Shin Hye berlari dengan kasut tumit tingginya itu. Kakinya mula rasa sakit, tapi itu lain punya hal. Dia perlu cepat dan halang Tuan Kwon dari melakukan benda itu.
Flashback~
"M-mulakan apa?" soal Shin Hye sedikit terkejut.
"Majlis pengembumian Dae Jung dan anaknya" kata Tuan Kwon sinis. Shin Hye menggigil ketakutan, melihat muka Tuan Kwon yang serius, dia yakin yang Tuan Kwon betul betul akan lakukan itu.
"Apa kau nak buat?" tanya Puan Park memeluk Chorong. Takut. Apa nasib mereka nanti?
"Aku akan langgar dorang...kalau tak berjaya, aku bunuh dengan tangan aku sendiri"
End flashback~
Puan Kwon sedang rancak bersembang dengan kawan kawannya. Tiba tiba gelas kaca yang dipegangnya tadi tergelincir jatuh dari tangannya. Cepat cepat pelayan yang bekerja disitu membersihkannya.
Puan Kwon tiba tiba rasa risau. Di mana suami dan anaknya? Tadi mereka kata hendak ambik angin, tapi mengapa lama sangat?
Puan Kwon memandang serpihan serpihan kaca yang dikutip oleh pelayan itu. Satu benda kecil yang bersinar berada di kakinya. Mungkin itu serpihan kaca kecil. Baru saja Puan Kwon ingin cuba membuangnya, tangannya tercucuk serpihan kaca tersebut.
"Auchh"
Pang!!!!
**
Hanbin terus meninggalkan Dae Jung. Dia sendiri rasa yang dia tak patut cakap benda itu. Tapi egonya terlampau kuat.
"Hanbin...maafkan appa,"
**
Bobby terus menarik lengan Hanbin. Dia berbuat begitu supaya Hanbin memandangnya.
"Apa?!" tengking Hanbin.
"K-kau dengar dulu apa aku nak cakap..." Bobby cuba menenangkan Hanbin.
"Tak payah nak terangkan apa apa!! Cukuplah!" Hanbin menepis tangan Bobby.
"Kau tu bodyguard kan??? Kau tau tak sekarang kau berkhidmat untuk siapa?! Kau tau tak kau kena lindungi siapa?!"
Hanbin diam. Langkahnya terhenti. Song Ji Hyo. Wajah Ji Hyo mula bermain di mindanya.
"Kau dengar ni betul betul. Tolong. Tolong lindung appa dan Ji Hyo! Dorang dalam bahaya!" rayu Bobby. Hanbin tersentak dan memaling memandang Bobby.
"A-apa maksud..."
Belum sempat Hanbin menghabiskan ayatnya, bunyi enjin kereta kuat kedengaran. Lantas mereka berdua memandang ke arah bunyi kuat itu.
Ji Hyo sedang cuba melintas jalan untuk pergi ke arah Dae Jung. Dan kereta itu....sedang laju bergerak ke arah Ji Hyo.
Dap dap dap dap!
"Ji Hyo!!!" jerit Dae Jung apabila kereta itu meluncur laju mendekati Ji Hyo. Ji Hyo kaku di tengah jalan. Air matanya jatuh. Dirinya seperti rela dilanggar. Perlahan lahan, matanya ditutup dan..
Pang!!
Tbc
Mianhae pendek..omgg guyyyssssss. Next is last chapter!!! *lompat bergegar satu rumah* arghh next chapter maybe agak panjang wokayy. Ahh aii kennot, tak shabarnya  ̄ω ̄TEKA BIBIR! jawapannya ialah~~~
Kim Taehyung a.k.a V alienn!!
Wuwuwuwu papai!❤
YOU ARE READING
[C] WWW.BODYGUARD.COM
FantasiDi sekolahnya,dia sering dibuli.Kerana sudah tidak tahan,dia telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya dia lakukan.Ada waktu dia berasa sungguh gembira kerana telah berbuat begitu,ada juga waktu dia terasa sangat menyesal.Semuanya bermula ap...