Part 3
Jihyo memalingkan wajah lelaki itu menghadapnya. Rambut lelaki itu di tekan menjadi rata. Wajah itu mirip seseorang yang sangat dikenali. "Kau… Yi Xing?!" Lantang nada suara Jihyo.
Lelaki itu terkejut. Wajahnya terus berubah resah. Lengan Jihyo ditarik oleh lelaki itu menuju ke bilik persalinan.
"Apa kau buat ni?!" Lelaki yang menggelarkan dirinya Lay itu bernada tinggi.
"A.. aku terkejut tadi." Jihyo pula yang takut apabila dijerkah.
"Aku lagi terkejut kalau kau buat macam tu!"
"Tak payah lah marah… hal kecik je kot." Jihyo memuncungkan bibirnya.
"Hal kecik kau cakap? Boleh jadik hal besar lah kalau pelajar sekolah kita tau… kau punya suara dah lah macam tertelan speaker!"
"Apa masalahnya kalau pelajar sekolah tahu sekali pun?" Jihyo masih tidak berpuas hati. Bukannya dia buat silap pun.
Lay mengeluh lemah. Dia memeluk tubuhnya sendiri. "Aku tak suka." Jelas Lay jujur.
"Hek eleh! Menggedik lah kau! Kau fikir orang kisah ke kalau kau nak kerja dekat sini sekali pun?" Soal Jihyo dengan nada mengejek.
Lay mendengus geram. Malas betul mahu melayan kerenah gadis ini. Lagipula banyak lagi kerja lain nak dibuatnya. "Apa² pun kau jangan cakap dekat sesiapa aku kerja dekat sini." Arah Lay.
"Mulut aku. Suka hati aku lah."
"Eish kau ni… tolong lah." Rayu Lay.
"Benefit?" Jihyo tersenyum sinis.
"Buruknya perangai kau ni!" Bentak Lay.
"Bagi aku benefit." Jihyo tetap bertegas.
"Lay!" Kedengaran namanya diseru oleh seseorang dari luar.
"Aku… aku buat apa² je yang kau nak." Berat Lay mahu melepaskan kata² itu. Dia pun malas mahu berfikir.
"Hurm… biar aku pertimbangkan…" Jihyo tersenyum sebelum beredar keluar dari bilik persalinan.
"Hei!" Lay cuba memanggil Jihyo. "A… apa… nama budak tu?" namun dia sendiri tidak tahu nama gadis itu. Classmate sendiri pun tak ingat nama.
Jihyo terus mengatur langkah kembali kepada rakan² nya.
"Kenapa tadi tu Jihyo?" Soal Sekyung teruja.
"Ah, takde apa lah… aku salah orang je."
"Kau mintak nombor telefon dia tak?" Soal Sekyung lagi.
"Huh, nak buat apa?"
Joongki tersenyum sinis. "Entah² dia dah mintak. Tapi saja je tak nak share dengan Sekyung… yelah kan… Sekyung kan comel?"
Wajah Sekyung berubah merah padam. "Mana ada lah… Jihyo lagi cantik." Nafi Sekyung. Alahai~ perempuan mana tak gembira kena puji dengan lelaki idaman?
"Ye ke? Aku tengok korang dua orang ni sama je? Dua² hodoh." Sampuk Chanyeol dengan kata² kejam.
"Eh! Dia lagi hodoh tak sedar diri." Jihyo menunjal dahi Chanyeol menggunakan jari telunjuknya.
"Betul tu. Lain lah handsome macam Joongki oppa." Sekyung tersenyum lagi sambil menatap wajah Joongki.
Joongki tersenyum kelat sebelum menolak wajah Sekyung menggunakan tapak tangan kanannya. "Merepek je."
"Pesanan sampai." Lay tampil kembali bersama pesanan mereka.
Sebaik sahaja menghidangkan pesanan, Lay terus memasukkan tangannya ke dalam saku seluarnya. Sehelai kertas dikeluarkan dan diserahkan kepada Jihyo.
"Apa ni?" Soal Jihyo.
'Lembab!' Getus hati Lay. Lay mengukirkan senyuman palsu. "Itu nombor saya." Ujar Lay sebelum berlalu.
"Wah! Jihyo dapat nombor dia lah!" Teriak Sekyung kecil.
"Hurm… adik oppa bakal dapat kekasih tak lama lagi." Keluh Joongki.
Mereka hairan. "Kenapa kalau Jihyo dapat kekasih sekali pun?" Soal Jihyo.
"Yalah, Jihyo dah dapat kekasih… tapi oppa belum. Membujang lah oppa…" Joongki mula bergurau.
"Saya kan ada?" Sekyung mencelah.
Joongki berpaling kearah Sekyung dengan wajah curiganya.
Bersambung...
YOU ARE READING
My Waiter
RandomBenarkah ini pelajar berkaca mata besar dengan rambut tempurung kelapa? Dia bukan sahaja mampu mengubah dirinya menjadi kacak, bah kan dia memiliki bakat dalam memetik gitar dan mempunyai suara yang cukup memukau. Identiti kacak si pelayan terdedah...