dalam diri Jihyo. Itu lah Ohk Mun Su.

Jihyo menghampiri sekumpulan pelajar lelaki tadi. Bekas makanan milik Munsu dirampas dengan mudah oleh Jihyo.

"Hey, kau buat apa ni hah?!" Bentak salah seorang pelajar lelaki tadi.

Jihyo merenung tajam wajah pelajar lelaki tadi. "Kau tanya aku buat apa? Kau tu yang buat apa dekat sini?"

"Kau jangan menyibuk lah! Bukan urusan kau!"

"Apa? Aku cuma nak tolong dia je. Kau kata aku menyibuk pulak?"

Tiba² salah seorang pelajar lelaki tadi menghampiri Jihyo. "Kau jangan nak berlagak hero dekat sini." Sinis pelajar lelaki itu seraya menolak kasar tubuh Jihyo.

"Kau pun. Bangga sangat ke dapat menindas orang yang lemah? Dah takde orang yang kuat kau nak tindas? Atau kau tak mampu nak tindas orang yang kuat? Yelah kan... kau pun lemah. Tindas je lah orang yang lemah." Jihyo menyindir.

Buk! Kuat bunyi dentaman itu apabila tubuh Jihyo terhempas ke dinding. Tanpa ragu² pelajar lelaki yang berang itu cuba melayangkan penumbuknya pada wajah Jihyo. Anak mata Jihyo membulat terkejut.

Bersambung...

___________________________________

*nyiohoho~ cepat teka apa jadi dekat Jihyo?* ~^0^~

My WaiterWhere stories live. Discover now