Chapter 1-text

6K 270 18
                                    

Hari ini hujan turun dengan lebat.Ji Hyo sedang berlari di koridor sambil matanya hanya memandang kearah lantai.Air matanya menitis satu persatu.Orang disepanjang jalan hanya mentertawakannya. Tangan nya memegang erat buku nota kecil.

Ji Hyo berlari keluar dari sekolah nya,dia menuju ke tempat yang dia seorang sahaja tahu.Iaitu pondok kecil dibelakang sekolahnya.Ji Hyo duduk menangis, tangannya memeluk buku nota itu.Tanpa disedarinya,seorang namja telah mengikut Ji Hyo.

"Omma..appa..kenapa omma dan appa tinggalkan Ji?Ji..Ji..Ji rindu omma dan appa..Ji tak ada sesiapa disini.. Mak Cik Im dah halau Ji keluar..Ji dah tiada tempat bergantung..Ji nak peluk omma dan appa.Ji nak tinggal dengan omma dan appa.Dorang semua tak suka Ji.Dorang..dorang buat Ji macam sampah..Omma,appa...Ji sayangkan omma dan appa"tangis Ji Hyo sambil menatap gambar omma dan appanya ditangannya.

3 bulan lepas,omma dan appa Ji Hyo telah pergi setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Setelah itu,Ji Hyo hidup sebatang kara.Pada mulanya mak ciknya,iaitu Mak Cik Im ingin mengambil Ji Hyo.Tetapi Ji Hyo tersedar bahawa Mak Cik Im itu hanya mahu mengambil harta omma dan appa Ji Hyo.Akhirnya dia dihalau setelah hampir kesemua duitnya dirampas.

"Ji.."panggil seorang namja,Ji Hyo sangat kenal akan suara itu.Dia mengelap air matanya.

"Nae?"namja itu tersenyum kearah Ji Hyo.Dia mendekati Ji Hyo dan memberikan tuala kepadanya.

"Kamsahamida"kata Ji Hyo,matanya tidak memandang langsung muka namja itu.

"Kenapa Ji nangis?Biarkanlah apa yang mereka nak kata.Ji kena tabahkan diri.."nasihat namja itu.Ji Hyo kemudiannya memandang ke arah namja itu

"Tapi Hwan,dorang tak suka Ji.Dorang suka buli Ji..selamani dorang cuma mahukan duit Ji ja.."kata Ji Hyo dengan nada kecewa.

Sejak kematian omma dan appanya, kesemua kawan rapat Ji Hyo sudah berpaling tadah.Baru Ji Hyo sedar selama ini dia hanya dipergunakan.Ji Hyo merupakan anak orang kaya,dahulunya semua pelajar disekolahnya mahu berkawan dengan Ji Hyo.Tetapi setelah mereka mendapat berita tentang kematian omma dan appa Ji Hyo,mereka semua mula menjauhkan diri dari Ji Hyo. Kesemuanya kecuali Jinhwan seorang.

"Ji janganlah menangis..nae?"pujuk Jinhwan sambil mengelap air mata Ji Hyo.

Ji Hyo mendiamkan diri."Ji nak balik" kata Ji Hyo kepada Jinhwan.Jinhwan tersenyum dan mengangguk.

"Nanti Hwan bagitahu cikgu,Ji baliklah dulu"Ji Hyo segera bangun.Dia memeluk Jinhwan dan terus keluar dari sekolahnya menggunakan pintu belakang.

"Oh ya..nanti ambilkan beg Ji ya?" pesan Ji Hyo.Jinhwan sekali lagi tersenyum.

Di rumah Ji Hyo

Ji Hyo masuk ke dalam apartment yang disewanya.Mujurlah dia ada duit didalam banknya.Ji Hyo membersihkan badannya.

Selesai mandi,Ji Hyo merebahkan diri di at as katil.Dia memejamkan matanya,lagi sehari hari yang sukar baginya.Tiba-tiba bunyi telefonnya berbunyi.Ji Hyo mengambil dan melihatnya.

.....

Anda sering dibuli? tiada yang membantu anda?Serik dibuli?Mahu hidup seperti orang lain?Jika ya,sila tekan disini..semuanya akan berubah.Semuanya!

'www.bodyguard.com'

Amaran!:Apabila sudah tekan disitu,anda sudah tidak dapat menarik balik semuanya!Sila fikirkan sebaik-baik mungkin!

.....

Ji Hyo mengerutkan dahinya.Kenapa boleh muncul benda begini kepadanya?ada sesuatu ka?yang peliknya,kenapa dia siap kasi amaran?pelbagai soalan bermain di mindanya.

Ji Hyo membaca text itu sekali lagi.'tak salah kalau cuba kan?'tanya Ji Hyo pada diri sendiri.Dia menekan pada tanda itu...

Bersambung~~
huhu mianhae kalau bosan and pendek.abaikan typo ne?Hope readers suka*bow*

[C] WWW.BODYGUARD.COMWhere stories live. Discover now